Pekerja Bengkel Penggal Kepala Rakan Sekerja Di Penampang
PENAMPANG, 10 Jun (Bernama) -- Seorang mekanik menetak leher rakan sekerjanya beberapa kali menggunakan parang sebelum memenggalnya sehingga putus dengan pisau pemotong daging di sini Jumaat.
Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Kandazon dekat sini. Polis tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan kira-kira 10 pagi daripada penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata suspek, yang dipercayai menghidap penyakit mental, tidak melawan ketika ditahan di tempat kejadian.
Polis turut menemui parang dan pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, katanya kepada pemberita.
Menurut seorang saksi, suspek berumur 30 tahun dan berbangsa Filipina itu pada mulanya bertanya di mana parang diletakkan.
Saksi itu dan seorang lagi rakannya terkejut apabila suspek tiba-tiba menyerang mangsa, Asri Patahudin, 37, dengan menetaknya menggunakan parang di leher beberapa kali.
Mereka berdua cuba menahan suspek tetapi terpaksa meninggalkan tempat kejadian apabila suspek cuba menetak mereka dengan parang tersebut.
"Kami lari keluar dari bengkel dan melihat dari jauh, dan nampak suspek memenggal kepala mangsa. Kami juga nampak suspek membersihkan darah mangsa dengan menyiram minyak hitam dan mencuci parang yang digunakan dengan air," katanya.
Saksi itu berkata suspek kemudian mengheret dan meletak badan mangsa ke dalam sebuah van yang berada di situ manakala kepala mangsa pula dimasukkan ke dalam karung.
Kenapa kes jenayah semakin teruk dalam negeri?
BalasPadamsungguh kejam, inilah akibatnya jika mempunyai masalah mental dan hilang pertimbangan diri.
BalasPadamSekali lagi jenayah ini melibatkan warga asing. Ini semakin membahayakan keselamatan penduduk tempatan.
BalasPadamSelepas kejadian ini, orang ramai kena lebih berhati-hati terutamanya bila seseorang itu menunjukkan tanda2 yang ganjil.
BalasPadamberhati-hatilah jika bertemu dengan orang yang mempunyai masalah mental.
BalasPadamsangat mengerikan kejadian seperti itu. sampai sanggup menetak leher manusia hingga putus. tapi tidak hairan juga sebab suspek tu pesakit mental. harap penduduk sentiasa berhati-hati.
BalasPadamentah apa pula tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap suspek tu sebab seorang pesakit mental.
BalasPadamMemang orang ini ada masalah mental.
BalasPadammak-datuk...seramnya..
BalasPadamSangat membimbangkan, kebanyakan kes-kes jenayah dan bunuh melibatkan warga asing di Sabah.
BalasPadam