Jumaat, Ogos 12, 2011

"SAYA IKUT PERATURAN, BUKAN MACAM ORANG CAKAP," - MISMAH

Saya Ikut Pintu Depan - Mismah

KUALA LUMPUR Ogos 12, 2011: Seorang warganegara yang hanya dikenali sebagai Mismah kerana didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam akhirnya berjaya dijejaki oleh media.

Dia turut menafikan dakwaan memperoleh kerakyatan dengan mudah yang sebelum ini dikaitkan dengan dirinya, terutamanya oleh pihak pembangkang.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita yang berasal dari Bawaen, Indonesia pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan dia mendapat 'kerakyatan pintu belakang'.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.

Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah berkata, dia masuk secara sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

Selepas itu dia terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

-----

11 ulasan:

  1. nama Mismah ni memang menjadi perhatian apabila dikatakan status kerakyatannya bertukar daripada kad pengenalan merah kepada biru dalam tempoh empat jam sahaja..

    BalasPadam
  2. Mismah mendapat kewarganegaraan bukan dgn cara mudah tapi ia mengambil masa berpuluh tahun.

    BalasPadam
  3. penjelasan ini menjawab isu atau persoalan yang dikaitkan terhadapnya sebelum ini.

    BalasPadam
  4. khabar angin rupanya. sebetulnya untuk mendapat status warganegara kena tunggu tempoh masa sangat2 lama.

    BalasPadam
  5. Siapa yang menceritakan Mismah dapat keraykatan songsang macam memfitnah pula. Sini sudah terjawab.

    BalasPadam
  6. mudahnya untuk mendapatkan status penduduk tetap jika mengambil masa beberapa bulan saja seperti yang telah diceritakan oleh Mismah.

    BalasPadam
  7. jika dakwaan Mismah merupakan salah seorang daripada 1,597 individu yang diberi status dengan tidak mengikut prosedur tidak benar maka yang 1,596 tu bagaimana pula kesnya?

    BalasPadam
  8. PRU mahu dekat sudah, macam2 khabar angin disebarkan. Provokasi dari pihak2 tertentu untuk meraih undi nanti.

    BalasPadam
  9. Walaupun sudah diberi penjelasan, tentu ada yang masih tak nak percayakan? Mungkin lepas ini ada lagi artikel disiarkan untuk menyangkal kenyataan Mismah?

    BalasPadam
  10. Ini semua hanyalah mainan oleh pembangkang sendiri mengenai perkara ini. Pembangkang risau dengan kekelahan yang bakal mereka terima. Jadi tidak hairanlah mereka memainkan isu ini.

    BalasPadam
  11. media pembangkang perlu sentiasa dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat dengan jujur dan ikhlas.. jangan terburu2 mempolitikkan sesuatu isu itu tanpa melakukan sebarang kaji selidik.. dengan pendedahan oleh empunya MyKad ini, saya rasa pembangkang telah melakukan tindakan yang boleh kita sifatkan sebagai ibarat meludah kelangit.

    BalasPadam