Khamis, Jun 30, 2011

NAJIB UMUM PERUNTUKAN LEBIH RM5 JUTA BAGI PROJEK JALAN RAYA, RUMAH PANJANG DI KEMABONG

Najib Umum Peruntukan Lebih RM5 Juta Bagi Projek Jalan Raya, Rumah Panjang Di Kemabong

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama masyarakat suku kaum Murut pada majlis Juara Rakyat 1Malaysia.

TENOM, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2.8 juta untuk menaik taraf jalan raya di kawasan daerah kecil Kemabong, dekat sini.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan rumah panjang suku kaum Murut di daerah Tenom untuk tujuan mempromosi kraftangan dan mengekalkan tradisi suku kaum tersebut.

Berucap dalam program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di sini, beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan permohonan yang dikemukakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Datuk Rubin Balang.

"Permohonan-permohonan lain yang telah dikemukakan Datuk Rubin tadi, saya akan semak terlebih dahulu," katanya di tapak program tersebut di Padang Pekan Kemabong.

Terdahulu, Rubin yang juga pengerusi penganjur program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, berterima kasih kepada kerajaan kerana usaha pembangunan yang dilakukan di kawasan itu, termasuk pemberian geran komunal kepada rakyat luar bandar.

Beliau turut mengetengahkan beberapa masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di daerah kecil itu dan daerah Tenom secara amnya.

Rubin berkata jalan raya di Kemabong perlu dinaik taraf dan diturap secara berperingkat memandangkan pada masa ini hanya 30 peratus sahaja yang diturap.

"Rakyat sudah lama menanti. Kami juga merayu kerajaan persekutuan luluskan permohonan lebuh raya (menghubungkan) daerah Tenom dan daerah Beaufort, atas sebab kedudukan jalan raya yang strategik," katanya.

Beliau berkata permohonan lain termasuk pewujudan kampus cawangan mana-mana universiti, kolej mahupun institut untuk daerah Tenom sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan dan merangsang semangat pelajar-pelajar luar bandar di situ.

"Selain itu, pemimpin-pemimpin keagamaan di sini juga meminta Perdana Menteri menyalurkan dana seberapa yang boleh bagi tujuan pembangunan semua agama di daerah Tenom ini," katanya.

Daerah kecil Kemabong terletak di kawasan pedalaman daerah Tenom, kira-kira 208 kilometer atau tiga setengah jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Mengikut Banci Penduduk 2010, daerah kecil ini didiami kira-kira 35,000 orang dengan 70 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Murut.

----

RM30 juta untuk bina IPD Sipitang: PM

16 ulasan:

  1. Harap kerajaan akan memastikan bahawa perjanjian seperti ini dapat ditunaikan.

    BalasPadam
  2. perutukan yang diberikan itu pasti menggembirakan penduduk disana...

    BalasPadam
  3. harap peruntukan yang diberikan disalurkan segera bagi mamstikan pembangunan kawasan itu dpt dilakukan segera.

    BalasPadam
  4. diharapkan peruntukan ini akan digunakan dengan sebaiknya dan objektif untuk memberikan kemudahan kepada penduduk akan tercapai.

    BalasPadam
  5. Harap2 peruntukan serta merta tu diguna sebaik mungkin.

    BalasPadam
  6. Diharap permohonan yang lain2 tu diluluskan untuk kemudahan dan keselesaan masyarakat Tenom.

    BalasPadam
  7. Semoga peruntukan ini sampai kepada penduduk dan bukannya diambil terlebih dahulu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Penduduk tenom berhak dapatkan kemudahan infrastruktur yang baik.

    BalasPadam
  8. Nampaknya kehadiran PM memberikan sinar cahaya kepada Kemabong untuk dibangunkan dengan peruntukan RM5juta ini. Harap ini bukan cuma kata-kata.

    BalasPadam
  9. Pengumuman PM ini tentu menggembirakan penduduk Tenom dan masih ada harapan untuk mereka merasai pembangunan di kawasan itu. Semoga peruntukan ini dimanfaatkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  10. Gunakan peruntukkan tersebut sebaik-baiknya. Pastikan peruntukkan digunakan untuk perkara yang perlu seperti pembinaan rumah panjang suku kaum Murut dan juga memperbaiki jalan raya.

    BalasPadam
  11. RM5.8 juta peruntukan diberi kepada Tenom. harap-harap jalan raya akan segera dinaik taraf dan rumah panjang dapat dibina untuk tujuan mempromosi kraftangan dan mengekalkan tradisi suku kaum Murut.

    BalasPadam
  12. Sudah dapat diramal yang kemabong akan dapat peruntukan untuk pembangunan.

    BalasPadam
  13. Masih banyak lagi yang diperlukan untuk pembangunan setempat dan harapan semua rakyat Sabah saya adalah satu untuk kemajuan bersama.

    BalasPadam
  14. Berita yang mengembirakan. Harap hasilnya pun mengembirakan juga. hehe

    BalasPadam
  15. Semoga semuanya berjalan lancar sebagaiman yang diharapkan :)

    BalasPadam
  16. see.. lawatan Najib ke Tenom bukan dengan tangan kosong..

    BalasPadam