Lelaki Warga Indonesia Mati Ditembak
KUALA LUMPUR Jun 20, 2011: Seorang lelaki warga Indonesia mati ditetak berhampiran Tanah Perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, malam Ahad, dipercayai berpunca daripada satu perselisihan faham antara kumpulannya dengan satu kumpulan lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa, yang berusia lingkungan 30-an, bersama dua rakannya dikatakan mula berselisih faham dengan empat anggota kumpulan lain ketika menaiki sebuah bas dari tempat kerja mereka di Taman Len Seng, Cheras, untuk pulang kira-kira 7 malam.
"Namun, ketika di dalam bas, mereka telah dipaksa oleh kumpulan tersebut untuk turun di kawasan seberang jalan tanah perkuburan itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa dan rakannya kemudian dikejar kumpulan berkenaan sehingga ke kawasan berhampiran tanah perkuburan sebelum diserang.
Dalam kejadian itu, seorang rakan mangsa cedera parah dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
Ku berkata maklumat awal mendapati mangsa, yang ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di tapak pembinaan di Taman Len Seng.
"Tidak ada sebarang identiti pada lelaki tersebut...menurut lelaki yang cedera parah itu, kumpulan yang satu lagi dipercayai bukan warga tempatan," katanya.
Setiap hari pun kedengaran ada masalah yang timbul disebabkan warga asing.
BalasPadamHarap warga asing janganlah membangkitkan maslah di tempat kita lagi.
BalasPadamwarga asing ni nampak terlalu amalkan sentimen berpuak-puak sampai sanggup menetak orang.
BalasPadamwarga asing ni sah atau tidak masuk M'sia. Harap2 polis lebih cekap dalam menangani masalah warga asing.
BalasPadamHaaaa sudahlah menunpang tinggal ditempat orang perangai macam hantu. Kenapa perlu bertindak sedemikian? Sedar2 lah diri 2....
BalasPadamLakukan operasi mencari kumpulan yang terlepas itu... jangan biarkan mereka terlepas kerana mereka ini meebahaya untuk terus bebas.
BalasPadamWah gambar tu rakan mangsa yg cedera parah ka? sadis boss hehe...
BalasPadamBalik2 pasal warga asing. Tempat sendiri pun tidak aman sudah gara2 mereka.
BalasPadamWarga asing ini sanggup buat apa saja. Tidak kira perkara itu baik ataupun tidak. Sampai sekarang kerajaan tidak dapat mengawal kemasukan mereka ke negara ini.
BalasPadamMemang warga asing merbahaya berani mencari masalah dalam negara orang lain.
BalasPadamsudah banyak masalah yang timbul berkaitan dengan warga asing. harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan segera.
BalasPadamMcm permainan saja oo dorang ingat nyawa manusia ni. huhu
BalasPadamTeruk betul dengar perlakuan warga asing di negara kita. huhu. Harap hal sebegini tidak berulang lagi.
BalasPadamlihatlah bagaimana beraninya warga asing ini melakukan jenayah di negara kita. kenapa mereka semakin berani? sebab jumlah mereka semakin ramai sehingga mampu menubuhkan kumpulan samseng..
BalasPadaminilah satu sikap buruk warga asing ni, masalah sikit saja nak tetak orang. tiada perikemanusiaan langsung.
BalasPadamJadi apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang? Jika perkara ini berlaku bukankah ini akan membuat penduduk tempatan dalam kerisauan.
BalasPadamHarap hukuman berat akan dikenakan terhadap warga asing ini.
BalasPadam