Biar Pihak Berkuasa Siasat Isu Sultan Sulu - Ketua Menteri Sabah
KOTA KINABALU, 16 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Rabu meminta semua pihak membiarkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu rakyat Malaysia ditabal sebagai Sultan Sulu.
"Seperti yang anda tahu, kerajaan kita tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu. Jadi biar pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, di sini.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri juga meminta mereka yang berkenaan agar tidak memanjangkan isu tersebut.
Sebelum ini, pelbagai pihak menyuarakan bantahan apabila seorang rakyat Sabah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dilapor ditabal sebagai Sultan Sulu yang baru awal bulan ini.
Isu tersebut kini disiasat polis mengikut ISA dan Kanun Keseksaan kerana menyebarkan maklumat palsu berikutan laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Mohd Akjan.
Harap isu ini disiasat dan tindakan tegas diambil.
BalasPadamIt's unbelievable for this man to be the sultan.
BalasPadamHopefully the authority will investigate this matter thoroughly.
BalasPadamya, biarlah pekara ini disiasat oelh pihak yang berkuasa.
BalasPadamharap siasatan dapat dilakukan dengan segera dan tindakan yang sewajarnya akan dapat diambil.
BalasPadamSempat juga si Akjan ni popular di Sabah. hahahaha
BalasPadamSudah lah memiliki dua taraf kewarganegaraan, masih lagi mahu ditabilkan sebagai sultan di Sulu di kawasan Sabah. Kalau ditabalkan di tempat asal lain lah cerita, ini....
BalasPadamSangat mencurigakan. Tengok sekarang ramai yang tak puas hati dan buat laporan polis pasal dia. Siapa suruh cari pasal.
BalasPadamKita serahkan saja hal ni pada pihak berkuasa. Lagipun laporan polis kan dah dibuat so biar pihak berkuasa mainkan peranan mereka pula:)
BalasPadamSemoga hal ni dapat perhatian sewajarnya:)
BalasPadamBiar siasatan dilakukan terlebih dahulu, harap tidak ada pihak yang cuba untuk melakukan perkara yang tidak diingin seperti mengaitkan dengan orang lain dan sebagainya.
BalasPadamkalau ikutkan kesalahan Akjan, beliau cukup syarat untuk dibuang negara. saya harap pihak berkuasa benar2 menjalankan tanggungjawab mereka tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak yang bertujuan untuk melepaskan Akjan dari tindakan undang2.
BalasPadamKita tunggulah penyiasatan daripada pihak berkuasa.
BalasPadamisu berkaitan sultan sulu ini perlu disiasat kerana Akjan yang melantik dirinya sebagai Sultan Sulu tidak diiktiraf oleh mana2 pihak.
BalasPadam