Sabtu, Julai 23, 2011

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK 15 PERATUS TIDAK WAJAR

Kenaikan tarif elektrik 15 peratus tidak wajar, kata FMM Sabah

KUALA LUMPUR 23rd July, 2011: Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Sabah berkata kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus di negeri itu tidak wajar.

FMM Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata persekutuan itu bimbang terhadap pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui baru-baru ini mengenai kenaikan tarif elektrik di Sabah sebanyak 3.75 sen/kWh.

Kewajaran menaikkan tarif untuk Sabah dan Labuan bertujuan mememastikan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, daripada mengalami kerugian berterusan selain memastikan ia selari dengan peningkatan harga bahan api.

image“Selama beberapa tahun, industri di Sabah mengalami kebocoran dan gangguan bekalan serta bekalan yang tidak mencukupi yang belum pun mendapat pampasan.

“Belum ada perubahan ketara dalam kualiti bekalan tenaga namun industri itu sudh dikenakan tarif elektrik yang tinggi.

“SESB mempunyai tanggungjawab itu menyediakan bekalan elektrik yang berkualiti dan tidak tergangguan kepada pengguna,” kataFMM Sabah.

Persekutuan itu juga menggesa supaya kajian impak keseluruhan kos ke atas pengguna dijalankan berikutan peningkatan tarif itu, selain kerugian yang dialami akibat bekalan tenaga yang tidak mencukupi dan berkualiti rendah.

FMM Sabah berpendapat kerajaan negeri perlu menubuhkan jawatankuasa tenaga peringkat tertinggi yang dianggotai wakil daripada agensi kerajaan dan industri yang berkaitan bagi menangani masalah bekalan tenaga yang kurang berkualiti dan tidak mencukupi.

----

Need to study impact of power tariff hike – manufacturers

16 ulasan:

  1. Harap tarif elektrik tidak akan dinaikkan, ia akan menambah lagi bebanan rakyat.

    BalasPadam
  2. Kerajaan perlulah mempertimbangkan lagi keputusan ini. Carilah cara yang lebih baik untuk mengurangkan tarif elektrik.

    BalasPadam
  3. bila bekalan tenaga diperbaiki kualiti dan cukup untuk semua rakyat barulah tarif elektrik itu wajar dinaikkan.

    BalasPadam
  4. kenaikan tarif elektrik ini sudah pasti akan mempengaruhi kenaikan dalam harga2 barangan lain. nampaknya tahun ini merupakan tahun 'pesta kenaikan harga'.

    BalasPadam
  5. Tidak wajar memang tidak wajar. Jika dinaikkan, silalah naikkan juga gaji para pekerja.

    BalasPadam
  6. Selalu black out tapi tariff dinaikkan, logik @ x?

    BalasPadam
  7. Tu la pasal. Naik2 tapi kualiti tidak naik. Apa lagi gaji. itu2 juga. Pening kepala terosss.

    BalasPadam
  8. Electricity boost for Sabah
    23rd July, 2011
    KOTA KINABALU: Sabah’s electricity generating capacity will increase by another 20MW following the signing of a renewable electricity purchase agreement (REPA) between SESB Sdn Bhd and ECO Biomass Power Sdn Bhd yesterday.

    SESB managing director Datuk Baharin Din said the RM164.9 million project by ECO Biomass was expected to start operations by end of 2012.

    It was the fourth biomass project in Sabah after TSH Power in Tawau, and Seguntor Power and Kinabio Power in Sandakan whose generating capacity was 10MW each, he said in a statement.

    Under the REPA, Eco Biomass would supply electricity generated using oil palm empty fruit bunches to SESB for 21 years.

    Baharin said SESB had signed five REPAs with independent power producers since 2002 and was in discussion with 10 more companies on the development of renewable energy-based power stations such as biomass, biogas, hydro and geothermal.

    To date, 32MW had been supplied to the Sabah Grid System by three companies that use biomass and one that operates a hydroelectric station, he said.

    It represented 2.8 per cent of the state’s generating capacity and only 0.5 per cent of the national capacity, he added. SESB was represented by Baharin while ECO Biomass by its CEO Suh Soo Bong at the signing yesterday.

    BalasPadam
  9. Pergi marah yang curi elektrik juga. Mereka salah satu penyebab SESB rugi.

    BalasPadam
  10. Perbelanjaan melebihi pendapatan bah kita ni. Itu gaji mahu dikasi up lagi.

    BalasPadam
  11. adakah dgn kenaikan ini, masalah gangguan bekalan elektrik akan selesai.

    BalasPadam
  12. Kenapa perlu kenaikkan berlaku? Tengok sendiri kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah. Bekalan sentiasa terganggu dan sebagainya. Jadi wajarkah kenaikan pula berlaku? Ini Kes seperti Astro sendiri. Kenaikkan ditolak kerana perkhidmatan rancangan yang kurang dan jika hujan saja mula tidak ada siaran. Harap rakyat perlu ditolong dan bukan ditambah bebannya.

    BalasPadam
  13. If SESB wants to increase the tariff, they must first improve their service!

    BalasPadam
  14. How you expect people to pay for something that has no value for money. Where no improvement are made on the service, the people will surely not satisfied and thus not willing to pay.

    BalasPadam
  15. kalau tarif dah dinaikkan, pastikan kualiti perkhidmatan dipertingkatkan lagi.

    BalasPadam
  16. memandangkan kenaikkan itu adalah selari dengan kenaikkan bahan api, tidak ada apa yang boleh dilakukan selain mendesak SESB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

    BalasPadam