Guru didakwa pukul lebih 20 pelajar kerana marah keretanya dicalar
29th March, 2011 BELURAN: Akibat marah kerana keretanya dicalar, seorang guru bertindak memukul seramai lebih daripada 20 pelajar asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Beluran baru-baru ini.
Difahamkan insiden itu berlaku pada pagi Khamis lepas, semasa pelajar tingkatan 1 hingga 3 (sesi petang) sedang belajar dalam bilik belajar asrama.
Salah seorang warden di asrama berkenaan masuk dan memanggil semua pelajar untuk disoal siasat. Namun tidak ada seorang pun yang mengaku mencalar kereta guru terbabit.
Guru itu kemudiannya didakwa bertindak ganas dengan memukul para pelajar menggunakan objek sehingga patah. Tidak cukup dengan itu guru itu turut dikatakan menumbuk para pelajar sehingga menyebabkan ada segelintir pelajar yang tercedera.
Seorang pengadu yang berumur 36 tahun mengakui kesal dengan tindakan guru terbabit kerana tindakan kurang profesional guru itu menyebabkan anaknya dan juga murid-murid lain trauma untuk balik ke asrama.
Beliau berharap supaya kejadian yang berlaku dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap guru terbabit.
“Apa salahnya hal itu disiasat dahulu sebelum sewenang-wenangnya menghukum para pelajar yang tidak bersalah. Malah guru ini juga sering dianggap ‘ganas’ oleh pelajar asrama berikutan tindakannya agak kasar ketika memberikan teguran,” dakwanya yang telah pun membuat laporan polis.
Tambahnya lagi, “Saya harap hal ini mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi.”
Pihak Polis Beluran ketika dihubungi mengakui sedia maklum akan hal tersebut namun mendakwa belum menerima sebarang aduan secara rasmi.
Untuk kepastian lanjut, New Sabah Times cuba menghubungi Ketua Polis Beluran, namun dimaklumkan beliau di Kota Kinabalu untuk urusan rasmi.
pekara ini harus disiasat bagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.
BalasPadamjika benar seperti apa yang didakwakan maka, tindakan yang sewajarnya haruslah dikenakan terhadap mereka yang bersalah.
BalasPadamguru tersebut tidak patut bertindak demikian terhadap muridnya.
BalasPadamHarap setiap guru pelulah lebih profesional dalam menjalankan tugas sebagai seorang tenaga pengajar.
BalasPadamguru seperti ini tidak layak mengajar. pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas yang boleh menjadi pengajaran kepada guru ini dan guru2 yang lain.
BalasPadamThe teacher should investigate first rather simply accusing those students.
BalasPadamThe teacher should be suspended for being aggressive towards the students. What the teacher did was somehow abusive.
BalasPadamKes ini memerlukan siasatan lanjut.. jangan terus melenting menyalahkan guru tersebut, tetapi sebaiknya dapatkan maklumat dari semua pihak tentang hal ini.
BalasPadamTapi jika ikut undang2 cikgu tidak seaptutnya bertindak demikian, walau apapun yang berlaku guru tersebut harus diambil tindakan tatatertib.
BalasPadamAda taiko di sekolah. Tapi mahu tahu juga di mana cikgu tu parking keta? calar teruk? Sebaiknya cikgu tu buat laporan polis @ lapor ke pengetua sekolah jika tiada pelajar yang mahu mengaku. Cikgu tu lebih sayang keta dia daripada career dia.
BalasPadamGuru tidak boleh bertindak terburu-buru bagi kes sebegini. Siasat terlebih dahulu dan jangan bertindak melulu.
BalasPadamMemalukan betul oo... Mahal sangat ka keretanya tu sampai dia buli memukul semua murid tanpa belas kasihan...
BalasPadamHarap hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadamApa jenis guru yang memukul pelajar tanpa sebab ataupun bukti.
BalasPadamHarap guru besar sekolah itu akan mengambil tindakan terhadap guru ini.
BalasPadamkejadian ini perlu disiasat terlebih dahulu.jika guru tersebut benar-benar melakukan perkara itu,dia memang wajar dihukum.
BalasPadam