Isnin, Januari 24, 2011

KDN TETAPKAN TEMPOH MAKSIMUM SETAHUN PROSES PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN

KDN Tetapkan Tempoh Maksimum Setahun Proses Permohonan Kewarganegaraan

PUTRAJAYA, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menetapkan tempoh maksimum satu tahun untuk memproses dan mengeluarkan keputusan berhubung permohonan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebelum ini, tiada sebarang tempoh ditetapkan di antara permohonan rasmi dibuat sehingga keputusan permohonan itu dikeluarkan.

"Kalau dulu penetapan tempoh maksimum pemprosesan permohonan kewarganegaraan tidak wujud tetapi sekarang kita hendak jadikan (tempoh satu tahun sebagai) penanda aras.

"Kita hendak memastikan bahawa orang ramai boleh mengetahui sama ada permohonan itu lulus atau tidak...layak atau tidak dalam masa setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di sini pada Isnin.

Hishammuddin berkata inisiatif yang dilaksanakan itu ialah untuk mempercepatkan proses membuat keputusan bagi mengelakkan tertangguh tanpa sebarang keputusan untuk tempoh yang tidak munasabah.

Sebelum ini, beliau berkata ada permohonan berkenaan mengambil masa yang lama sehingga berpuluh tahun sebelum keputusan dikeluarkan.

"Perlu diingat juga, inisiatif ini digerakkan tanpa sebarang kompromi terhadap aspek keselamatan dan syarat-syarat asas yang terkandung dalam undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, berucap pada majlis tersebut, Hishammuddin berkata dalam tempoh dua tahun lepas, KDN berjaya memproses sebanyak 219,485 permohonan yang meliputi 62,604 permohonan kewarganegaraan, permohonan dan rayuan permit masuk (18,162) dan 138,719 permohonan daftar lewat kelahiran.

Katanya kini semua permohonan yang sedang diproses oleh KDN bagi ketiga-tiga perkara itu adalah permohonan yang diterima bagi tahun semasa dan tiada sebarang kes tertunggak.

Beliau berkata pada tahun ini, KDN mensasarkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 10 inisiatif di bawah agenda nilai tambah KPI kementerian berkenaan.

Katanya antara inisiatif tersebut ialah wanita bertaraf warganegara yang berkahwin dengan lelaki warga asing boleh memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara, di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut peruntukan sedia ada, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang bertaraf warganegara Malaysia.

21 ulasan:

  1. Harap dengan tempoh maksimum setahun ini boleh mengurangkan tungakkan pemohonan.

    BalasPadam
  2. Isu kewarganegaraan perlu dipandang serius.

    BalasPadam
  3. kerajaan kena pastikan kewarngeraaan tidak diberikan dgn sewenang wenangnya.

    BalasPadam
  4. tempoh yang ditetapkan ini mungkin dapat mengelakkan tunggakkan proses permohonan.

    BalasPadam
  5. namun, pastikan kewarnegaraan tidak diberikan dengan mudah ata sewenang-wenangnya..

    BalasPadam
  6. Ini adalah isu yang serius.

    BalasPadam
  7. Diharapkan kerajaan tegas dalam proses permohonan kewarganegaraan.

    BalasPadam
  8. Semoga isu ini dapat ditangani sebaiknya. Mungkin cadangan maksimum untuk 1 tahun bagi PROSES PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN adalah baik.

    BalasPadam
  9. Memanjangkan tempoh, positifnya, kerja akan dapat diteliti secara mendalam. Cukup untuk tidak melakukan kesalahan.

    BalasPadam
  10. KDN patut memastikan JPN tidak sewenang2nya menganugerahkan kewarganegaraan kepada individu yang tidak layak. telah banyak aduan sebelum ini terutamanya dari Sabah berkenaan dengan kewarganegaraan. aduan2 itu patut menjadi keutamaan kepada KDN untuk diselesaikan.

    BalasPadam
  11. ini perlu bagi memstikan pemohon mengetahui status permohonan mereka. tapi kena pastikan bahwa kewarganegaraan diberikan kepada mereka yang benar2 layak.

    BalasPadam
  12. Semoga tempoh maksimum yang ditetapkan dapat menanggani masalah yang timbul.

    BalasPadam
  13. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah hasil daripada cadangan ini.

    BalasPadam
  14. Hope that the JPN will work hard to get their job done within deadline.

    BalasPadam
  15. Especially for the locals to register for citizenship, don't make any more delays.

    BalasPadam
  16. Good to have a specific time line for the civil servants to follow, this will ensure more work can be done.

    BalasPadam
  17. Kakitangan kerajaan perlulah meningkatkan usaha untuk menghabiskan kerja yang tertunggak.

    BalasPadam
  18. KDN juga perlu pastikan kecekapan memproses permohonan agar tidak berlaku lagi masalah2 seperti 'clerical error' atau pemberian status kewarganegaraan kepada individu yang tidak layak.

    BalasPadam
  19. Hope that this will make things faster especially for the locals.

    BalasPadam
  20. Ya, kakitangan kerajaan perlu meningkatkan kecekapan mereka.

    BalasPadam
  21. Harap KDN dan JPN akan berusaha menyempurnakan kewajiban mereka.

    BalasPadam