Khamis, Julai 28, 2011

MASIDI SARANKAN AGAR KEMENTERIAN PELANCONGAN PUSAT KAJI SEMULA DASAR ZON BARU YANG MENJEJASKAN KEHIDUPAN PEMANDU PELANCONG SABAH

Kaji Semula Dasar Zon Baru Pemandu Pelancong Di Sabah

KOTA KINABALU, 28 Julai (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun menyarankan agar Kementerian Pelancongan mengkaji semula dasar zon baru yang menjejaskan penghidupan pemandu pelancong lencana biru atau yang berpengalaman di negeri ini.

Beliau berkata mata pencarian pemandu pelancong ini terjejas kerana mereka hanya boleh menjalankan tugas itu atau dihadkan untuk mengambil pelancong ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan hotel, hanya kurang lima kilometer.

"Pada dasarnya Sabah mempromosikan eko-pelancongan (alam semulajadi) secara realistiknya, pemandu pelancong boleh menjalankan tugas seperti itu di seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Konvokesyen Yayasan Kolej Sabah di sini Khamis.

Sabah Tourist Guides AssociationKatanya beliau menyokong Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA) untuk mengemukakan masalah ini kepada pihak berkaitan di peringkat kerajaan persekutuan bagi diberikan pertimbangan.

Sehubungan itu, Masidi menyarankan agar Kementerian Pelancongan mengkaji dasar zon ini memandangkan keadaan unik di Sabah sebagai destinasi eko-pelancongan kelas dunia.

Semalam, pegawai disiplin kehormat STGA Lillian Agama menyatakan bahawa dasar zon baru yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan menjejaskan kehidupan 300 pemandu pelancong lencana biru.

Sebelum ini, pemandu pelancong berlesen diberikan lencana kuning untuk tempoh percubaan dua tahun selepas menamatkan kursusnya, selepas itu mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan pengesahan untuk melayakkan memperoleh lencana biru.

Lencana biru membolehkan mereka menjalankan tugas di seluruh negeri malahan di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, beberapa tahun lepas, Kemenetrian Pelancongan memeprkenalkan lencana hijau, pemandu pelancong membawa pelancong ke gunung, alam semulajadi.

Sementara itu, Masidi berkata jika rayuan untuk kaji semula dasar berkenaan gagal, kementeriannya akan mengkaji peruntukan undang-undang atau ordinan berkaitan perkara itu bagi membantu pemandu pelancong terbabit.

12 ulasan:

  1. ya. nasib para pemandu pelancong di Sabah harus kita lihat, jgn jejaskan mata pencarian mereka.

    BalasPadam
  2. Masidi Manjun sangat prihatin terhadap pekerja2 pelancongan di negeri ini...jadi rasanya pekerja2 pelancongan tak perlu risau dalam menyuarakan masalah mereka kerana Masidi ada & sedia mendengar....tahniah datuk!!

    BalasPadam
  3. Sepatutnya pemandu pelancongan ini tidak dihadkan mencari kerja. Ini akan menjejaskan pendapatan mereka.

    BalasPadam
  4. Harap kementerian pelancongan akan mempertimbangkan cadangan ini sebelum meluluskannya.

    BalasPadam
  5. Sebelum dasar itu dilaksanakan, ia sepatutnya diteliti terlebih dahulu. Sekarang dasar ini sudah membebankan pemandu pelancong di Sabah.

    BalasPadam
  6. Pemimpin Sabah harus berani bersuara untuk rakyat Sabah. Teruskan usaha murni seperti ini.

    BalasPadam
  7. Tingkatkan pengetahuan pemandu pelancong di Sabah. Berikan mereka kursus dan sebagainya.

    BalasPadam
  8. Memang patut pun hal ini kena highlight.. Kesian pemandu pelancong kita.

    BalasPadam
  9. Semoga hal ini akan membuahkan sesuatu yang positif.

    BalasPadam
  10. harap pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

    BalasPadam
  11. bagaimana kementerian pelancongan boleh melaksanakan dasar yang hanya merumitkan keadaan? tidak adakah perbincangan dibuat sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan dasar itu?

    BalasPadam
  12. semoga Dasar Zon Baru Pemandu Pelancong di Sabah dapat dikaji semula. Pemandu pelancong juga merupakan penyumbang kepada industri pelancongan di Sabah ini.

    BalasPadam