Khamis, Julai 21, 2011

3 SEBAB MEDIA BARU MENGATASI MEDIA TRADISIONAL

Kejayaan Internet, Media Baru Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Terdapat tiga sebab utama bagi kejayaan internet dan media baru di Malaysia, dan ia terus mencatatkan pertumbuhan pesat setiap hari untuk memenuhi permintaan ramai.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata sebab pertama ialah dasar kerajaan untuk mempromosikan Koridor Raya Multimedia.

"Dalam dasar ini, kerajaan berjanji tidak akan melakukan tapisan internet dan kerajaan telah berpegang kepada janjinya itu," katanya pada perasmian majlis ceramah dan jamuan tengah hari Gerbang Maklumat Selatan-Selatan (SSIG) di sini hari Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Datuk Raslin Abu Bakar.

Ceramah bertajuk 'Nations on Fire: The Power of New Media' itu disampaikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya.

Kamaruddin berkata sebab kedua ialah peningkatan tahap kesedaran mengenai politik di kalangan rakyat Malaysia, dengan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang memperlihatkan minat dalam demokrasi, hak asasi manusia dan tadbir urus baik.

"Dan yang terakhirnya, kehilangan kredibiliti di kalangan media tradisional akibat melakukan tapisan sendiri. Dengan itu, pembaca beralih kepada internet sebagai alternatif untuk mendapatkan sumber berita dan maklumat," katanya.

----

98% Rakyat Malaysia Bakal Beralih Kepada Media Baru

"Orang pertama yang menyebarkan maklumat akan dapat menguasai dunia. Saya pasti media konvensional tidak dapat mengatasinya kerana perlu melalui proses cetakan dan edaran,"

"Media konvensional tidak seharusnya menjadi alat propaganda kepada sesiapa saja. Jika ingin bersaing dengan media baru, media konvensional perlu bersikap lebih terbuka dalam penyampaian berita,"

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

13 ulasan:

  1. Kebanyakan rakyat lebih bergantung pada media alternatif sekarang.

    BalasPadam
  2. media alternatif semakin mendapat sambutan sekarang ni..

    BalasPadam
  3. dengan pelbagai sumber untuk kita memperoleh maklumat sekarang ni, kita perlulah menilai sesuatu maklumat dengan bijak.

    BalasPadam
  4. internet dan media baru ini lebih menarik kerana kepelbagaiannya. terlalu banyak info yang boleh diperolehi tanpa tapisan oleh pihak kerajaan.

    BalasPadam
  5. pembaca/rakyat perlu berhati-hati dan bijak menilai antara yang benar dan tidak dalam menerima maklumat yang disampaikan. kadang2 maklumat tersebut tidak tepat dan tanpa berasaskan bukti.

    BalasPadam
  6. maklumat media alternatif seperti internet lebih mudah dan cepatt didapati. oleh sebab itu jglah media ini lebih digemari.

    BalasPadam
  7. Media alternatif lebih popular pada masa kini. Aksesnya lebih mudah.

    BalasPadam
  8. Apa yang dilaporkan dalam media alternatif bukan 100% tepat. Pembaca harus bijak menilai dan tidak percaya bulat2 apa yang disiarkan.

    BalasPadam
  9. ada kebaikan dan keburukan juga. Tapi semuanya bergantung pada diri sendiri.

    BalasPadam
  10. Itu sudah pasti.Media sekarang lebih mudah dan senang diperolehi. tapi jangan terlaku percaya dengan media sepenuhyan. Kadang-kadang tidak semuanya adalah tepat dan benar.

    BalasPadam
  11. What u read in the internet may not be entirely true.

    BalasPadam
  12. People shouldn't easily trust what is in the internet. judge wisely. I don't think some of the sources are reliable.

    BalasPadam
  13. saya suka melayari info2 dalam internet kerana kita boleh tahu serta merta maklum balas dari pembaca2 yang lain.

    BalasPadam