Ahad, Ogos 21, 2011

AHLI SILAP MATA MALAYSIA KABIR KHAN MOHAMAD REAZ AKAN BUAT PERSEMBAHAN DI HOLLYWOOD

Ahli Silap Mata Malaysia Buat Persembahan Di Hollywood September Ini

Magician Kabir Khan Mohamad Reaz will add some Malaysian touches to his tricks when he performs in Los Angeles and Las Vegas in the next couple of months. — Bernama picture

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ahli silap mata Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan mengadakan persembahan bertaraf antarabangsa di Hollywood dan Las Vegas, Amerika Syarikat atas undangan Magic Castle Club, kelab yang terkenal bagi ahli silap mata dan peminat silap mata di negara itu.

Kabir Khan, 26, akan membuat persembahan di Hollywood pada September ini, dan di Las Vegas pada Oktober.

Pemergiannya ke Amerika Syarikat ditaja oleh syarikat tempatan iaitu Menara Kuala Lumpur, Asian Kitchen Sdn Bhd, Erat Semarak Sdn Bhd, The Sartorial, Fa'iq Jewels dan K S Gills.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau akan turut mengadakan persembahan yang beridentitikan Malaysia bagi mempromosikan negara di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beliau membuat persembahan di Emiriyah Arab Bersatu pada tahun 2009 atas jemputan Abu Dhabi Tourism Authority serta di beberapa hotel mewah di Abu Dhabi dan Dubai, katanya pada persidangan berita di sini.

Pelajar McBride School of Magic and Mystery, Las Vegas dan juga lulusan dalam bidang Manual Dexterity and Prestidigation dari Chaves Studio of Magic, Los Angeles berkata beliau berminat dalam bidang silap mata sejak berusia enam tahun selepas menonton persembahan silap mata oleh David Copperfield.

Kabir Khan turut melahirkan penghargaannya kepada segala sokongan yang diberikan oleh semua pihak untuk beliau membuat persembahan di Amerika Syarikat, dan berjanji untuk melakukan persembahan yang terbaik ketika di sana.

Beliau memulakan kariernya dalam bidang silap mata sejak di bangku sekolah dengan membuat persembahan di majlis makan malam korporat.

Kabir Khan, yang ingin melihat lebih banyak remaja Malaysia terlibat dalam bidang silap mata, bercadang membuka kelas seni tersebut untuk berkongsi ilmu yang dipelajarinya.

2 ulasan: