Ahad, Jun 12, 2011

KANAK-KANAK MATI DITIKAM

Kanak-kanak mati ditikam

SANDAKAN 11 Jun – Seorang lelaki yang hilang sabar dengan bunyi bising anak jirannya, mengamuk dan bertindak menikam tiga beradik dengan senjata tajam mengakibatkan salah seorang daripadanya maut akibat cedera parah.

Dalam kejadian di Flat MPS Karamunting Jalan Batu Sapi, dekat sini pukul 2 petang semalam itu, Ahmad Khir Hadari Awang, 6, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.

Abang mangsa, Mohd Fadley Syarie Awang, 12, dan Nur Salinah Sahira, 10, masih lagi dirawat di wad berasingan di hospital sama.

Semasa kejadian, Ahmad Khir Hadari bersama kakak dan abangnya serta beberapa ahli keluarga lain sedang berada di dalam rumah mereka di tingkat dua flat berkenaan.

Menurut saksi, seorang lelaki yang tinggal di tingkat satu flat sama tiba-tiba menyerbu masuk rumah itu sebelum bertindak menikam tiga beradik tersebut.

Nur Salinah yang cedera sempat berlari keluar bagi meminta pertolongan daripada orang ramai manakala suspek berusia 20-an pula melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil Mohd. Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan berdekatan.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa mangsa, Awang Ahmad yang juga bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia berkata, ketika kejadian dia berada di pejabatnya di bandar dan isterinya pula menyelesaikan urusan keluarga.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menduga kejadian tragis itu akan berlaku kepada ahli keluarganya hanya kerana perkara kecil tersebut.

“Saya kini sedang mengurus jenazah anak saya untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.

13 ulasan:

  1. Betul betul teruklah lelaki ini. Tiada perikemanusiaan langsung.

    BalasPadam
  2. hnya kerana perkara kecil mcm tu pun nak tikam anak orang. orang tu waras ke tidak?

    BalasPadam
  3. Memang biasalah kalau kanak-kanak suka buat bising, bolehlah tegur sikit, tidak perlulah sampai menikam mereka. Takziah kepada ibu-bapa kanak-kanak yang terkorban. Harap hukuman berat dijatuhkan kepada lelaki ini.

    BalasPadam
  4. Lelaki ini mungkin sakit mental ataupun di bawah pengaruh dadah. Entah mengapa sanggup bunuh kanak2 hanya kerana bising.

    BalasPadam
  5. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan anak2. Perkara seperti ini harus dijadikan iktibar.

    BalasPadam
  6. takziah kepada keluarga mangsa. harap mereka tabah menghadapi pekara ini.

    BalasPadam
  7. kalau lelaki tersebut bukan sakit mental atau di bawah pengaruh dadah, mungkin lelaki tersebut panas baran sebab bila kemarahan tu sudah tidak terkawal lagi, dia pasti sanggup buat apa saja.

    BalasPadam
  8. tidak lama lagi akan gelap lah masa depan si pembunuh hanya disebabkan perkara kecil.

    BalasPadam
  9. Condolence to the victims' family.

    BalasPadam
  10. That man is mentally sick!

    BalasPadam
  11. Ambil tindakkan kepada pesalah. Ini bukan satu penyelesaian yang baik.

    BalasPadam
  12. beginilah kalau orang yang hilang kawalan..macam-macam boleh terjadi.

    BalasPadam
  13. Takziah kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam