Rabu, Julai 27, 2011

FACEBOOK PERDANA MENTERI DISERANG

Facebook Perdana Menteri diserang komen berunsur fitnah

KUALA LUMPUR 26 Julai - Laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab hari ini yang mengeluarkan komen-komen negatif memburukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Segala komen berunsur fitnah dan maki-hamun terhadap Perdana Menteri itu dikesan mula dimuat turun ke status Facebook beliau sejak pukul 7 pagi ini dan semakin bertambah sehingga kini.

Mereka yang membuat 'serangan' melalui laman sosial ini dipercayai berpura-pura menjadi peminat beliau sebelum mengambil kesempatan mengeluarkan komen buruk terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Hasil semakan Utusan Malaysia di Facebook mendapati, rata-rata individu yang mengeluarkan komen negatif merupakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana pada profil mereka terdapat logo Bersih dan warna kuning.

Selain Perdana Menteri, turut menjadi sasaran kemarahan dan fitnah kumpulan terbabit melalui Facebook itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akhbar Utusan Malaysia.

Mereka turut memuat turun video dan gambar yang didakwa memperlihatkan perbuatan salah laku Rosmah dan Hishammuddin serta individu-individu yang kononnya menjadi mangsa aniaya kerajaan seperti wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas banduan, A. Kugan.

Melalui Facebook tersebut ialah mereka membuat desakan meminta Najib dan Hishammuddin meletak jawatan.

Najib dan isteri turut difitnah terlibat dalam pelbagai skandal seperti isu pembelian kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan cincin berlian berharga RM24 juta.

Lebih kurang ajar ada yang menulis komen menggunakan bahasa kesat.

Perdana Menteri membuka akaun Twitter dan rakan Facebook beliau bagi memastikan peminat, rakan dan lain-lain peminat Internet berhubung dengannya seperti biasa.

Beliau juga sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan Facebooknya.

15 ulasan:

  1. Sudahkah mereka mendaftar sebagai pengundi. Kalau belum, usah cakap banyak lagi kerana tiada gunanya mereka membuat demikian.

    BalasPadam
  2. Kalau mahu tegur pun gunalah bahasa yang elok sikit. Bagaimana orang luar akan melihat kita jika nampak bahasa-bahasa kesat yang digunakan oleh rakyat kita?

    BalasPadam
  3. Sekarang ini, orang boleh buat apa saja kalau sudah terdesak....

    BalasPadam
  4. laman sosial perlu digunakan dengan sebaiknya bukan digunakan untuk menyampaikan kata-kata kesat.

    BalasPadam
  5. laman sosial facebook menjadi saluran untuk menyampaikan rasa marah dan tidak puas hati sebilangan rakyat.

    BalasPadam
  6. harap mereka yang berkenaan ni dapat dikesan.

    BalasPadam
  7. jgnlah salah guna laman sosial untuk menghina dan memaki orang lain lebih2 lagi pemimpin kita.

    BalasPadam
  8. Begitulah mentaliti orang tak bertamadun. Kalau berani sangat, guna profile yang betul2, siap dengan gambar dan nama penuh sekali.

    BalasPadam
  9. Perlukah sampai nak maki2 ni? Berhemah lah sikit wahai penyokong Bersih. Entah2 belum daftarkan diri sebagai pengundi pun.

    BalasPadam
  10. Nampaknya tidak ada cara lain lagi mereka mahu lakukan selain menganggu ketenteraman orang lain.

    BalasPadam
  11. Dalam fb taip apa pun boleh tapi agak2 la. Kena iSA nanti baru tahu.

    BalasPadam
  12. walaupun boleh direct berhubung tapi jangan keterlaluan.

    BalasPadam
  13. undi sahaja pihak yang anda sukai bukannya cara sedemikian mencaci/menghina melalui laman sosial..beretikalah sikit!

    BalasPadam
  14. agaknya itulah sikap rakyat Malaysia jika Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Pembangkang la yang bertanggungjawab mengajar rakyat untuk bertindak ganas dan bersikap kurang ajar..

    BalasPadam