Rabu, Julai 27, 2011

7,000 JAWATAN KOSONG AKAN DITAWARKAN DI KARNIVAL KERJAYA SABAH BERMULA 29 HINGGA 31 JULAI

7,000 Jawatan Kosong Akan Ditawarkan Di Karnival Kerjaya Sabah Bermula 29 Julai

image

KOTA KINABALU, 25 Julai (Bernama) -- Sebanyak 7,000 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 150 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SGLC) sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Perdagangan Likas yang bermula 29 Julai ini.

image Ketua Pemuda BN Sabah Awang Kadin Tang berkata penganjuran karnival kerjaya terbesar itu merupakan usaha baharu pergerakan pemuda BN Sabah untuk membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dijangka melancarkan karnival Pemuda BN peringkat negeri itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin parti komponen BN negeri, katanya pada sidang berita di Bangunan UMNO dekat sini Isnin.

Awang Kadin berkata jawatan kosong yang ditawarkan meliputi pelbagai jenis bidang kerja termasuk perladangan dan industri minyak yang merangkumi jawatan daripada peringkat rendah hingga ke eksekutif di merata-rata tempat di seluruh negara.

"Saya yakin, berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap program karnival di negeri-negeri lain di Semenanjung, karnival kerjaya pemuda BN di Sabah turut mendapat sambutan yang baik," katanya.

Antara syarikat besar yang menyertai karnival kerjaya yang dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam itu katanya ialah Petronas, Tan Chong Group, Labuan Shipyard, Sawit Kinabalu, Bernas, Lembaga Tabung Haji dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sehubungan itu, Awang Kadin berharap golongan muda khususnya yang belum mendapat pekerjaan dapat datang beramai-ramai dan membawa bersama dokumen penting termasuk sijil kelayakan asal untuk memudahkan pendaftaran dalam sesi temuduga terbuka.

Katanya pemuda BN juga telah berunding dengan pengusaha bas yang berpangkalan di terminal bas Wawasan Plaza di pusat bandaraya Kota Kinabalu untuk mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas yang berulang-alik ke Pusat Perdagangan Likas sepanjang karnival berkenaan berlangsung.

13 ulasan:

  1. Mereka yang masih menganggur patut mengambil peluang ini untuk mencari pekerjaan. Jangan cakap tiada pekerjaan selagi belum cuba.

    BalasPadam
  2. Pekerjaan sememangnya ada, terpulanglah kepada anak-anak muda sekarang sama ada mereka sanggup bekerja ataupun tidak.

    BalasPadam
  3. ini merupakan peluang baik untuk golongan pencari kerja. mereka harus memanfaatkan peluang ini untuk hadir ke karnival kerjaya ini.

    BalasPadam
  4. kalau kesemua 7,000 kekosongan ini diisi pasti kadar pengangguran di Sabah akan berkurangan. harap mereka yang masih tercari2 kerja tu mengambil kesempatan ini untuk mencuba.

    BalasPadam
  5. Bagus la...lagi pun memang byk juga yg masih menggangur ni sekarang...harap2 byk la belia kita yg berjaya mendapat pekerjaan selepas pergi karnival kerjaya ini...

    BalasPadam
  6. byk kekosongan jawatan ditawarkan. pencari kerja harus gunakan kesempatan ini dgn sebaiknya untuk mendapatkan pekerjaan.

    BalasPadam
  7. Kepada mereka yang masih mencari kerja, ambillah peluang ini.

    BalasPadam
  8. di mana tu pusat perdagangan likas? sabah trade center kah?

    BalasPadam
  9. Jangan lepaskan pelang ambil kesempatan ini untuk mencari pekerjaan.

    BalasPadam
  10. Ramai2 hadir. mana tahu ada nasib.

    BalasPadam
  11. harap 7,000 jawatan kosong yang ditawarkan ini dapat diisi semua..

    BalasPadam
  12. kerajaan menganjurkan banyak program2 yang bermanfaat kepada rakyatnya, pembangkang pula menganjurkan perhimpunan haram yang bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah menyusahkan pembangunan ekonomi negara.. tahniah BN.. teruskan usaha!!

    BalasPadam
  13. Masih ada lagi ini jawatan ??

    BalasPadam