Khamis, Julai 28, 2011

SERAMAI 60,151 PATI MENDAFTAR DALAM PROGRAM 5P DI SABAH

Seramai 60,151 PATI Mendaftar Dalam Program 5P Di Sabah

SANDAKAN, 28 Julai (Bernama) -- Seramai 60,151 pendatang asing tanpa izin (PATI) mendaftar di program 5P (pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) sehingga hari kesepuluh semalam, sebelum tempoh pendaftaran berakhir Isnin ini.

image Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Mohammad Mentek berkata jumlah pendaftaran PATI paling ramai dicatatkan adalah semalam iaitu seramai 14,631 orang dengan kebanyakan mereka datang dari sektor perladangan.

Katanya daripada sembilan pusat pendaftaran yang dibuka di Sabah, PATI yang paling ramai mendaftar semalam adalah di daerah ini yang berjumlah 12,048, diikuti Lahad Datu (11,786), Tawau (9,639) dan Kota Kinabalu (4,106).

"Jumlah PATI yang datang mendaftar di program 5P mula meningkat mendadak pada kadar 12,000 sehari sejak Isnin lepas yang disebabkan oleh kesedaran kalangan majikan dan PATI itu sendiri.

"Pendekatan "outreach" iaitu program pendaftaran 5P yang dijalankan di ladang kelapa sawit besar sejak Isnin lepas juga menyumbang kepada peningkatkan jumlah PATI yang mendaftar," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat pendaftaran 5P bagi daerah Sandakan di Dewan Sibuga Batu 5 di sini Khamis.

Menurutnya dalam program outreach itu, seramai 14,376 PATI yang bekerja di ladang kelapa sawit berjaya didaftarkan melalui pusat pendaftaran yang dibuka di Felda Sahabat Lahad Datu dan Ladang Sabah di Beluran.

Berikutan peningkatan PATI yang mendaftar itu, Mohammad berkata semua pusat pendaftaran akan dibuka sehingga 10 malam bermula esok hingga hari terakhir pada Isnin depan termasuklah Sabtu dan Ahad ini.

Mohammad seterusnya mengingatkan PATI yang sudah mendaftar di program 5P bahawa mereka hanya diberikan salinan pendaftaran dan ianya bukan dokumen perjalanan untuk mereka balik ke negara asal.

Mereka perlu mendapatkan dokumen perjalanan daripada pihak pejabat konsul negara masing-masing untuk balik ke negara asal mereka dalam tempoh dua bulan selepas program 5P berakhir pada Isnin depan, katanya.

----

500,000 PATI Dijangka Ambil Kesempatan Daripada Program Pengampunan Sabah

"Kami menganggarkan kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin akan tampil ke hadapan untuk mendaftarkan diri melalui program itu.

"Urusan ini akan dijalankan di sembilan lokasi di seluruh Sabah,"

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman

31 ulasan:

  1. Harap PTI2 ni ambil peluangla untuk membolehkan diri mereka didaftarkan...

    BalasPadam
  2. nampaknya sasaran 500,000 ribu PATI mendaftar belum tercapai lagi. kerajaan kena ambil tindakan drastik lagi.

    BalasPadam
  3. Harap program 6P ini dapat menyelesaikan masalah PATI secara efektif.

    BalasPadam
  4. Harap majikan yang belum lagi mendaftarkan pekerja asing mereka akan bekerjasama dengan kerajaan.

    BalasPadam
  5. Bilangan penduduk yang mendadak amat membimbangkan. Banyak persaingan perlu diatasi.

    BalasPadam
  6. Sekiranya sudah habis tempoh bekerja harap2 mereka ini balik dengan sukarela. Tapi adakah mereka akan balik ke negara asal?

    BalasPadam
  7. Rasanya masih ada lagi PATI yang belum berdaftar sebab sasaran masih belum tercapai.

    BalasPadam
  8. Jangka masa yang panjang perlu untuk memastikan semua PATI telah mendaftarkan diri. Diharap majikan juga dapat mendaftarkan pekerja asing mereka.

    BalasPadam
  9. Kebanjiran PATI di Sabah menunjukkan security perairan dan sempadan perlu ditingkatkan lagi agar tiada lagi PATI masuk ke Sabah untuk menikmati program 5P.

    BalasPadam
  10. Daripada 500,000 PATI yang disasarkan, setakat ini baru 60,151 PATI yang mendaftar? Ini baru 12%.

    BalasPadam
  11. Setuju dengan Rabbit. Menghairankan kenapa PATI ini senang2 saja masuk ke Sabah. Apa kawalan di perairan Sabah ini tidak ketat? Atau mereka sendiri jadi pengkhianat negara? Sorry to say.

    BalasPadam
  12. Tidak mungkin mereka akan balik ke negara asal mereka sekiranya sudah habis tempoh bekerja

    BalasPadam
  13. mungkin mereka akan kekal bermastautin di sini jika habis tempoh bekerja

    BalasPadam
  14. harap kemasukan PATI dapat ditangani

    BalasPadam
  15. dan bukan bertambah bilangannya selepas program di atas tamat.

    BalasPadam
  16. "Kami menganggarkan kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin akan tampil ke hadapan untuk mendaftarkan diri melalui program itu.
    "Urusan ini akan dijalankan di sembilan lokasi di seluruh Sabah,"

    semoga ini terlaksana.

    BalasPadam
  17. I just hope this 5P program will really solve the PATI issue that Sabah has been facing.

    BalasPadam
  18. I can't for Sabah to be free from these PATI.

    BalasPadam
  19. Bgs jugalah kalau pati bagi kerjasama, at least kurang juga kekusutan yang timbul. hehe

    BalasPadam
  20. Harap hal ini sedikit sebanyak dapat menanggani masalah pati yang sejak sekian lama memeningkan kepala kita.

    BalasPadam
  21. Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti. Harap semuanya OK :)

    BalasPadam
  22. Nampaknya jumlah masih jauh dari anggaran yang katakan sebelum ini.

    BalasPadam
  23. Semua PATI akan memberikan kerjasama bagi membuat pendaftaran ini. Jika didapati selepas pendaftaran 5P ini, tidak ada maaf lagi bagi PATI yang melanggar dan tidak mengikuti undang-undag..

    BalasPadam
  24. harap program ini akan berjalan dengan lancar dan akan dapat membasmi masalah pati yang berlaku di Sabah.

    BalasPadam
  25. saya yakin jumlah itu masih terlalu sedikit berbanding dengan jumlah sebenar PATI yang ada di negeri ini. saya harap selepas ini akan ada operasi besar2an untuk memburu PATI yang masih bersembunyi..

    BalasPadam
  26. kalau tiada pendekatan "outreach" pasti bilangan PATI yang mendaftar masih terlalu sedikit. tapi adakah pendekatan ini dijalankan secara menyeluruh di semua ladang2 kelapa sawit?pasti masih ramai lagi yang belum mendaftar.

    BalasPadam
  27. Masih ramai lagi yang sedang bertapa dalam hutan.

    BalasPadam
  28. I hope this exercise will chase away all illegals.

    BalasPadam
  29. Yang paling penting adalah mengurangkan jumlah yang ada.

    BalasPadam
  30. I believe this exercise can curb illegals.

    BalasPadam
  31. The employers should be more proactive.

    BalasPadam