PBS Yakin Pegawai Tinggi Kadazandusun, Murut Dipertimbang Jadi Datuk Bandar
KOTA KINABALU, 22 Jan (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) yakin pegawai kanan perkhidmatan awam daripada suku kaum Kadazandusun dan Murut, termasuk mereka yang dikategorikan sebagai Sino-Pribumi, Islam atau bukan Islam, akan dipertimbang untuk menyandang jawatan Datuk Bandar Kota Kinabalu.
Setiausaha Agungnya Datuk Henrynus Amin berkata akhir tahun lepas, PBS telah mengemukakan pandangannya secara bertulis kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) tentang isu perkongsian kuasa dalam BN untuk mencerminkan ciri-ciri kepelbagaian etnik yang wujud di negeri ini.
Henrynus berkata demikian bagi menyangkal tuduhan pembangkang kononnya PBS tidak bersuara lantang tentang isu perkongsian kuasa atau kerajaan BN tidak memberi perhatian terhadap keluhan rakyat.
"PBS adalah anggota kerajaan BN negeri yang bertanggungjawab dan tidak akan masuk dalam perangkap pembangkang yang mempolitikkan pelantikan datuk bandar," katanya dalam kenyataan pada hari Sabtu.
Beliau berkata Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, yang juga pengerusi BN negeri, memberi jaminan kepada PBS bahawa beliau akan memberi perhatian terhadap sungutan parti komponen BN.
Henrynus juga menyanjung tinggi sumbangan Datuk Bandar sekarang dalam memajukan bandar raya ini.
---
Najib Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bumiputera Sabah, Sarawak Bulan Depan
Just make sure the person is right for the job and position.
BalasPadamGood.
BalasPadamWith Musa Aman giving his fullest attention to the complaints of BN party components, no such internal problems such as the one PKR face will arise.
BalasPadamMake sure the right person for the job and position will be appointed.
BalasPadamperhatian dari KM pasti amat dihargai dan diperlukan.
BalasPadamyang penting adalah sesiapa pun yang dilantik ke sesuatu jawatan perlulah layak dan sesuai menyandang jawatan yang diberikan.
BalasPadampandangan setiap orang perlulah didengari.
BalasPadamMungkin Datuk Musa akan cuba memikirkan cadangan ini. Apa pun kita harapkan biar sesuai dengan keadaan dan jawatan yang hendak diberikan.
BalasPadamHarap BN Sabah akan mentadbir dengan baik. Biar semua parti kompenan dapat memberikan jasa kepada rakyat.
BalasPadamKompenan BN pasti boleh berkerjasama..Suara rakyat akan didengar. Sebagai parti suku kaum Kadazandusun,murut, dan sino-pribumi..PBS sudah mencuba untuk membantu masalah rakyat.
BalasPadamSebagai seorang KM, tanggungjawab adalah besar. Maka kita mengharapkan KM bijak dalam membuat dan memberikan keputusan.
BalasPadamHarap calon yang sesuai akan dilantik menjadi datuk bandaraya KK untuk menggantikan Datuk Illiyas Ibrahim.
BalasPadamMaka saya juga percaya bahawa beliau akan membuat pilihan yang baik.
BalasPadamjika ketua menteri Sabah sendiri telah memberikan jaminan, isu ini tidak perlu lagi dipertikaikan atau menimbulkan sebarang spekulasi negatif.
BalasPadamIni sudah bagus, diharap semuanya berjalan lancar dan kena pilih individu yang betul2 layak.
BalasPadamKM seorang yang baik, dia akan mempertimbangkan juga suara org ramai.
BalasPadamHe will mark his word very well.
BalasPadamBaguslah, ini baru adil. Terma kasih Musa Aman. Namun pastikan calon benar-benar layak memegang jawatan besar tersebut. Rakyat juga pegang peranan yang paling besar.
BalasPadamInilah contoh Ketua Menteri yang harus dicontohi.
BalasPadamharus diberi peluang kepada pegawai kanan dari KDM dan sino-pribumi untuk menyandang jawatan datuk bandar KK.
BalasPadampeluang haruslah adil kepada KDM dan sino-pribumi tanpa mengira latar belakang agama..agama tidak seharusnya dijadikan sebagai ukuran/perbandingan.
BalasPadamKM sabah sudah memberi jaminan bahawa beliau akan memberi perhatian dan pertimbangan kepada saranan tersebut..kita tunggu dan lihat..
BalasPadamHarap KM akan memberi perhatian dalam isu pelantikan datuk bandaraya baru ini.
BalasPadamI believe in him.
BalasPadamBeliau pasti akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan bijak.
BalasPadam首长已经尽力了。我想,空间与时间是最佳的选择啦。
BalasPadamWhoever that was appointed as the new mayor should be a person with the capabilities and foresight to run the city and department.
BalasPadamThere is a possibility that Illiyas Ibrahim will serve for another term. But no one can be sure about this. Just wait for formal announcement.
BalasPadam