Rabu, Jun 08, 2011

WARGA PAKISTAN DIPENJARA LAPAN BULAN MASUKI SARAWAK SECARA HARAM

Warga Pakistan Dipenjara Lapan Bulan Masuki Sarawak Secara Haram

SIBU Jun 8, 2011: Mahkamah Sesyen di sini, Rabu menjatuhi hukuman penjara lapan tahun, masing-masing, ke atas tiga rakyat Pakistan kerana menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk memasuki negeri ini.

Hakim Indra Ayub memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa 13 Mei pada tarikh mereka ditangkap.

Tiga rakyat Pakistan yang berumur antara 35 hingga 47 tahun itu ditangkap semasa tiba di lapangan terbang di sini dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, pukul 8.15 malam.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sibu, Billawati Annuar berkata semasa diperiksa, pegawai Imigresen mendapati mereka memiliki pas perjalanan sosial dan visa palsu.

Katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/62 kerana menggunakan dokumen perjalanan palsu dan mengikut Seksyen 6(1)(I) akta yang sama kerana memasuki negeri ini secara haram.

Masing-masing dijatuhi hukumen empat bulan penjara bagi setiap kesalahan.

Sebelum itu, ketiga-tiga rakyat Pakistan itu tiba di Kuala Lumpur melalui jalan darat dari Thailand.

16 ulasan:

  1. Sabah patut contohi Sarawak dalam membendung kemasukan warga asing secara haram di negeri ini.

    BalasPadam
  2. Mengamalkan intergriti, tidak mengambil rasuah, kemasukan warga asing boleh dikurangkan.

    BalasPadam
  3. kita kena membendung kemasukan warga asing ke negara kita.

    BalasPadam
  4. masih ramai warga asing yang memasuki negara ini secara haram. teruskan usaha untuk membasmi masalah ini.

    BalasPadam
  5. lapan tahun ke lapan bulan? confuse dengan tajuk dan isi berita ni..semakin ramai juga warga asing berminat untuk memasuki Malaysia. kerajaan sepatutnya tidak melaksanakan program 'legalizing' para warga asing yang berada di Malaysia.

    BalasPadam
  6. bagaimana pula mereka tidak dikesan sewaktu berada di lapangan terbang Kuala Lumpur?

    BalasPadam
  7. Sabah sepatutnya belajar dengan Sarawak macam mana menangani pendatang tanpa izin.

    BalasPadam
  8. Isu Pendatang tanpa izin boleh diselesaikan jika kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menanganinya.

    BalasPadam
  9. Akhirnya tertangkap juga masuk secara haram. Harap pihak imigresen akan sentiasa melakukan pengawasan bagi memastikan kemasukan secara haram ini akan dapat ditangani sebaik mungkin.

    BalasPadam
  10. pintu2 masuk negara samada depan atau belakang patut dikawal ketat. jika kawalan itu masih boleh dibolosi, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai peguatkuasa kita..

    BalasPadam
  11. deport them back once they are done with their jail time.

    BalasPadam
  12. Sarawak bukan seperti di Sabah. Kerajaan mereka memandang serius perbuatan pencerobohan.

    BalasPadam
  13. Hukuman sebegini sudah pasti untuk mengelak dari perkara ini berulang, dan dicontohi oleh individu lain.

    BalasPadam
  14. Pastikan mereka mempelajari sesuatu semasa dalam tahanan.

    BalasPadam
  15. semoga ini memberi pengajaran kepada yang tertangkap.

    BalasPadam
  16. macamana boleh memasuki Kuala Lumpur melalui jalan darat dari Thailand tanpa dikesan? hmmm...

    BalasPadam