Khamis, Jun 09, 2011

PETRONAS CATAT KEUNTUNGAN RM90.496 BILION, DIVIDEN RM30 BILION KEPADA KERAJAAN

Petronas Catat Keuntungan, Dividen RM30 Bilion Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR Jun 8, 2011 : Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Presiden dan Petua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi, kata Shamsul Azhar kepada sidang media di sini.

Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

"Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan," katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.

Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.

11 ulasan:

  1. Baguslah kalau macam tu.

    BalasPadam
  2. hasil keuntungan tersebut harus disumbangkan kepada rakyat.

    BalasPadam
  3. setuju dengan soni, hasil keuntungan tersebut perlu digunakan sebaiknya untuk kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  4. kalau Petronas catat keuntungan yang lebih tinggi, pertimbangkanlah royalti minyak Sabah yang hanya 5% tu naikkan kepada 20% seperti yang dituntut.

    BalasPadam
  5. harap-harap keadaan kenaikan keuntungan ini berterusan.

    BalasPadam
  6. Good. Then increase the Sabah oil royalty. This state need more money to overcome the poverty in rural areas.

    BalasPadam
  7. Gunalah duit itu untuk membantu rakyat terutamanya dalam menyediakan kemudahan2 asas.

    BalasPadam
  8. keuntungan itu patut dikongsi sama dengan rakyat di negeri Sabah.

    BalasPadam
  9. Mungkin keuntungan itu boleh cover subsidi minyak agar tidak lagi meningkat dimasa terdekat.

    BalasPadam
  10. Untung besar nampak Petronas sekarang. Apa lagi jika subsidi dipotong bertambanh untnglah Petronas.

    BalasPadam