Jumaat, Mei 27, 2011

KETUA KAMPUNG DAN ADIK DITAHAN BANTU DAFTAR WARGA ASING DAPATKAN DOKUMEN

Ketua Kampung Dan Adik Ditahan Bantu Daftar Warga Asing Dapatkan Dokumen

SANDAKAN, 27 Mei Bernama) -- Polis menahan seorang ketua kampung bersama adiknya selepas disyaki cuba membantu mendaftarkan empat warga asing untuk memperolehi dokumen pengenalan diri negara ini ketika Program Pendaftaran Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kampung Botition di Beluran Khamis.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP V Sivanathan berkata ketua kampung itu yang berusia 58 tahun bersama adiknya berusia 57 tahun ditahan kira-kira 2.20 petang oleh anggota polis yang bertugas di program itu selepas dimaklumkan oleh petugas JPN.

Katanya empat warga asing dari Filipina dan Indonesia yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki turut ditahan.

Mereka yang berusia antara 20 hingga 32 tahun diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya, katanya ketika dihubungi Jumaat.

Beliau berkata ketua kampung itu bersama adiknya disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Bernama yang membuat liputan ketika program tersebut difahamkan, adik ketua kampung yang ditahan itu mendakwa keempat-empat warga asing itu adalah anaknya ketika melakukan pendaftaran di kaunter JPN.

Ketua kampung itu pula bertindak mengesahkan dokumen yang digunakan untuk mendaftarkan warga asing berkenaan.

11 ulasan:

  1. jika benar mereka bersalah, hukuman berat perlu dikenakan terhadap ketua kampung tersebut dan adiknya.

    BalasPadam
  2. ketua kampung tersebut seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak sepetutnya melakukan pekara seperti ini.

    BalasPadam
  3. Hukuman yg berat perlu dikenakan kepada ketua kampung itu & brother dia...perbuatan dia & adiknya ini boleh juga diklasifikasikan sebagai satu bentuk ancaman kepada negara...jangan main2 kalau ia melibatkan soal keselamatan..

    BalasPadam
  4. sememangnya rakyat kita sendiri yang telah menyebabkan kebanjiran warga asing di negara.

    BalasPadam
  5. pasti kedua-dua orang tersebut mendapat rasuah sehingga bersetuju untuk mendaftarkan empat warga asing itu memperolehi dokumen pengenalan diri.

    BalasPadam
  6. Bagus tindakkan polsi menahan mereka yang menjual kewargenegaraan ini. Tindakkan undang-undang yang serius perlu dikenakan kepada mereka ini. Jadi kita tahukan bukan salah JPN tapi ada pihak lain yang cuba untuk menipu.

    BalasPadam
  7. inilah pengkhianat negara, ambil tindakan tegas terhdap mereka.

    BalasPadam
  8. Mereka ini perlulah dijatuhkan hukuman tegas kerana membantu orang luar untuk memasuki Sabah.

    BalasPadam
  9. naa.. siapa yang bantu warga asing ini kalau bukan rakyat Sabah sendiri? tapi yang sering disalahkan ialah kerajaan.. sampai bila2 pun masalah ini tidak akan selesai jika rakyat sendiri tidak memainkan peranan.. bukan setakat melindungi dan menyembunyikan mereka malah membantu warga asing ini mendapatkan MyKad.

    BalasPadam
  10. tahniah kepada pihak polis dan JPN.. teruskan usaha mendaftarkan rakyat tempatan dan pastikan tidak ada warga asing yang berjaya menembusi kawalan ketat JPN dan pihak polis..

    BalasPadam