Khamis, Ogos 18, 2011

KES SIMBAH ASID TURUT BERLAKU DI SABAH

Kes Simbah Asid Turut Berlaku Di Sabah

KOTA KINABALU, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita disimbah dipercayai asid oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya dekat sini Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Peter Umbuas berkata wanita itu sedang keluar dari keretanya apabila lelaki terbabit menyimbah cecair berkenaan.

Katanya kejadian berlaku di depan pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini kira-kira pukul 2 petang.

Ling Siew Teen, 22, cedera di mata dan turut melecur di pipi, bibir dan dagu.

Umbuas berkata siasatan sedang dijalankan dan belum ada tahanan dibuat.

----

8 ulasan:

  1. semakin menjadi kejadian simbah asid ni, sampai ia mula menular ke Sabah. kita kena sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa.

    BalasPadam
  2. Harap lelaki itu akan diberkas, memang tidak berperikemanusiaan langsung.

    BalasPadam
  3. Harap orang yang melakukan perkara seperti ini akan mendapat balasan mereka.

    BalasPadam
  4. harap pihak polis akan dapat menangkap lelaki yang menyimbah asid tersebut.

    BalasPadam
  5. kejadian seperti ini boleh berlaku di mana2 tanpa diduga. jadi, kena sentiasa berhati2. tahap keselamatan semakin terancam sekarang ni.

    BalasPadam
  6. Mungkinkah lelaki itu PATI? Nampaknya jenayah simbah asid pun sudah merebak ke Sabah. Menakutkan.

    BalasPadam
  7. selain memburu penjenayah, cari juga dimana penjenayah ini dengan mudah mendapatkan cecair asid.

    BalasPadam
  8. Harap suspek dapat ditahan dan akan dikenakan hukuman yang berat. Jika boleh rasakan suspek itu acid dimukannya sekali sebagai pengajaran kepada dia.

    BalasPadam