Khamis, Jun 09, 2011

PARANG JADI TEMAN TIDUR

Parang jadi teman tidur

Penghuni dekat asrama pekerja asing bimbang keselamatan

BANDAR BARU NILAI 2011/06/09: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya.

Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan pergaduhan menakutkan.

Seorang peniaga yang tinggal di perumahan itu sejak lapan tahun lalu, Anita Mansor, 34, berkata keluarganya tertekan dengan pergaduhan yang sering berlaku.

  WARGA Vietnam merempuh tali halangan polis untuk balik ke  asrama mereka di Taman Semarak, malam kelmarin.

“Banyak pergaduhan kecil berlaku di sini, tetapi tidak membabitkan polis dan orang luar, jadi tiada siapa memberi perhatian.

“Setiap kali orang bergaduh, kami trauma mengingatkan pergaduhan kumpulan pekerja Vietnam dan Indonesia lapan tahun lalu, kerana ketika itu ramai lelaki bermuka bengis keluar masuk ke kawasan asrama membawa besi dan kayu sebagai senjata.

“Penduduk ketakutan dan berkurung bersama keluarga dalam rumah kerana tidak mahu dicederakan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Dalam kejadian rusuhan kali ketiga di asrama itu malam kelmarin, 23 orang cedera akibat pergaduhan membabitkan kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.

Pergaduhan besar pertama di asrama itu pada 17 Januari 2002 apabila lebih 500 pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah.

Pada 22 September 2003 pula, kumpulan pekerja Indonesia dan Vietnam bergaduh apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul sekumpulan pekerja Vietnam yang mabuk, menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.

Sementara itu, pekerja kilang tinggal di kawasan itu sejak 17 tahun lalu, S Kannahe, 40, berkata dia berasa tidak selamat dengan kehadiran warga asing sering berkeliaran dan mabuk berhampiran rumahnya.

13 ulasan:

  1. Disebabkan warga asing, pekerja asing dan PATI, rakyat sentiasa rasa bimbang and takut.

    BalasPadam
  2. Harap masalah PATI dan warga asing dapat ditangani dengan baik supaya rakyat akan rasa lega dan selamat.

    BalasPadam
  3. kehadiran warga asing sering membawa byk masalah. rakyat tempatan tidak berasa selamat dan tenteram lagi.

    BalasPadam
  4. pekara ini tidak patut dibiarkan. pihak polis perlu melakukan sesuatu bagi membolehkan penduduk berasa lebih selamat.

    BalasPadam
  5. Rakyat sendiri sudah tidak rasa selamat. Tingkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah PATI dan warga asing ini.

    BalasPadam
  6. Polis perlu membuat lebih banyak rondaan.

    BalasPadam
  7. warga asing ni terbawa-bawa dengan sikap dan keadaan negara mereka yang sudah biasa dengan kejadian rusuhan dan pukul memukul. tidak hairan mereka berkelakuan seperti itu di negara kita.

    BalasPadam
  8. kerajaan perlu mengurangkan pengambilan pekerja asing di negara ini dan diharap tidak menempatkan mereka di satu asrama yang sama jika kejadian seperti ini seringkali berlaku. keadaan ini hanya akan membawa ancaman kepada rakyat tempatan.

    BalasPadam
  9. inilah risiko yang bakal rakyat hadapi apabila kerajaan tidak mengawal jumlah pekerja asing dinegara ini. kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap pekerja asing. saya yakin ramai rakyat tempatan yang sudi menggantikan tempat mereka sekiranya gaji yang ditawarkan berpatutan dengan kerja serta kos hidup masa kini.

    BalasPadam
  10. Memang jenis mereka ini tidak dapat hidup dengan pelbagai kaum sebab itulah mereka dicipta dan ditempatkan dikawasan yang tertentu sahaja.

    BalasPadam
  11. Kerajaan harus memandang perkara ini dengan serius. Mungkin boleh tempatkan pondok polis di sekitar kawasan itu ataupun biarkan ada polis peronda berjaga di waktu malam untuk menjadi keselamatan penduduk tempatan.

    BalasPadam
  12. Harap tubuhkan satu unit polis dikawasan itu untuk memastikan keselamatan para penduduk.

    BalasPadam
  13. Polis sewajarnya mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.

    BalasPadam