Jumaat, Jun 24, 2011

SABAH AKAN MOHON STATUS WARISAN DUNIA BAGI TIGA KAWASAN KONSERVASI

Sabah Akan Mohon Status Warisan Dunia Bagi Tiga Kawasan Konservasi

TUARAN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah akan memohon status Warisan Dunia kekal bagi tiga kawasan konservasi di negeri ini iaitu Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Imbak Canyon.

 

 

 

 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata langkah itu diambil bagi memastikan ekosistem di kawasan itu tidak diganggu.

Beliau berkata adalah penting untuk melindungi hutan dan hidupan liar untuk manfaat generasi akan datang dan menjamin kedudukan ketiga-tiga kawasan sebagai destinasi pelancongan.

"Lambat laun, pelancongan akan menjadi penjana pendapatan nombor satu bagi Sabah dan orang dari seluruh dunia akan datang untuk melihat alam semulajadi Sabah dan dengan itu adalah penting untuk melindungi hutan kita" katanya kepada pemberita pada Simposium Karnivor Borneo (BCS) di sini.

Selain itu, tegasnya langkah itu juga akan dapat melindungi hutan di negeri ini daripada diambil oleh ahli politik korup di masa depan.

Simposium yang julung kali diadakan itu dianjurkan Jabatan Hidupan Liar, International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan Leibniz Institute For Zoo and Wildlife Research Jerman dan dihadiri perwakilan dari 15 negara yang terdiri daripada saintis, aktivis dan wakil pelbagai agensi kerajaan.

Program selama seminggu itu bertujuan memastikan survival 23 spesies karnivor Borneo. Karnivor berkenaan ialah sekumpulan mamalia seperti harimau akar, musang seperti Tangalunga, memerang dan badger seperti Teledu.

18 ulasan:

  1. Usaha yang amat baik untuk memulihara dan memelihara alam semula jadi negeri kita. Semoga status warisan dunia ini akan diluluskan kepada Sabah.

    BalasPadam
  2. Selain itu, pemeliharaan alam sekitar ini tanggungjawab kita semua. Harap rakyat akan memberi kerjasama untuk tidak merosakkan alam semula jadi kita.

    BalasPadam
  3. Kekalkan hutan kita dan jangan biarkan ianya tengelam dengan arus pembangunan.

    BalasPadam
  4. Ini juga adalah untuk tujuan perlancongan.

    BalasPadam
  5. Satu usaha yang sangat baik dan semoga usul ini diluluskan.

    BalasPadam
  6. Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks dan bandar. Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada 21 buah negara.

    BalasPadam
  7. Apabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya. Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara kerana tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala generasi akan datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara mereka. Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke semasa ke tapak-tapak tersebut.

    BalasPadam
  8. "Selain itu, tegasnya langkah itu juga akan dapat melindungi hutan di negeri ini daripada diambil oleh ahli politik korup di masa depan."

    Sangat berharap permohonan ini diluluskan untuk mengelakkan individu2 yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Khazanah alam harus dipelihara dan ia adalah tanggungjawab bersama.

    BalasPadam
  9. Masidi Manjun adalah salah satu menteri yg sangat aktif menjalankan tanggungjawabnya...Bukan maksud saya Menteri2 lain tak buat kerja, tapi ini melihat dari segi keaktifan la...

    Keep up the good work Datuk!!

    BalasPadam
  10. saya sokong usaha ini..harap ketiga-tiga kawasan tersebut akan mendapat status warisan dunia.

    BalasPadam
  11. sabah mmg mempunyai byk kawasan yang indah. harap ia akan mendapt status warisan dunia.

    BalasPadam
  12. Baguskah kerana memang poatut hutan dilindungi untuk tatapan generasi akan datang.

    BalasPadam
  13. Harap2 permohonan itu diluluskan.

    BalasPadam
  14. Sabah bertuah kerana memiliki hutan yang cantik sesuai untuk industri pelancongan.. sudah tentu menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan hutan2 ini terus terpelihara dan tidak diganggu oleh tangan2 manusia yang rakus.

    BalasPadam
  15. Harap beberapa kawasan ini akan berjaya mendapat status warisan dunia.

    BalasPadam
  16. ketiga-tiga kawasan konservasi ini memang sesuai distatuskan warisan dunia kerana masing-masing mempunyai tarikannya tersendiri.

    BalasPadam
  17. Ya betul, langkah itu patut dipertimbangkan bagi memastikan ekosistem di kawasan itu tidak diganggu.

    BalasPadam