Sabtu, Mei 28, 2011

‘MUSTAHIL ANJING CUBA SELAMAT BUDAK’

‘Mustahil anjing cuba selamat budak’

KOTA KINABALU 8 Mei 2011: “Mustahil haiwan (anjing) itu mahu menyelamatkan kanak-kanak ditemui dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ di dalam longkang.

“Berdasarkan kesan gigitan pada tubuh mangsa dan hasil bedah siasat jelas menunjukkan mangsa diserang anjing itu dan budak berkenaan terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air.”

Demikian tegas Pegawai Perubatan Hospital Ranau, Dr Mohd Fahmie Abdul Razak mengenai kejadian serangan anjing di Kampung Matan, Ranau, Khamis lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Mohd Raqib Mohd Rasli.

Dr Mohd Fahmie berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar ang mendakwa kanak-kanak malang itu tidak diserang, sebaliknya cuba diselamatkan anjing peliharaan bapa saudaranya selepas terjatuh ke dalam longkang.

Menurut pegawai perubatan berkenaan, laporan akhbar itu cukup berbeza dengan hasil bedah siasat yang dilakukan pihaknya terhadap mangsa.

6 ulasan:

  1. Biarlah pihak profesional yang menyiasat hal ini.

    BalasPadam
  2. entah maklumat manalah yang benar..apa pun biarlah mereka yang pakar melakukan apa yang patut.

    BalasPadam
  3. tak kisah anjing tu hero atau penjahat dalam hal ini. benda dah jadi, kita harus menerimanya.

    BalasPadam
  4. ya.sudah takdir seperti itu. keluarga mangsa harus menerimanya.

    BalasPadam
  5. tapi bukankah hasil bedah siasat juga menunjukkan budak itu mati bukan disebabkan diserang oleh anjing??

    BalasPadam
  6. Tidak mustahil perkara ini berlaku. Jika anjing itu jagaan keluarga tersebut mesti anjing itu ada perasaan.

    BalasPadam