Sabtu, Februari 26, 2011

SKMM AKAN SIASAT RADIO FREE SARAWAK

SKMM Akan Siasat Radio Free Sarawak Jika Ada Laporan, Kata Salang

SARIKEI, 25 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata setakat ini, belum ada laporan dibuat mengenainya kepada polis atau Kementerian Dalam Negeri.

"Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai.

"Jika terdapat laporan mengenainya, SKMM akan menyiasat. Jika kandungannya melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM boleh menyekat siarannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Julau yang diwakilinya di sini.

Salang berkata oleh kerana stesen radio itu tidak diberi lesen oleh SKMM, maka ia adalah stesen haram.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Abdul Karim Hamzah hari ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap stesen radio itu.

Beliau berkata dalam siaran hariannya, stesen itu menghasut rakyat Sarawak supaya menentang kerajaan negeri dan cuba menimbulkan kebencian antara kaum.

----

Pengasas S'wak Report: Bukan kerja saya jatuhkan Taib

Feb 25, Seorang wartawan Britain yang mengendalikan lamanweb dan radioonline yang kritis terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tugasnya bukanlah untuk menggulingkan pemimpin tersebut.

NONE"Saya tidak lihatnya sebagai tugas saya untuk menjatuhkan Taib. Itu terpulang kepada rakyat Sarawakian untuk memutuskan," kata Clare Rewcastle Brown dalam sebuah wawancara melalui e-mel dengan Malaysiakini.

Clare mengendalikan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report - yang telah mendedahkan dakwaan empayar perniagaan ketua menteri itu dan dakwaan kegiatan rasuah.

Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan stesen radio Free Sarawak, yang mulai ke udara November tahun lalu.

"Saya hanya ingin memastikan bahawa mereka mendapat semua maklumat tentang apa yang telah terjadi pada sumber dan kekayaan mereka, supaya mereka dapat membuat pilihan bermaklumat," katanya.

'Bukti mudah diperolehi'

NONEClare berpendapat dia menyediakan "perkhidmatan penting dari jarak yang selamat" demi hak rakyat Sarawak kepada kebebasan media yang dinafikan oleh penggunaan Akta Dalam Negeri (ISA) dan penyalahgunaan kuasa.

"Terpulang kepada rakyat Sarawak bagaimana mereka mahu menyebarkan berita (yang kami sediakan)," katanya.

Bekas wartawan BBC itu, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1983, juga berkata tugasnya berdasarkan kepada bahan yang boleh dibuktikan dan dia bersedia menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Malaysia.

15 ulasan:

  1. Tak pernah saya dengar ada stesen radio ini.

    BalasPadam
  2. stesen radio ini jika benar wujud harus membuat lesen dan pastikan ia memberi maklumat yang benar.

    BalasPadam
  3. Didn't realize there is such station as Radio Free Sarawak aired.

    BalasPadam
  4. stesen radio tersebut perlu memastikan mereka tidak menyampaikan maklumat yang salah atau tidak benar. jika stesen radio berkenaan memberikan maklumat yang tidak benar, maka tindakan wajar diambil.

    BalasPadam
  5. In this case, Radio Free Sarawak is wrong. They ought to register for license in order for their radio station to air.

    BalasPadam
  6. stesen radio yang beroperasi tanpa sebarang lesen sememangnya salah dan wajar dikenakan tindakan, ttapi bagaimana pula dengan maklumat2 yang mereka sampaikan? adakah maklumat atau tuduhan mereka itu akan disiasat?

    BalasPadam
  7. Jangan sampai ada penyelewengan. Kita tidak mahu rakyat mendapat berita yang tidak ada kebenarannya.

    BalasPadam
  8. Sekiranya bukti yang ditunjukkan adalah benar kita tidak boleh menahan orang yang menegakkan keadilan dengan bukti kukuh..

    BalasPadam
  9. Berita yang hanya menimbulkan propaganda akan menyebabkan pelbagai masalah yang timbul.

    BalasPadam
  10. OO baru pula aku dengar pasal radio Free Sarawak ni...

    BalasPadam
  11. Siasat hal ni sebaik mungkin dan jika didapati stesen ni ada kecenderungan menghasut then ambil lah tindakan yang sepatutnya.

    BalasPadam
  12. What will happen to the radio station after this?

    BalasPadam
  13. Mungkin Radio Free Sarawak ini boleh cuba memohon lesen dahulu sebelum meneruskan penyebaran.

    BalasPadam
  14. Saya dengar kata bahawa Clare Brown ini merupakan isteri Gordon Brown.

    BalasPadam
  15. Radio Free Sarawak is only trying to spread awareness to the Sarawakians.

    BalasPadam