Warga emas dihalau, ditumbuk keluarga sendiri
KUALA KUBU BHARU 18 Mac – Selama 18 tahun, Wong Soo Tian (gambar) sanggup merantau ke Indonesia bekerja di beberapa kem pembalakan di tengah hutan belantara semata-mata mahu mencari rezeki untuk menyara isteri dan tiga anak tercinta.
Sepanjang tempoh tersebut, Soo Tian tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa apabila setiap bulan mengirim wang untuk perbelanjaan keluarga, malah sentiasa mencari kesempatan pulang ke tanah air menjenguk mereka jika ada kelapangan.
Namun, Soo Tian kini berusia 81 tahun tidak menyangka akan dibuang oleh isteri dan anak-anak selepas bersara hanya kerana mereka enggan menjaga dirinya yang sudah tua.
Lebih malang, lelaki warga emas ini bukan sahaja tidak dibenarkan tinggal di rumah sendiri di Kampung Chong 5, Rasa di sini, malah turut ditumbuk dan diugut bunuh oleh anak sulungnya semasa merayu untuk menumpang berteduh di situ, petang semalam.
Soo Tian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini memberitahu, sebelum kejadian beliau menumpang di rumah saudaranya.
benar2 anak derhaka, tak kenang budi, sanggup menghalau dan memukul ayah sendiri.
BalasPadamMarah saya baca cerita ini. Anak yang tidak berguna, tidak mengenang budi.
BalasPadamanak-anak seharusnya menjaga orang tua mereka dengan baik.
BalasPadamTindakkan yang bagus, melaporkan kepada pihak polis. Biar mereka anak-anak dikenakan tindakkan undang-undang.
BalasPadamWaaaa.. zaman2 ini pun masih ada kejadian sebegini? bertindaklah seperti individu yang mempunyai akal fikiran yang waras. Bukan mengikut perasaan. Kepada merkea yang bertanggungjwb sila tampil untuk memberikan penjelasan.
BalasPadamMereka mungkin lupa yang mereka juga akan melalui hari2 tua dan juga mempunyai anak, yang mungkin akan melakukan perkara yang sama. Ini bukan sumpahan tapi apa yang kita lakukan akan ada balasannya. Begitu la kehidupan kita sentiasa dibalas dengan apa yang kita lakukan.
BalasPadamtidak mengenang jasa..
BalasPadamisteri dan anak beliau benar2 tidak berhati perut..
BalasPadamOMG!!!!!!!! Kalau betul lah dakwaan ni punya bikin panas bini dan anak2 nya..
BalasPadamNda pa, bumi tu bulat.. Ada juga tu balasannya nanti.
BalasPadamThose ungrateful bstrds!
BalasPadamKita tak tahu cerita bahagian isteri dan anak2 pula..
BalasPadamWalaubagaimana pun tindakan menghalau orang tua sendiri itu memang tidak wajar.
BalasPadam