Rabu, Februari 16, 2011

PERTAMBAHAN LUAR BIASA 500 PERATUS PENDUDUK SABAH PERLU DISIASAT

Pertambahan Luar Biasa 500 Peratus Penduduk Sabah Perlu Disiasat : UPKO

KOTA KINABALU, 16 Feb (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) meminta kerajaan pusat supaya menyiasat "pertumbuhan luar biasa" penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak sebanyak 500 peratus.

Ketuanya Arthur Sen berkata berdasarkan banci penduduk 1970, jumlah penduduk di Sabah adalah 636,431 orang tetapi meningkat dengan ketara ke angka 3.3 juta pada tahun 2005.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pertumbuhan luar biasa itu membimbangkan penduduk tempatan yang merasa keselamatan mereka terancam akibat kemasukan "warga negara segera" dan pelarian ke Sabah.

"Orang tempatan juga risau suatu hari nanti golongan pendatang ini akan mengatasi jumlah penduduk asal Sabah," kata Seb.

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyiasat pertambahan luar biasa itu termasuk meneliti sama ada terdapat kaitan dengan pemberian kad pengenalan melalui "pintu belakang".

13 ulasan:

  1. Pertambahan luar biasa ini mesti ada alasannya. Harap isu ini disiasat sebaik mungkin.

    BalasPadam
  2. That's odd. Why the sudden increase of population in Sabah???

    BalasPadam
  3. There must be an explanation regarding this matter. I hope it's not another case where IC is given.

    BalasPadam
  4. Hopefully this matter will be investigated as soon as possible before the number of population increases again.

    BalasPadam
  5. mesti ada sebab mengapa pertambahan itu begitu cepat dan banyak sekali.

    BalasPadam
  6. sebaiknya pekara ini disiasat bagi mengetahui sebab sebenar pekara ini berlaku.

    BalasPadam
  7. Perkara ni harus disiasat dan ditanggani segera. Jangan biarkan perkara ini menghantui fikiran masyarakat tempatan sehingga menimbulkan ketegangan.

    BalasPadam
  8. Saya yakin pasti ada penyebab kepada hal ni. Semoga perkara ini dapat perhatian sewajarnya.

    BalasPadam
  9. Harap KDN akan menyiasat masalah ini. Jangan biarkan perkara ini berterusan, ini boleh mengancam penduduk asal negeri ini.

    BalasPadam
  10. itulah akibatnya jika rakyat sendiri tidak kisah dan asyik menyalahkan kerajaan dan mendesak kerajaan mengambil tindakan sedangkan yang menggalakkan kedatangan mereka siapa?? siapa yang menerima mereka?, siapa yang memberikan mereka tempat tinggal?, siapa yang memberikan mereka pekerjaan?. rakyat Malaysia sememangnya sentiasa baik hati, pemurah dan inilah yang kadang kala menimbulkan masalah. ketika kita mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu, dipihak kita juga sepatutnya turut sama memikul tanggungjawab itu.

    BalasPadam
  11. masalah PTI di Sabah terlalu kompleks. dengan itu usaha mengatasinya juga mestilah terancang dan tidak boleh dibuat dalam sekelip mata sahaja. pelbagai usaha telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan tetapi sehingga hari ini masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan.

    BalasPadam
  12. mungkin lebih baik jika kerajaan dapat menggiatkan usaha melalui saluran diplomasi dan bidang kerjasama pembangunan ekonomi serantau. dengan wujudnya pembangunan ekonomi di Selatan Filipina dan wilayah2 Indonesia yang terlibat hasil dari kerjasama tersebut, saya yakin PTI dengan sendirinya akan meninggalkan negeri ini untuk bekerja di kawasan2 yang dibangunkan itu. yang penting semua pihak hendaklah menyokong dan turut sama2 membantu usaha kerajaan dalam menangani masalah ini.

    BalasPadam
  13. bagaimana pertanbahan penduduk boleh berlaku secara bagitu mendadak dalam masa yang begitu singkat. ini perlu disiasat kerana ia mgkin berkaitan dgn warga asing.

    BalasPadam