Jenayah libatkan remaja, pelajar sekolah semakin meningkat
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penglibatan golongan remaja berusia antara 15 hingga 20 tahun dalam kegiatan jenayah dilihat semakin membimbangkan apabila indeks jenayah pembabitan mereka kini mengalami peningkatan yang drastik.
Berdasarkan kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), remaja yang terlibat dalam jenayah pada usia itu meningkat sebanyak 1,947 kes atau 38 peratus sepanjang tahun lalu berbanding 1,409 kes yang dicatatkan sepanjang 2009.
Lebih membimbangkan, jenayah melibatkan golongan pelajar juga meningkat separuh pada tahun 2010 iaitu 43 peratus (3,218 kes) berbanding 2,242 kes pada tahun sebelumnya.
Justeru, Naib Pengerusi YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih banyak usaha melibatkan usaha membanteras jenayah di kalangan golongan ini harus diberi penekanan.
"Menjadi satu kebimbangan apabila golongan berusia 15 hingga 20 tahun menjadi penyumbang kepada indeks jenayah negara. Untuk itu, usaha pelbagai pihak harus dijalankan bagi mengatasi permasalahan ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Pencegahan Jenayah dan Kehidupan Sihat anjuran Kelab Lion Kuala Lumpur Utara di sini, hari ini.
Katanya, antara bentuk jenayah yang sering melibatkan remaja adalah jenayah harta benda dan kekerasan seperti rogol dan samun.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan masyarakat tentang bahaya pengaruh pusat Internet kepada remaja dan kanak-kanak.
Menurutnya, pusat Internet dilihat antara punca kerosakan akhlak golongan berkenaan kerana permainan yang disertai mereka mengandungi pelbagai unsur yang boleh mempengaruhi minda.
"Saya lihat ramai kanak-kanak dan remaja kini ketagih mengunjungi pusat Internet ini sehingga sanggup ponteng sekolah," katanya.
----
Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.
"Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu.
"Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya,"
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab
----
Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun dikatakan memasuki rumah mangsa melalui pintu tepi.
“Mereka kemudian mengacukan sebilah pedang samurai ke arah pembantu rumah itu sebelum mengikat tangan serta mulutnya dengan tuala. Kumpulan remaja penjenayah itu kemudian menggeledah rumah itu dan mengambil beberapa barangan berharga milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab
Keruntuhan moral anak-anak muda kini semakin melarat.
BalasPadamAnak-anak muda yang terlibat dalam jenayah ini perlu didisiplinkan.
BalasPadampelajar2 sekolah sekarang semakin bertindak ganas. ibubapa harus memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka dan didikan agama yang secukupnya.
BalasPadampergaulan sosial dan tindak tanduk anak2 remaja juga sepatutnya harus dibatasi.
BalasPadampekara ini harus dibendung...ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang tidak bermoral.
BalasPadammasalah remaja sekarang makin menjadi-jadi, semua pihak pelru bekerjasama dalam membimbing remaja menjadi insan yang berguna.
BalasPadamSemuanya bermula dari diri remaja tu sendiri. Sekiranya sayang diri sendiri dan keluarga mereka tidak akan terjebak dalam gejala sosial yang semakin parah ini.
BalasPadamGolongan remaja yang mudah terpengaruh, mudah terikut-ikut dan keinginan yang tinggi mahu mencuba.
BalasPadamRuntuh sudah akhlak remaja masa kini. Ibu bapa pun tidak dapat kawal mereka sudah.
BalasPadamApa mahu jadi dengan golongan remaja dan pelajar masa kini? Jangan menyesal dengan tindakan yang telah dilakukan di kemudian hari.
BalasPadamInternet, internet juga jangan lupa sekolah. Internet bila-bila pun boleh pergi.
BalasPadamibu-bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka..
BalasPadampenjenayah dikalangan remaja tidak perlu ada pengecualian bagi hukuman berat. mereka patut menerima hukuman yang sama sebagaimana banduan atau penjenayah yang lain.
BalasPadam"JENAYAH LIBATKAN REMAJA, PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN MENINGKAT"
BalasPadamjadi salah siapakah ini?