Jumaat, Julai 01, 2011

MULAI 1 JULAI SIJIL KELAHIRAN KANAK-KANAK BUKAN WARGANEGARA BERWARNA MERAH

Mulai 1 Julai Sijil Kelahiran Kanak-kanak Bukan Warganegara Berwarna Merah

PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) -- Mulai Jumaat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Sijil Kelahiran berwarna Merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara.

Menurut kenyataan JPN di sini hari ini, sebelum ini warna sijil kelahiran kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara adalah sama iaitu hijau.

image Perbezaan warna itu adalah untuk memaklumkan bahawa sijil kelahiran berwarna hijau hanya dikeluarkan kepada kanak-kanak yang bertaraf warganegara Malaysia sementara sijil kelahiran berwarna merah untuk kanak-kanak bukan warganegara.

"Ia juga untuk mengelakkan ibu bapa atau warga asing yang melahirkan anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki sijil kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warganegara," kata kenyataan itu.

  • Selain itu ia bertujuan memberi makluman awal kepada ibu bapa akan status kewarganegaraan anak yang dilahirkan;
  • mengelakkan sebarang kekeliruan kepada orang ramai dalam mengenalpasti taraf kewarganegaraan seseorang kanak-kanak;
  • dan memudahkan agensi-agensi lain untuk mengenalpasti taraf kewarganegaraan seseorang kanak-kanak apabila berurusan.

Bagi kanak-kanak bertaraf bukan warganegara yang telah memiliki sijil kelahiran yang berwarna hijau sebelum ini, ia dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN berhampiran.

----

JPN AKAN MENGELUARKAN SIJIL KELAHIRAN BERWARNA MERAH BAGI KANAK-KANAK YANG BERTARAF BUKAN WARGA NEGARA MULAI 1 JULAI - HISHAMMUDDIN

14 ulasan:

  1. Bagus la...dapat mengelakkan sebarang kekeliruan di lain hari hehe...

    BalasPadam
  2. Harap dengan sijil kelahiran yang berlain warna ini akan mengurangkan masalah.

    BalasPadam
  3. jadi bagaimana pula dengan sijil lahir yang dikeluarkan sebelum ini kepada anak bukan warganegara?

    BalasPadam
  4. bgslah, dgn ini senang kita nak ketahui samada seorang itu warganegara atau tidak.

    BalasPadam
  5. Kenapa sekarang baru nak lakukan kaedah ini?

    BalasPadam
  6. Oklah tu. Nanti senang sikit nak bezakan warganegara ataupun bukan.

    BalasPadam
  7. senanglah untuk membezakan sijil kelahiran antara warganegara dan bukan warganegara.

    BalasPadam
  8. Bagus. Jangan ada lagi kekeliruan.

    BalasPadam
  9. baguslah..ini dapat mengelakkan kekeliruan dan mudah untuk dikenalpasti...

    BalasPadam
  10. Apa pun harap tidak ada silap pengeluaran sijil kelahiran pada akan datang.

    BalasPadam
  11. Satu cadangan yang baik untuk membezakan kelahiran waraga tempata ndan asing dengan membezakan sijil lahir mereka.

    BalasPadam
  12. pastikan juga supaya sijil2 itu tidak boleh dipalsukan..

    BalasPadam
  13. semoga ini dapat mengatasi masalah warga asing yang dilahirkan di negara kita.

    BalasPadam
  14. "Bagi kanak-kanak bertaraf bukan warganegara yang telah memiliki sijil kelahiran yang berwarna hijau sebelum ini, ia dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN berhampiran."

    harap tidak ada masalah akan timbul..

    BalasPadam