Ahad, Julai 03, 2011

HASRAT ASTRO NAIK TARIF PERKHIDMATAN DISERAH KEPADA PELANGGAN

Hasrat Astro Naik Tarif Perkhidmatan Diserah Kepada Pelanggan

KUALA KLAWANG, 2 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pelanggan Astro sendiri perlu mengadili hasrat syarikat televisyen berbayar itu yang mahu menaikan tarif perkhidmatan berkenaan.

"Saya menyeru supaya rakyat (pelanggan Astro) yang tidak merestui kenaikan pakej itu melahirkan perasaannya menerusi lunas undang-undang dan menyampaikan kepada kita.

"Tetapi sudah jelas kepada kita bahawa Astro berpendirian sendiri dan hanya mementingkan keuntungan mereka dan tidak memberi pandangan yang boleh membantu masyarakat di luar bandar ataupun di bandar," katanya kepada pemberita selepas majlis kunjungan mesra rakyat 1Malaysia di Kampung Chennah dekat sini.

Rais berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti perkara ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran kampung tanpa wayar Kampung Puom dekat sini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada Jumaat, Kabinet memutuskan Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu, berkata Astro seharusnya memikirkan tentang rakyat dan tidak sekaligus menaikkan harga sedemikian.

17 ulasan:

  1. Harap2 tidak naik. Jika naik, naik lagi la perbelanjaan.

    BalasPadam
  2. Baik rakyat jangan lagi menggunakan perkhidmatan Astro sehingga mereka meneliti tindakan mereka itu.

    BalasPadam
  3. Pastikan service astro cukup bagus barulah bercakap untuk meningkatkan pembayaran.

    BalasPadam
  4. Tidak ada maknanya meningkatkan harga tetapi tidak menyediakan penyiaran yang terbaik.

    BalasPadam
  5. Tentulah pelanggan tak nak trif perkhidmatan dinaikkan.

    BalasPadam
  6. Improve your service then can raise the tariff. Since many things have have raising prices, Astro also want to raise their tariff too?

    BalasPadam
  7. kebanyakan pengguna tidak mahu astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka.

    BalasPadam
  8. berdasarkan reaksi terkini, astro perlulah mempertimbangkan kembali hasrat mereka. kemampuan pengguna dan kualiti perkhidmatan perlulah diambil kira.

    BalasPadam
  9. Takkan harga barang dinaikkan, ASTRO pun nak naikkan tarif perkhidmatan juga. cukuplah setakat TV1,TV2,TV3 dan NTV7. janganlah nak tambahkan beban perbelanjaan kalau memang tak berkemampuan.

    BalasPadam
  10. Sudah pasti pelanggan tidak akan bersetuju dengan kenaikkan itu.

    BalasPadam
  11. tarif mahu dinaikkan tapi mutu perkhidmatan masih di tampuk lama..

    BalasPadam
  12. ASTRO harus memikirkan kemampuan pelanggan..bukan sewenang-wenangnya menaikkan tarif dan berorentasikan keuntungan semata-mata..

    BalasPadam
  13. ASTRO banyak sangat iklan disiarkan..pelanggan bukannya membayar untuk melihat iklan2 tersebut..

    BalasPadam
  14. tingkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan..bukannya menaikkan tarif..

    BalasPadam
  15. Sebenarnya kualiti servis Astro sangat lemah, banyak iklan walaupun sudah janji akan mengurangkan menyiarkan iklan. Bila hujan tiada signal pula, sampai sekarang pun masih sama. Kualiti penyiaran juga tidaklah jelas sangat.

    BalasPadam
  16. pelanggan mmg takkan setuju tarif Astro dnaikkan.

    BalasPadam
  17. saya yakin jika Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka, ramai pelanggan mereka akan menghentikan langganan mereka serta merta.. Astro perlu ingat, perkhidmatan mereka bukanlah satu keperluan bagi rakyat..

    BalasPadam