Isnin, Mac 14, 2011

MALAYSIA NUCLEAR POWER CORPORATION SEDANG MEMBUKA TENDER KEPADA PAKAR DAN KONSULTAN ANTARABANGSA - CHIN

Agensi Nuklear Malaysia Beri Penjelasan Impak Letupan Loji Nuklear Di Jepun

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

"Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

"Bukan sahaja di Jepun tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat...semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini Ahad.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lepas yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu.

Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

"Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir...ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi.

"Jadi kita ada masa untuk menjalankan kajian sedalam-dalamnya, ia akan mengambil masa untuk menjalankan kajian dan saya pasti kerajaan tidak akan berbuat sesuatu secara rahsia tanpa memaklumkan kepada orang ramai," katanya.

22 ulasan:

  1. Lebih baik kita janganlah menggunakan logi nuklear. Ada banyak lagi alternatif yang boleh digunakan.

    BalasPadam
  2. Kerajaan sepatutnya mempertimabgkan lagi alternatif lain yang lebih bersih dan selamat. Logi Nuklear bukan hanya satu pilihan yang ada.

    BalasPadam
  3. Nuklear? oh no. I think that not a good idea. why need to use nuklear

    BalasPadam
    Balasan
    1. why not french already use it for 76% electricity power generation. please, dear primitive malaysians, do you think you have solution to our depleting fossil fuel reserve.. idiots.

      Padam
  4. kerajaan kena membuat kajian menyeluruh sebelum melaksanakan program nuklear. program ini tak boleh dipandang ringan. kena pastikan kita benar2 bersedia dan mempunyai tenaga pakar yang mencukupi.

    BalasPadam
  5. Kerajaan perlu mgkaji dgn lebih mendalam lg mggunaan nuklear. Harap2 ada pilihan yg lbh baik drpd pggunaan nuklear.

    BalasPadam
  6. halangan utama kerajaan bagi melaksanakan cadangan ini adalah rakyat. lebih baik kerajaan tidak mensia2kan masa 10 tahun ini untuk mengkaji sesuatu yang terang2 ditentang oleh rakyat.

    BalasPadam
  7. kajian yang mendalam amat perlu dalam pekara ini.

    BalasPadam
  8. Pembinaan tenaga nuklear perlulah dikaji sebaiknya. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh tenaga ini.

    BalasPadam
  9. Janganlah kita gunakan kuasa nuklear. Tengoklah bertapa dahsyatnya masalah yang timbul disebabkan nuklear seperti di Russia dan Jepun.

    BalasPadam
  10. Kerajaan patut mempertimbangkan cara alternatif yang lain. Tak perlulah penjana nuklear di Malaysia.

    BalasPadam
  11. tak payah kajian, tak payah buat pun nuklear ni. tengok saja akibatnya, belum nampak lagi kah? sekarang semua negara pun membantah pembinaan loji nuklear seperti di France.

    BalasPadam
  12. Pertimbangkan sumber2 semulajadi yang boleh dipakai terutamanya kuasa solar. Sistem ini sepatutnya dikomersialkan kepada semua rakyat seperti di India. rakyat yang tiada pengetahuan sains pada mulanya pun setelah digalakkan menghadiri kursus latihan sudah boleh membina lampu mengunakan kuasa solar sendiri untuk kegunaan di rumah.

    BalasPadam
  13. Fikirkanlah akibatnya kalau ada apa-apa yang berlaku terhadap loji nuklear kalau ia dibina di sini.

    BalasPadam
  14. Just forget about building a nuclear plant in Malaysia. We don't need one.

    BalasPadam
  15. kat korea ada 20 bijik,kat jepun ada 55,

    BalasPadam
  16. org yg mati bencana alam dekat 10k,takde pon yg amik kisah.tapi yg mati kat loji tak tau lagi ada tak.

    BalasPadam
  17. Sebaiknya jangan menggunakan loji nuklear. Itu hanya pilihan terakhir untuk negara-negara yang tiada cara lain. Kita ada banyak lagi pilihan.

    BalasPadam
  18. Kenapa ramai yang pandai cakap je kat sini? kalo nak ckp kite bleh guna alternatif laen,cuba la bg cadangan??? ini taw nak ckp tak bleh je...loji nuklear sebenarnye alternatif terakhir yg kite ade...kita semakin kekurangan arang batu dan gas asli utk generate elektrik...so nuklear adalah alternatif yang terbaek...ape yg jadi kat jepun bleh dijadikan sbg pengajaran supaya malaysia mengambil langkah2 keselamatan utk buat reaktor nuklear nnt...

    BalasPadam
  19. ade yg bg cadangan nak guna tenaga solar kan? cadangan tu mmg bgs,tp rase2 cmne nak gune tenaga solar kat pantai timur mase musim hujan???nak ker letak bateri yg besar mcm keta kat umah utk simpan tenaga solar nie???

    mungkin ada yg xtau lg,sebenarnye TNB dah kekurangan sumber utk generate elektrik...demand semakin meningkat tetapi kita dah xleh nak supply elektrik...arang batu kite beli dari indonesia,tapi sekarang nie dorg dah xnak jual kat m'sia sbb dorg pun nak gune arang batu utk kegunaan sendri...nak gune gas asli???petroleum???harge dah semakin meningkat,bekalan pun semakin kurang,maybe bleh tahan utk 10 thn lg je...m'sia pun semakin menuju ke negara maju,kegunaan tenaga elektrik semakin meningkat...

    tau tak kalo kite nak buat empangan hydroelektik tu,kite kena korbankan berapa byk kawasan kg utk jadikan empangan nie?sgt2 byk,sehingga bleh mencapai 200km persegi...kalau empangan tu pecah,mmg bleh banjir teruk kat,silap2 bleh tenggelam KL nie..Sebuah empangan hydro hanya dpt hasilkan lebey kurang 700MW sahaja...tetapi kalo gune nuklear,bleh hasilkan 2000MW dan hanye gunekan kawasan xsmpi 20km persegi...

    so,pikir pikirkanlah....

    BalasPadam
  20. kalau tak buat loji nuklear,negara kite makin kurang sumber asli...ekonomi kurang pesat...syarikat2 besar keluar banyak duit hanya untuk jana elektrik...malaysia perlu ada kepakaran sendiri!!!!lahirkan pakar2 nuklear tahun ni,baru mampu buat loji nuklear....biar rakyat malaysia yg handle keselamatan negara,bukan rusian atau jepun....

    BalasPadam