Mangsa melecur pada hampir seluruh wajahnya dan mungkin menghadapi risiko buta selepas disimbah cecair berbahaya.
KOTA KINABALU August 19, 2011: Seorang dipercayai mengandungi bahan berbahaya oleh seorang lelaki sejurus turun dari kereta di depan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 2 petang itu, selain cedera pada mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur pada pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair yang dipercayai mengandungi bahan berbahaya.
Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan dan tinggal di Taman Nelly, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian agak bernasib baik kerana bahan berbahaya itu dipercayai sudah dicampur air.
Ketika ditemui di Wad Mata Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini kelmarin, Ling berkata ketika kejadian beliau turun dari kereta untuk ke pejabat syarikat kontraktor bapa saudaranya di tingkat satu dalam bangunan pasar raya berkenaan dan tiba-tiba terdengar seorang lelaki memanggilnya dari belakang.
Sebaik saja mangsa menoleh, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua MyVi memberhentikan keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke muka mangsa.
Sejurus sebelum dibawa masuk ke wad berkenaan, mangsa sempat membuat laporan di pondok polis hospital itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini belum ada sesiapa ditahan.
harap mangsa dpt sembuh seperti biasa, si pelakunya kena dicari dan dikenakan hukuman berat.
BalasPadamharap pesalah yang melakukan perbuatan itu akan dapat dikesan dan diberkas.
BalasPadamlelaki tersebut pasti mengenali mangsa. harap dia segera ditangkap.
BalasPadamhukumannya mesti sama berat dengan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa.. saya cadangkan lelaki itu juga menerima hukuman simbahan asid ke muka..
BalasPadamHarap suspek dapat ditahan dan jika boleh berikan hukuman yang masa seperti apa yang mangsa rasakan. Biar suspek merasa sendiri derita terkena asid.
BalasPadamHarap keadaan mangsa akan pulih.
BalasPadamHarap orang tu dapat dikesan dan ditangkap. Harap2 mangsa juga cepat sembuh.
BalasPadam