STATUS HUTAN SIMPAN KEPADA TANAH K'JAAN
RASMI....Musa memalu gong sebagai tanda rasminya Pesta Kalimaran Ke-9 2011.
10th April, 2011 TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, Kerajaan Negeri bersedia menukar status Hutan Simpan kepada Tanah Kerajaan.
Katanya, apabila status Hutan Simpan ditukar kepada Tanah Kerajaan ia akan diagih-agihkan kepada penduduk melalui pemilikan geran berkelompok (communal title) seperti dilaksanakan di daerah Nabawan dan Tongod.
“Kita akan beri keutamaan kepada kawasan Hutan Simpan yang telah diduduki oleh penduduk berpuluh-puluh tahun yang lalu,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kalimaran Ke-9 tahun 2011 di padang pekan Tenom kelmarin.
Musa berkata, pengagihan tanah secara geran berkelompok dapat memastikan semua lapisan rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman memiliki tanah.
Dengan cara ini juga katanya, dapat melindungi dan mengelakkan tanah yang mereka miliki jatuh ke tangan orang asing.
Musa menyatakan perkara itu sebagai mengulas permintaan Presiden Persatuan Murut Sabah Datuk Rubin Balang supaya penduduk yang mendiami Hutan Simpan sejak turun temurun diberi hak menduduki kawasan berkenaan.
Harap penduduk Hutan Simpan akan mendapat tanah mereka secara sah dari kerajaan selepas ini.
BalasPadamCara yang baik untuk menyelesaikan masalah tanah. Syabas kepada kerajaan Sabah.
BalasPadamgeran berkelompok dapat membantu rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman memiliki tanah.
BalasPadamlangkah yang diambil ini juga dapat melindungi dan mengelakkan tanah yang dimiliki penduduk jatuh ke tangan orang asing.
BalasPadambgslah, ini bererti hak2 penduduk setempat telah dikembalikan.
BalasPadamSemakin hari semakin banyak yang Datuk Musa lakukan untuk kebaikkan rakyat. Ini yang kita Mahu, seorang pemimpin yang ingikan terbaik untuk rakyatnya.
BalasPadamThat a good news. Well done.
BalasPadamSemoga usaha ini akan berterusan dan pada masa akan datang akan ada banyak lagi usaha yang mendatangkan kebaikkan.
BalasPadamKatanya, apabila status Hutan Simpan ditukar kepada Tanah Kerajaan ia akan diagih-agihkan kepada penduduk melalui pemilikan geran berkelompok (communal title) seperti dilaksanakan di daerah Nabawan dan Tongod.
BalasPadamBaguslah kalau macam itu. Kami sokong dengan perkara ini. Dengan status tanah kerajaan maka mudah pemberian geran kepada penduduk.
Pekara yang baik begini kita perlulah memberikan sokogan. Ini demi kebaikkan penduduk. Tindakkan menukarkan hutan simpan kepada tanah kerajaan demi memudahkan pengagihan geran pada akan datang. ini bagi menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi sekarang.
BalasPadamsounds good to me.
BalasPadamMake sure they are really getting their share of land.
BalasPadamsaya harap pada tahun ini kerajaan akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap masalah2 rakyat seperti tanah, PATI dan kemiskinan.. pembangunan tentunya diperlukan tetapi tidak perlulah terlalu aggresif sehingga masalah2 utama rakyat diabaikan.. tahniah kepada kerajaan dan teruskan usaha..
BalasPadamIni apa yang para penduduk mahukan.
BalasPadamHarap kerajaan dapat menyelesaikan masalah NCR dan hak orang asli selepas ini.
BalasPadamdiharap agar tiada penduduk yang akan bertelingkah mengenai tanah lagi
BalasPadam