SPR Tidak Cadang Daftar Pemilih Secara Automatik
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR juga tidak bercadang untuk menurunkan usia mendaftar sebagai pemilih daripada 21 tahun kepada 18 tahun kerana ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 119, tidak membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar diri mereka sebagai pengundi, dibuat secara automatik.
"Ini kerana dalam Perkara 119, telah disebutkan pemilih mesti memohon untuk mendaftar dan tarikh permohonan itulah tarikh seseorang itu disah sebagai pengundi. Ini bermakna, tidak boleh dibuat secara automatik, terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun.
"Kecuali Perkara 119 itu dipinda dan untuk meminda Perlembagaan, mesti mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya dalam temubual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Jumaat.
Beliau berkata pada masa ini, terdapat 3.9 juta warganegara yang layak mendaftar tetapi belum berbuat demikian.
Abdul Aziz berkata jika pendaftaran secara automatik dilaksanakan tetapi tidak diwajibkan mengundi, pihaknya menjangka jumlah yang keluar mengundi akan menjadi sangat rendah iaitu kurang dari 50 peratus.
"Kita tidak boleh salahkan pemilih, mereka akan kata siapa yang mendaftarkan mereka kerana mendaftar sebagai pemilih dan mengundi adalah hak individu. Kita tidak boleh paksa mereka tetapi boleh menerangkan mengenai hak mereka, di bawah undang-undang sebagai rakyat Malaysia, jadi eloklah digunakan," katanya.
Beliau berkata SPR sentiasa mengambil langkah ke hadapan untuk meningkatkan lagi pendaftaran pemilih dan pelbagai saluran pendaftaran telah disediakan oleh SPR untuk memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih.
"Jadi, apa yang penting ialah kesedaran individu itu untuk menggunakan haknya sebagai warganegara dengan mendaftar sebagai pemilih melalui saluran yang disediakan oleh SPR," katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata peruntukan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang warganegara berumur 21 tahun dan ke atas yang menetap di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan sebagai pemilih, layak untuk mendaftar sebagai pemilih.
Berdasarkan peruntukan itu, SPR tidak bercadang untuk menurunkan usia pengundi, kecuali pindaan Perlembagaan dibuat bagi tujuan itu, katanya.
Kenapa tidak? Pendapat aku, pendaftaran pengundi automatik patut dilakukan.
BalasPadamTidak setuju langsung menurunkan usia pengundi. Tidak boleh terima langsung.
BalasPadamtidak ada paksaan untuk kita mengundi, tapi ia adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat.
BalasPadamkepada mereka yang layak mengundi tapi belum berdaftar perlulah mendaftar.
BalasPadamKalau begitu, mereka yang layak untuk undi tetapi belum lagi mendaftar haruslah daftar secepat mungkin.
BalasPadamAppaun caranya, yang paling penting sesiapa yang layak mengundi daftarlah segera.
BalasPadamJusteru tunaikanlah t/jawab anda sebagai rakyat.
BalasPadamSebenarnya saya rasa pendaftaran secara automatik sepatutnya dilaksanakan untuk menjadikan seorang warga negara yang penuh umur 21 tahun terus berhak mengundi. Ini bukan soal paksa undi ataupun tidak. Selepas pendaftaran dibuat, rakyat sendiri boleh memilih sama ada nak undi ataupun tidak. SPR patut melaksanakan pendaftaran automatik.
BalasPadamJika pendaftaran automatik dilakukan, ia mungkin boleh menyedarkan rakyat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat dan pengundi. Mengundi memang satu hak sebagai rakyat, apa salahnya didaftarkan secara automatik?
BalasPadammengundi adalah tanggungjawab bersama.
BalasPadamJanganlah kita memberikan khabar angin. SPR tidak pernah kata mendaftar dengan automatik..Jadi kita tidak perlulah risau dengan pendaftaran ini. SPR masih mengunakan cara yang sedia ada.
BalasPadamTunaikanlah tanggunjawab kita sebagai seorang pengundi..
BalasPadamPelaksanaan secara automatik merupakan kaedah yang lebih efisyen dan efektif dalam proses pendaftaran pemilih baru selain dapat menjimatkan penggunaan duit rakyat dan tenaga kerja. Tugas ini sangat mudah dan dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
BalasPadamterpulanglah kepada pihak kerajaan sama ada mahu membuat pindaan terhadap perlembagaan negara atau mahu membiarkan pembaziran tenaga dan wang rakyat bagi mendaftarkan pemilih baru. cuba tanya SPR sudah berapa juta wang rakyat digunakan untuk mendaftarkan pemilih baru sedangkan duit rakyat itu sepatutnya boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah.
BalasPadamMungkin SPR belum bersedia, tapi untuk mendapatkan keputusan yang lagi tepat, SPR lagi mengetahui caranya.
BalasPadamTerpulang kepada SPR bagaimana mereka inginkan rakayt mengundi.
BalasPadamapapun saluran pendaftaran pengundi,yang penting rakyat dapat tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
BalasPadam