Khamis, Mac 31, 2011

PERDANA MENTERI DAN ISTERI LAWAT REMAJA HIDAP KANSER TULANG DI PPUM

Perdana Menteri Dan Isteri Lawat Remaja Hidap Kanser Tulang Di Ppum

PETALING JAYA, 31 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nur Jannah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini Khamis.

Perdana Menteri dan isteri tiba di wad kanak-kanak, tingkat 11, PPUM pada pukul 6 petang.

"Saya datang atas permintaan adik Nur Jannah kerana beliau berhasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri maka saya tunaikan hajat beliau.

"Saya dan isteri memberi kata-kata semangat kepada Nur Jannah dalam menghadapi keadaan yang sangat mencabar kepada dirinya (yang menghidap penyakit kanser tulang: osteosarcoma)," katanya kepada pemberita selepas melawat Nur Jannah di PPUM di sini.

Turut hadir ialah Pengarah Make-A-Wish Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sandar Kirwan Byrne.

Dalam pertemuan itu Najib telah menghadiahkan sebuah I-pod kepada Nurul Jannah untuk menghiburkan hatinya yang kini berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Dalam tweet beliau selepas lawatan itu, Najib berkata beliau baru sahaja melawat remaja perempuan itu yang menghidap barah tulang bagi memenuhi impiannya untuk berjumpa Perdana Menteri.

"Saya berasa sangat sedih. Beliau sangat sengsara tetapi sangat gembira bertemu dengan saya. Diberitahu bahawa remaja itu mahu bertanyakan saya jika seorang wanita boleh menjadi seorang Perdana Menteri," kata Najib.

Sementara itu, Kirwan berkata pihaknya berasa gembira kerana Najib dan Rosmah sudi melawat Nur Jannah.

Menurutnya, Nur Jannah telah menghidap penyakit kanser tulang kira-kira dua tahun dan beberapa bulan yang lepas Nur Jannah telah meluahkan hasratnya ingin bertemu Perdana Menteri.

9 ulasan:

  1. Oraganisasi Make A Wish ini sudahpun membantu banyak budak kecil dan remaja sakit menunaikan impian mereka.

    BalasPadam
  2. Memang baik kerana adik Nur Jannah dapat menemui Perdana menteri.

    BalasPadam
  3. akhirnya impian adik Nur Jannah telah tertunai, didoakan semoga dia bertambah sihat.

    BalasPadam
  4. pasti adik Nur Jannah gembira dengan kehadiran PM yamg hadir untuk melawat beliau.

    BalasPadam
  5. Terima kasihlah atas lawatan yang dilakukan oleh PM. PM meluangkan masa untuk bertemu dengan rakyat.

    BalasPadam
  6. That's so nice of PM to spend time with Nur Jannah. Thank you Najib for making her wish come true.

    BalasPadam
  7. Baiknya PM kita kerana sudi bertemu dengan adik Nur.

    BalasPadam
  8. walaupun sibuk dengan urusan2 rasmi di luar dan dalam negara, PM masih boleh meluangkan masa memenuhi permintaan remaja itu. inilah contoh PM yang berjiwa rakyat.. tahniah!!

    BalasPadam
  9. PM begitu prihatin terhadap keadaan rakyat.semoga adik Nur lebih tabah untuk menghadapi dugaan yang dilaluinya.

    BalasPadam