Rabu, April 20, 2011

PEMALSUAN DOKUMEN BERI IMPAK NEGATIF KEPADA KESELAMATAN

Pemalsuan Dokumen Beri Impak Negatif Kepada Keselamatan

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Gejala pemalsuan dokumen melibatkan agensi kerajaan dan swasta boleh mendatangkan impak negatif kepada keharmonian dan keselamatan masyarakat, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam.

Beliau berkata jika tidak dibendung, perbuatan itu mampu membantutkan perkembangan modal insan negara yang sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

"(Bagaimanapun), ia tidak berada pada tahap yang membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Cetakan Keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini Rabu.

Mahmood berkata kes-kes pemalsuan yang sering dilaporkan melibatkan dokumen kerajaan adalah seperti pemalsuan dokumen, pas dan cop Jabatan Imigresen untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin, pemalsuan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan surat-surat perakuan rasmi kerajaan persekutuan dan negeri.

"Kita juga sering menerima laporan tentang pemalsuan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen daripada sektor pendidikan," katanya.

Mahmood juga berkata beliau yakin PNMB yang mempunyai pengalaman selama 100 tahun dalam industri percetakan, akan sentiasa menaik taraf kemudahan percetakannya di seluruh negara.

38 ulasan:

  1. Ya betul, pemalsuan dokumen terutamanya untuk pendatang tanpa izin akan mendatangakan impak negatif kepada masyarakat kita.

    BalasPadam
  2. Bukan saja begitu, ia juga akan menjejaskan keselamatan rakyat tempatan dengan membantu pendatang mendapatkan dokumen palsu. Pengkhianat negeri.

    BalasPadam
  3. Walaupun belum ke tahap yang membimbangkan, kerajaan harus membanteras gejela ni. Agar tidak memberi impak negatif pada keselamatan negara.

    BalasPadam
  4. pemalsuan dokumen adalah satu kesalahan, ia boleh memberi kesan buruk kepada negara jika dibiarkan.

    BalasPadam
  5. ya, pemalsuan dokumen semestinya memberikan kesan yang negatif dan tidak boleh dibiarkan.

    BalasPadam
  6. sesiapa yang didapati terlibat menggunakan dokumen palsu seharusnya dikenakan hukuman yang berat.

    BalasPadam
  7. We need an agency to monitor this kind of activity. Whoever involve, they should be punished!

    BalasPadam
  8. And also we still need all to co-operate with each other. You can make a report to the authority panel if you smell something fishy.

    BalasPadam
  9. Pemalsuan ini berlaku ada pelbagai sebab, dan saya percaya salah satu sebabnya adalah berkaitan dengan wang. Nasihat kepada mereka2 yang masih mengejar kesenangan hidup, ingatlah apa yang kita perolehi di dunia ini tidak berkekalan. Juga pada bila2 masa sahaja ianya boleh hilang dengan sekelip mata sahaja.

    BalasPadam
  10. Nasihat kepada sesiapa yang terlibat dan sedang membaca artikel ini, silalah bertaubat dan lakukanlah kebaikkan sebelum terlambat.

    BalasPadam
  11. Orang ramai sila tampil berikan maklumat. Jangan teragak2 untuk membuat laporan, anda mempunyai hak untuk melakukan itu.

    BalasPadam
  12. This is indeed against the law.

    BalasPadam
  13. Tidak boleh dinafikan keselamatan negara akan tercalar dek pemalsuan dokumen yang tak sudah sudah.

    BalasPadam
  14. Fake documents will only killing you inside.

    BalasPadam
  15. The forgery of document, pas and immigration department cop is how the illegal immigrants gain access into Sabah.

    BalasPadam
  16. Those who are involved in this forgery should be captured immediately and take action against them.

    BalasPadam
  17. Perlu ditangani dengan lebih tegas.

    BalasPadam
  18. The culprit should be arrested.

    BalasPadam
  19. pemalsuan dokumen adalah satu tindakan yang salah di sisi undang-undang dan pelaku wajar dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  20. masalah PATI adalah antara kesan negatif yang timbul akibat pemalsuan dokumen pengenalan diri dan ini antara isu yang masih belum ada penyelesaian di Sabah.

    BalasPadam
  21. diharap kegiatan pemalsuan dokumen ini dapat ditangani dengan segera dan berkesan oleh kerajaan.individu juga harus mempunyai kesedaran untuk mengatakan 'tidak' kepada sebarang bentuk pemalsuan dokumen.

    BalasPadam
  22. tidak membimbangkan?? jika sudah ada kes bermakna masalah ini sudah berada ditahap yang membimbangkan. pernah dilaporan terdapat pelabuhan yang menerima suapan dari PATI sehingga membenarkan PATI2 ini menggunakan cop immigresen untuk memasuki negara ini..

    BalasPadam
  23. jangan ambil mudah masalah2 seperti ini walau hanya melibatkan satu kes, ia patut dibanteras dengan penuh rasa tanggungjawab.

    BalasPadam
  24. maka tangani masalah pemalsuaan dokumen ini..

    BalasPadam
  25. Pemalsuan dokumen perkara serius. Perkara sebegini perlu diambil tindakkan. Ini boleh menjejaskan perkembangan modal insan negara yang sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

    BalasPadam
  26. kegiatan pemalsuan dokumen ini perlu dibanteras.

    BalasPadam
  27. Pemalsuan dokumen memang perkara yang amat membimbangkan, malah mampu menimbulkan kesan negatif.

    BalasPadam
  28. Maka hal ini perlu diberi perhatian serius dan jangan dibiarkan saja.

    BalasPadam
  29. Cari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Saya yakin pasti ada cara yang mampu menanggani hal ini.

    BalasPadam
  30. tidak berada pada tahap membimbangkan???
    seharusnya pihak KDN memandang serius perkara ini dan bukannya cuba menyedapkan hati dengan mengelaskan isu ini sebagai tidak membimbangkan..

    BalasPadam
  31. aish, tak habis2 debgab isu pemalsuan dokumen. Pasti ada dalang utama disebalik hal ini, sebab itulah hal ini menjadi makin rumit.

    BalasPadam
  32. dan untuk pengetahuan ketua setiausaha KDN, kemasukkan warga asing di sabah adalah amat membimbangkan..jadi, apa tindakan KDN?

    BalasPadam
  33. Demi kebaikan bersama, semua pihak harus bekerjasama untuk mencari jalan penyelesain dalam isu ini.

    BalasPadam
  34. diharap KDN tidak akan mengambil mudah kepada perkara yang 'tidak membimbangkan' ini kerana ianya berkait rapat dengan aspek keselamatan negara.

    BalasPadam
  35. KDN, jalankan tanggungjawab anda dengan lebih berhemah dan efektif..

    BalasPadam
  36. Mereka yang membantu warga asing memalsukan dokumen adalah pengkhianat.

    BalasPadam
  37. saya baru gunakan info ini dalam karangan pengajian am

    BalasPadam