Kerajaan Tidak Tergesa-gesa Putuskan Pelaksanaan Projek Nuklear
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kerajaan yang menyedari sepenuhnya impak krisis loji nuklear Jepun, tidak tergesa-gesa merealisasikan program tenaga nuklear Malaysia memandangkan daya majunya masih dinilai.
"Saya rasa banyak negara di dunia membuat penilaian semula dan kita akan memanfaatkannya dan kerajaan akan membuat keputusan muktamad apabila masanya tiba," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak pada temu bual dengan Bloomberg baru-baru ini.
Bagi melaksanakan pelan nuklear itu, kerajaan perlu melalui kajian daya maju yang ketat, susulan krisis nuklear di Jepun akibat gempa bumi.
"Keselamatan orang ramai diutamakan, dan jika projek itu dilaksanakan, ia mesti memberi manfaat kepada negara.
"Yang penting ialah mendapat sokongan rakyat," katanya.
Rancangan untuk mendapatkan maklum balas komuniti antarabangsa dan melaksanakan ciri-ciri keselamatan yang mematuhi amalan terbaik antarabangsa, sudah disediakan bagi melaksanakan program tenaga nuklear pertama Malaysia.
Pada Disember 2010, kerajaan mengumumkan pelan untuk membina dua loji tenaga nuklear yang masing-masing mampu menjana 1,000 megawatt, dengan projek pertama sedia beroperasi pada 2021 dan loji kedua, setahun kemudian sebagai rancangan jangka panjang menyeluruh untuk bekalan tenaga yang seimbang.
Kerajaan berkata tenaga nuklear merupakan pilihan yang utama dalam mengimbangi sumber tenaga berikutan kos penyelenggaraan yang rendah dan tarif yang lebih rendah dalam jangka panjang.
Pada masa ini gas menyumbang 64 peratus daripada penjanaan tenaga di Malaysia manakala selebihnya daripada arang batu.
Sementara itu, Najib juga berkata kerajaan memantau rapat projek kilang "rare earth" Lynas Corporation di Kuantan.
"Jika projek seperti itu mahu diteruskan, kerajaan akan pastikan ia melalui pemeriksaan yang ketat dan memenuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan," katanya.
Projek kilang penapis "rare earth" Lynas menarik perhatian dunia dan dibantah rakyat berdasarkan persamaannya dengan kilang rare earth di Bukit Merah, Ipoh.
Kilang di Bukit Merah yang dibuka oleh Mitsubishi Chemicals pada tahun 1990-an dan dikatakan mengeluarkan bahan radioaktif dan menjejaskan kesihatan bekas pekerjanya, kini melalui kerja-keja pembersihan yang menelan belanja RM300 juta.
ya.. kerajaan kena membuat kajian secara teliti seebelum melaksanakan penjanaan tenaga nuklear.
BalasPadamBatalkan sajalah. Buat apa nak fikir lagi.
BalasPadamyes, people first.
BalasPadamI still think its not a good idea to build nuclear power plant. Haven't Malaysia government learn anything from Japan incident???
BalasPadam“1 M'sia, People First, Performance Now”. PM slogan can assume as a promise to M'sians. I hope PM will keep his promise, people first even though performance now. The people (M'sians) must come first even though the country performance (development etc) now / important. Bcoz, no people no performance.
BalasPadampandangan semua pihak termasuk pandangan rakyat juga perlu diambilkira...
BalasPadamNampaknya Datuk Najib masih memikirkan pembinaan jana kuasa ini. Kata putus belum lagi diberikan. Kerana pandangan rakyat juga perlu diambil kira.
BalasPadamPertimbangkan sebaik mungkin, dan pastikan kepentingan rakyat diutamakan.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa keputusan kerajaan nanti.
BalasPadamMembuat pertimbangan lanjut dulu sebelum memutuskan apa-apa.
BalasPadamTak payah menggunakan logi nuklear. Bahaya tu.
BalasPadamPeople don't want/need the nuclear power plant, i think the government should stop think & plan. No need to study detail that just wasted time, money & energy.
BalasPadamBatalkanlah niat itu. Rakyat tidak mahukan logi nuklear tersebut. Jangan suka main paksa.
BalasPadamJepun mempunyai lebih 50 loji nuklear.. mereka terpaksa menggunakan tenaga ini kerana tidak mempunyai pilihan lain. tetapi Malaysia masih mempunyai alternatif lain yang jika dikaji dan dibangunkan mampu memenuhi keperluan tenaga di negara ini.
BalasPadammajoriti rakyat Malaysia telahpun menunjukkan reaksi mereka terhadap cadangan kerajaan ini. oleh itu, kerajaan tidak patut mensia2kn masa 10 tahun ini untuk mengkaji dan mempertimbangkan cadangan tersebut yang akhirnya terpaksa dibatalkan kerana tidak dipersetujui oleh rakyat.
BalasPadamtidak dinafikan loji nuklear yang dibina mendatangkan kesan positif tetapi kesan negatifnya jauh lebih besar.sebaiknya Malaysia tidak menjalankan projek nuklearnya.
BalasPadam