Khamis, Jun 23, 2011

POLIS CARI BOMOH WANITA, SUAMI

Polis cari bomoh wanita, suami

kak Yah @ Kak Mah dicari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pemuda, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 22 Jun – Polis mengedarkan gambar seorang bomoh wanita warga Thailand dan suaminya yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang pemuda baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, gambar kedua-dua mereka diedar bagi membantu orang ramai memberi kerjasama mengesan pasangan berkenaan yang kini menghilangkan diri selepas kematian pemuda itu yang dirawat secara pelik.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini, bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah atau Kak Mah, 43, dan suaminya, Norhisham Mustapa, 33, masih berada di sekitar Rantau Panjang, Kelantan.

“Kita percaya jika dapat maklumat sekurang-kurangnya mengenai suaminya, maka bomoh wanita itu pasti akan dapat dikesan dan ditahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 16 Jun lalu, seorang pemuda, Faisal Harun, 26, dari Kampung Gong Beris, Marang dibawa keluarganya untuk mendapatkan rawatan daripada bomoh tersebut.

Mangsa dibawa ke rumah bomoh itu di Kampung Pulau Rusa, Mercang kerana mengalami masalah kesihatan setelah dikatakan terkena buatan orang.

Mangsa dipaksa minum air dalam kuantiti banyak termasuk melalui hos getah kononnya untuk mengeluarkan jin dalam badannya.

Bagaimanapun, pemuda itu tidak sedarkan diri kerana kelemasan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Mercang.

Jamshah dalam pada itu memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan itu diminta menghubungi Asisten Supritendan Mohd. Adli Mat Daud dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 013-4398633 atau 09-6182222.

13 ulasan:

  1. Oleh itu, jangan senang-wenang mempercayai bomoh yang mendakwa mereka boleh mengubati penyakit dan lain-lain.

    BalasPadam
  2. Takziah juga diucapkan kepada mangsa keluarga.

    BalasPadam
  3. bomoh apa pula ni sampai suruh minum air dari hos sampai lemas. sudahlah air paip lagi tu. memang tau pun tidak bersih untuk diminum.

    BalasPadam
  4. Melalui cara saja pun macam dah tak betul. Jin keluar dari hos? Jangan mudah percaya dengan orang2 macam ini.

    BalasPadam
  5. Doktor hospital tidak sahkan penyakitnya kah sampai hendak jumpa bomoh?

    BalasPadam
  6. harap pihak polis akan dapat mencari bomoh tersebut.

    BalasPadam
  7. Siapa yang suruh menjadi pak turut dengan kata-kata bomoh. Lain kali fikir logiknya kata-kata bomoh tersebut.

    BalasPadam
  8. bomoh ni kalau kita tanya apa2 penyakitpun dorang akan cakap kena buatan orang atau apa sahaja yang berkaitan dengan spiritual... apa2pun cari cari pembunuh ini sampai dapat..

    BalasPadam
  9. Apalah bomoh ni.. Merosakkan nama bomoh ja. huhu. Harap dorang dapat ditangkap dan kalau betul bersalah jatuhkan hukuman setimpal.

    BalasPadam
  10. Apapun takziah pada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  11. Takziah kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  12. berubat dengan bomoh tidak semestinya dapat menyembuh penyakit, lihat sahajalah apa yang telah terjadi kepada mangsa ini.

    BalasPadam