Isnin, Mac 14, 2011

TSUNAMI MENJADI ALASAN KENAIKAN HARGA BARANG ?

Jangan Jadikan Tsunami Alasan Naikkan Harga - Ismail Sabri

BERA, 13 Mac (Bernama) -- Peniaga diingatkan tidak menaikkan harga barang keperluan sesuka hati dengan alasan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Jumaat lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peniaga tidak ada sebab untuk berbuat demikian kerana kebanyakkan barang keperluan harian tidak diimport dari negara matahari terbit itu.

"Ada negara yang tidak membekalkan barang keperluan kepada Malaysia, jadi tidak ada sebab barang-barang keperluan dinaikkan," kata Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus motivasi anak yatim Parlimen Bera di sini, Ahad.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kenaikkan harga barangan seperti bawang merah, bawang putih dan kentang baru-baru ini yang disebabkan negara pengeluarnya iaitu China dan beberapa negara Eropah dilanda banjir dan bencana alam.

Katanya, pihaknya akan sentiasa memantau harga barang di pasaran bagi mengurangkan beban rakyat.

Mengenai harga minyak, Ismail Sabri berkata tiada tanda harga bahan itu akan turun berikutan harga minyak global semakin naik yang memaksa kerajaan menanggung subsidi lebih RM4 bilion lagi agar tidak membebankan rakyat.

Katanya, sepanjang tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.3 bilion sebagai subsidi minyak dan barangan pengguna.

Walaupun subsidi itu membebankan, namun kerajaan belum bercadang menghentikannya, sebaliknya berusaha mencari kaedah lain bagi mengurangkan bebanan itu, kata beliau.

11 ulasan:

  1. Harap tiada peniaga yang tidak beretika akan menggunakan alasan ini untuk sengaja menaikkan harga barangan.

    BalasPadam
  2. ya.. jgnlah kita mengambil kesempatan daripada kesempitan orang lain untuk menaikkan harga barangan.

    BalasPadam
  3. mungkin harga barang keperluan di negara ini tidak akan menerima impak kesan dari bencana yang melanda Jepun. namun ia pasti akan memberi kesan kepada ekonomi dunia. buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat analisis berkenaan dengan impaknya kepada ekonomi Jepun dan juga dunia kerana bencana ini baru sahaja berlaku.

    BalasPadam
  4. ya..peniaga janganlah menaikkan harga barang kerana kebanyakkan barang keperluan harian tidak diimport dari Jepun.

    BalasPadam
  5. Semoga haraga barang akan dapat dikawal. Sebaiknya pengguna perlu melaporkan jika mempunyai masalah dengan mana-mana peniaga yang mempunyai harga tinggi. maka pihak berkuasa boleh melakukan pemantauan dan penyiasatan.

    BalasPadam
  6. Para pengguna juga patut berwaspada dengan peniaga yang menaikkan harga menggunakan sebab ini.

    BalasPadam
  7. Harap harga barangan dalam kawalan supaya tiada sesiapa yang berani menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah.

    BalasPadam
  8. Terima kasih kerajaan Malaysia dengan subsidi yang tinggi, namun rakyat masih tidak tahu berterima kasih.

    BalasPadam
  9. Harap menteri perdagangan akan memantau harga barangan dan memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga.

    BalasPadam
  10. The ministry should ensure that the businessmen followed the rules.

    BalasPadam
  11. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan!

    BalasPadam