Khamis, Julai 14, 2011

500,000 PATI Dijangka Ambil Kesempatan Daripada Program Pengampunan Sabah

500,000 PATI Dijangka Ambil Kesempatan Daripada Program Pengampunan Sabah

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) -- Kira-kira setengah juta pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah dijangka mendaftarkan diri sepanjang tempoh program pengampunan yang dilaksanakan kerajaan negeri dari 18 Julai hingga 1 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman berkata jumlah ini termasuk isteri dan anak mereka.

"Kami menganggarkan kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin akan tampil ke hadapan untuk mendaftarkan diri melalui program itu.

"Urusan ini akan dijalankan di sembilan lokasi di seluruh Sabah," katanya kepada pemberita di sini.

Lokasi berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Siga di Penampang, Dewan Orang Ramai Tun Mustapha di Kudat, Dewan Orang Ramai Ranau, Dewan Orang Ramai Sibuga di Sandakan, Dewan Orang Ramai Sipitang, Dewan Orang Ramai Sri Tawau di Tawau, Dewan Orang Ramai Sri Indah di Semporna, Dewan Orang Ramai Keningau dan Dewan Orang Ramai Perdana di Lahad Datu.

Katanya program pengampunan di Sabah dilaksanakan berasaskan prinsip 5P - pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaaan dan pengusiran.

"Urusan di lokasi disebutkan tadi akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari biasa dan dari 8 pagi hingga 1 tengah hari pada hujung minggu, manakala borang pendaftaran boleh didapati secara percuma dari kaunter pendaftaran," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Jabatan Imigresen terdekat atau menghubungi hotline 088-488853.

---

Urusan Pendaftaran Pekerja Asing Boleh Dibuat Setiap Hari Sehingga 31 Julai

pendaftaran ini tidak dikenakan bayaran yang antara lain kerajaan memberi amaran supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai wakil atau ejen pendaftaran.

Jika ada kes sedemikian, laporan polis perlu dibuat dan pengadu juga boleh membuat laporan kepada jabatan itu,

Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Alias Ahmad

---

Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Berjalan Lancar - KSU KDN

"Dengan Biometrik ini, Jabatan Imigresen berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing yang sah dan yang telah lari daripada majikan termasuk mereka yang telah membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukar dengan dokumen baru dengan identiti yang berbeza.

"Melalui teknologi ini, kita dapat mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari dan maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah individu tersebut,"

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam

13 ulasan:

  1. Pengampunan PATI ini betul boleh selesaikan masalah PATI?

    BalasPadam
  2. Harap program 6P ini tidak akan menyebabkan lebih banyak PATI yang memasuki negeri kita lagi.

    BalasPadam
  3. Bagaimana dengan pekerja asing yang memang dijamin oleh majikan mereka? Adakah mereka juga perlu mendaftarkan diri?

    BalasPadam
  4. Harap program kali ini dapat mengurangkan masalah tentang PATI.

    BalasPadam
  5. harap program ini akan menyelesaikan masalah kebanjiran pati yang ada di Sabah.

    BalasPadam
  6. hrap ia mencapai sasaran dan dpt selesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  7. harap semua akan bersungguh-sungguh dan akan bekerjasama menyelesaikan masalah pati ini.

    BalasPadam
  8. kalau 500,000 PATI didaftarkan, tidakkah kita akan rasa terancam dengan bilangan mereka yang semakin ramai di negeri ini? rasa macam kurang setujulah PATI sebanyak ni didaftar.

    BalasPadam
  9. apapun, diharap lepas ni tiada lagilah kes-kes PATI yang melakukan jenayah dan tidak dapat dikesan. lagipun semua mereka sudah didaftar juga kan.

    BalasPadam
  10. kalau 5P ini dapat dijalankan dengan teliti, jujur dan bersungguh2, saya yakin masalah PATI serta pekerja asing di negeri ini dapat diselesaikan dengan berkesan.

    BalasPadam
  11. harap PATI dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa

    BalasPadam
  12. semoga isu PATI di Sabah dapat ditangani oleh kerajaan.

    BalasPadam
  13. Baguslah kalau mamcam itu. Tapi pastikah program pengampunan ini akan dapat menyelesaikan masalah PATI yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

    BalasPadam