PBS Tolak Cadangan Sistem Undi Proksi, Kata Pairin
TAWAU, 21 Jan (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan pengundi berdaftar yang tidak dapat hadir mengundi, diwakili seseorang yang layak.
Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata sistem berkenaan bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan jika dilaksanakan akan menimbulkan perdebatan tidak berkesudahan mengenai kredibiliti SPR sendiri.
"Kita selalu diingatkan bahawa dalam sistem demokrasi, hak mengundi kita sebagai pengundi berdaftar untuk menentukan satu-satu kerajaan adalah hak kita yang amat penting. Jadi cadangan membolehkan seseorang mengundi untuk pihak orang lain bercanggah sama sekali dengan sistem demokrasi.
"Bagi saya ini (sistem proksi) akan lebih mengelirukan lagi dan akan menjadi satu perkara yang tidak meningkatkan kepercayaan terhadap sistem demokrasi kita dan sebab itu saya harap cadangan ini tidak diadakan," katanya.
Pairin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan 'marketwalk' di Pasar Tanjung dekat sini bagi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPR yang mahu mengkaji kemungkinan mewujudkan sistem undi proksi bagi membolehkan seorang pengundi yang tidak dapat hadir mengundi, diwakili seseorang yang layak.
Semalam Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing turut menolak cadangan berkenaan dengan menganggapnya sebagai pendekatan tidak masuk akal.
Pairin berkata walau apapun mekanisme yang difikirkan SPR bagi membolehkan sistem undi proksi dilaksanakan, ia tetap tidak praktikal kerana Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem pengudian elektronik pun berhadapan dengan banyak masalah.
"Apa lagi jika seseorang itu boleh mewakili bukan seorang, bukan dua orang, bukan lima orang tetapi sampai 100 orang. Jadi ini bagaimana? Ini semua melanggar sistem demokrasi kita. Jadi saya fikir ini akan menimbulkan banyak masalah," katanya.
Sistem undian Proksi tidak sesuai digunakan di Sabah. Diharapkan SPR tidak akan melaksanakan sistem ini.
BalasPadamKalau sistem Proksi ini digunakan, ia akan mendatangkan pelbagai masalah yang tidak diperlukan. Lebih baik kalau jangan mengunakan sistem ini.
BalasPadamundi proksi tk wajar dilaksanakan, ia akan mewujudkan lebih ramai pengundi hantu.
BalasPadamundi tk perlulah diwakilkan, kan setiap undi adalah sulit, kenapa nk gunakan proksi pla.
BalasPadamundi proksi boleh menimbulkan keraguan. disebabkan itulah ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan.
BalasPadamhanya pengundi sendiri yang layak menentukan undi sendiri, tidak perlulah diwakilkan.
BalasPadamBetul, saya pun tidak bersetuju dengan sistem ini. Hanya akan menambahkan masalah saja. Menyusahkan!
BalasPadamSememangnya tidak perlu undian proksi apa yang dicadangkan oleh SPR.
BalasPadamTidak perlulah sistem baru ini dilakukan. Takut banyak lagi isu yang akan timbul berhubung masalah ini.
BalasPadamMengapa pihak SPR tiba-tiba mencadangkan sistem proksi ini? Harap tidak ada udang di sebalik batu.
BalasPadamKenapa kita perlu melakukan undian Proksi..Mesti juga diterangkan oleh SPR??Kia tidak boleh dedahkan undian kitasebagai pengundi. Maka kita perlu merahsiakan undian kita. Maka undian proksi ini sememangnya tidak sesuai buat masa ini.
BalasPadamMungkin bagi pembangkang ini sistem yang tidak adil. Maka kita tidak mahu pihak lain hilang kepercayaan dengan kejujuran SPR sebagai pihak yang melaksanakan undian.
BalasPadamNo thanks. We don't need proxy voting system.
BalasPadamSistem proksi hanya menggugat purata undian.
BalasPadamkeputusan samada SPR akan menggunakan sistem ini atau tidak masih belum diputuskan. pandangan dan maklum balas dari semua rakyat akan diambil kira sebelum ia dilaksanakan. oleh itu jika ramai yang menentang penggunaan sistem ini, bermakna sistem tersebut tidak akan dilaksanakan.
BalasPadamNampaknya ramai yang membantah sistem undi proksi. Oleh itu, baik jangan menggunakan system undi secara proksi.
BalasPadamsistem undi proksi harus ditolak..tidak perlu dipertimbangkan.
BalasPadamSPR harus menggugurkan cadangan ini..jika tidak, pelbagai masalah akan timbul dan kredibiliti SPR akan diragui..
BalasPadamhak mengundi tidak perlu diwakilkan..ianya adalah terpulang kepada seseorang pengundi berdaftar sama ada mahu mengundi atau tidak..
BalasPadamyang menjadi persoalan, mengapa SPR selaku badan yang arif mengenai pilihanraya dan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, memberikan cadangan sedemikian?
BalasPadamyang pasti, sistem undi proksi wajib ditolak dan hak mengundi harus dipertahankan..SPR tidak harus melakukan sewenang-wenangnya.
BalasPadamMemang patut pun ditolak idea ni. Rasanya idea ni hanya akan menimbulkan masalah jika dilaksanakan.
BalasPadamSo SPR kenalah terima pandangan ramai. Kalau boleh gugurkan ja idea ni, tak perlu fikir banyak. hehehe
BalasPadamKalau dilaksankan juga, konpom ramailah yang mengamuk nanti.
BalasPadamMalah bagi saya, SPR tidak sepatutnya mengeluarkan idea undi proksi walaupun sekadar cadangan saja kerana hal ni mampu menimbulkan pelbagai tanggapan -ve.
BalasPadamApapun, saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan aman.
BalasPadamThere is no need for proxy voting system. Just let the voters vote for themselves, no need to be represented by anyone.
BalasPadamSistem proksi hanya mendatangkan banyak kekurangan daripada kelebihan.
BalasPadamKatakan 'Tak Nak' kepada undian proksi.
BalasPadamI guess there are more alternatives.
BalasPadamCara ini memang tidak sesuai dipraktikkan di Sabah.
BalasPadamI guess more and more parties will come out with the ideas.
BalasPadamSememangnya undian proxy tidak sesuai untuk dipraktiskan. Semestinya akan ada pelbagai masalah yang akan timbul.
BalasPadamSistem undi proksi ini perlu dipertimbangkan dulu sebelum diluluskan.
BalasPadamNampaknya kebanyakan orang menolak cadangan ini, harap SPR akan membatalkan cadangan ini.
BalasPadamI hope SPR will forget this proposal as many people are opposed to it.
BalasPadamI definitely agree that proxy votes are not needed.
BalasPadam