8 ketua kampung mahu kibar bendera Malaysia
JAKARTA 4 Ogos - Akibat marah dengan kelemahan pihak berkuasa, lapan ketua kampung di daerah Sintang, Kalimantan Barat bercadang mengibarkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan republik ini pada 17 Ogos ini.
Ia sebagai tanda protes berikutan tindakan kerajaan mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana dan perkhidmatan untuk rakyat yang tinggal di sempadan negara ini dengan Sabah dan Sarawak.
"Pentadbiran tempatan di kawasan sempadan itu hanya mengambil berat mengenai kebajikan rakyat sewaktu pilihan raya saja. Pada masa lain, rakyat dilupakan," kata TB Hasanuddin, seorang ahli politik daripada parti pembangkang Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan.
Menurut beliau, sejumlah besar penduduk Indonesia yang menetap di kawasan pedalaman Kalimantan selama ini terpaksa mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau mencari kerja di Malaysia kerana semua itu tidak disediakan oleh kerajaan Indonesia.
Hasanuddin menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal menyediakan keperluan rakyat.
Beliau juga memberi amaran akan berlaku penghijrahan beramai-ramai rakyat Indonesia ke Malaysia, seandainya pembangunan tidak seimbang seperti yang sedang berlaku di sempadan itu tidak ditangani dengan baik.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan dan memastikan kemakmuran rakyatnya," ujar beliau.
kibar bendera Malaysia. Kalimantan nak sertai Malaysia ke tu?
BalasPadamkerajaan pusat Indonesia seharusnya mengambil berat mengenai kebajikan rakyatnya yang berada di pedalaman Kalimantan. Adakah mereka yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau mencari kerja di Malaysia mempunyai pasport@pas kerja?
BalasPadamKerajaan Indonesia perlu lebih prihatin terhadap rakyatnya. Kebanjiran rakyat Indonesia ke M'sia terutama Sabah sangat memberi impak yang negatif.
BalasPadampasti inilah salah satu sebabnya mengapa rakyat Indonesia lebih suka untuk berada di Malaysia sehingga ada di antara mereka yang memasuki Malaysia walau dengan status PATI.
BalasPadamAdakah mengibar bendera M'sia pada 17 ogos tu menandakan pemerintahan M'sia lebih baik daripada pemerintahaan Indonesia
BalasPadamKerajaan Indonesia perlu memastikan keperluan rakatnya dijaga.
BalasPadammungkin ini menunjukkan kita di negara ini beruntung berbanding sesetengah rakyat negara jiran.
BalasPadamMemang tidak dinafikan bahawa kerajaan Malaysia sememangnya melayan rakyat Indonesia dengan baik berbanding rakyat tempatan.
BalasPadamJelas dinampak kebanyakan kerajaan tidak menjaga rakyat mereka sendiri, bukan saja di Malaysia.
BalasPadamDengan keluasan Indonesia dan kedudukan ekonominya yang tidak stabil, sudah tentu kerajaan Indonesia tidak mampu nak urus semua sekaligus.
BalasPadamRakyat M'sia harus bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi di sini. Nasib orang di negara lain belum tentu sebaik kita di sini.
BalasPadamJangan libatkan masalah negara anda ke negara Malaysia.
BalasPadamSebaiknya kerajaan Indonesia lakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana penduduk mereka menyusahkan negara -isu pendatang asing-
BalasPadamSebaiknya kerjasama anatara dua negara ini perlu bagi memastikan masalah sebegini dapat ditangani sebaiknya. Janganlah asyik menunding jari kepihak lain. Tidak ada guna juga ini cuma akan mengundang salah faham antara satu sama lain.
BalasPadamsaya tidak mahu mereka berhijrah beramai2 ke Malaysia, melainkan mereka membawa Kalimantan untuk masuk Malaysia..
BalasPadam