Sabtu, Julai 30, 2011

PENDUDUK MALAYSIA KINI 28.3 JUTA, SABAH 3.21 JUTA

Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta - Nor Mohamed Yakcop

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci," katanya.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).

Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.

Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.

Nor Mohamed berkata daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu merupakan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah.

22 ulasan:

  1. Di Sabah saja sudah ada 3.21 juta orang, memang bukan bilangan yang kecil.

    BalasPadam
  2. harap peningkatan bilangan penduduk di Malaysia ini adalah suatu peningkatan yang positif.

    BalasPadam
  3. Nampaknya kepesatan penduduk tertumpu di bandar2 besar.

    BalasPadam
  4. malaysia mmg memerlukan penambahan penduduk untuk menyokong industri negara.

    BalasPadam
  5. whoa, didn't expect a state like Sabah can have that many people.

    BalasPadam
  6. Could it be possible that the PATI contribute the high increase number of people in Sabah??

    BalasPadam
  7. Bilangan lelaki lebih ramai daripada perempuan. Bagus. Kurangkan poligami.

    BalasPadam
  8. Harap peningkatan penduduk di Sabah akan mendatankan impak yang positif kepada Sabah dan rakyat Sabah.

    BalasPadam
  9. Sabah yang ke-3 di malaysia??

    BalasPadam
  10. Nampaknya pembangunan di Sabah juga perlulah bagi mengurangkan jumlah penggangguran dinegeri itu.

    BalasPadam
  11. Yang Sabah tu semua penduduk tempatan atau termasuk yang dapat projek ic? Hmm..

    BalasPadam
  12. Kalau Sabah dah tempat ke-3, haraplah lebih banyak peruntukan diberi ya...kami pun mahukan pembangunan dan kemudahan.

    BalasPadam
  13. dari 3.21 juta orang, berapa yang bukan warganegara? maklumat ini adalah perlu diumumkan..

    BalasPadam
  14. jumlah penduduk yang besar bermakna peruntukkan yang lebih besar harus diberikan kepada sabah.

    BalasPadam
  15. jumlah PATI di sabah harus dikurangkan..mereka tidak berhak mendapatkan dan menikmati kemudahan yang ada seperti air, letrik, klinik dll..

    BalasPadam
  16. This is considered a large population for Sabah.

    BalasPadam
  17. Walaupun jumlah itu nampaknya besar, tak semestinya penduduk hidup dengan kepuasan.

    BalasPadam
  18. I think it's large because of the illegals?

    BalasPadam
  19. dengan pertambahan ini pastikan juga kemudahan dan peluang pekerjaan mencukupi..

    BalasPadam
  20. Sabah ke-3 tetapi termiskin di Malaysia...sedihnya..

    BalasPadam
  21. ya, semoga dengan nisbah ini poligami dapat dikurangkan..

    BalasPadam
  22. saya harap program 5P di sabah akan dapat mengurangkan jumlah penduduk di negeri ini. untuk maju, kita perlukan penduduk yang ramai. tapi yang ramai itu biar la penduduk tempatan, bukannya warga asing..

    BalasPadam