Kikis sifat khayal, lupa diri'
Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin bersama pemimpin parti komponen mengibarkan bendera semasa menyanyikan lagu Barisan Nasional sebelum beliau merasmikan Konvensyen Barisan Nasional 2010 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) mengikis sifat khayal, lupa diri, jumud dan angkuh yang sering dikaitkan sebagai penyakit mana- mana parti yang sudah lama berkuasa, untuk menambat hati rakyat.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menegaskan, empat penyakit itu perlu dielak, dikikis dan dibuang jauh sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan dan sokongan bertukar menjadi penentangan.
Beliau juga mengingatkan ahli-ahli BN supaya jangan terpesona dengan kejayaan lalu hingga menyebabkan mereka terleka dan angkuh yang akan menyebabkan rakyat benci dan menyampah, sebaliknya ia perlu dijadikan inspirasi bagi menjana kemenangan lebih besar pada masa akan datang.
"(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri," katanya dalam ucapan dasar pada Konvensyen BN di Wisma MCA di sini hari ini.
Perdana Menteri mengakui bahawa politik itu penuh dengan percaturan, persepsi dan permainan angka, namun ia tidak akan berlaku dengan sendirinya.
"Sebetulnya, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap BN perlu terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.
"Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itu yang sedang kita usaha dan lakukan, barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan," katanya.
Tambah Najib, kejayaan terbesar BN ialah kemampuan menukar pelbagai kerumitan yang wujud kepada kelebihan dalam persaingan dan ia bukannya pencapaian kecil tetapi sebaliknya amat signifikan dan begitu bersejarah dalam pembikinan Malaysia.
Katanya, kejayaan itu amat mengkagumkan kerana ia tidak melalui jalan mudah dengan mengamalkan kaedah 'kawah pelakuran' (melting pot) dalam membina sebuah negara iaitu perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu dicipta.
"Kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana-mana budaya, tidak juga menukar asal-usul sesiapa. Sehingga sekarang masing-masing bebas mengamalkan jati diri," katanya.
Bahkan menurut Najib, rakyat harus berbangga bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
----
Umno Cadang Lima Langkah Transformasi
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- UMNO mencadangkan lima langkah transformasi bagi memperkukuhkan lagi perjuangan Barisan Nasional (BN), antaranya memantapkan struktur organisasi BN khususnya di peringkat negeri, bahagian dan peti undi.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan adanya struktur organisasi yang lebih mantap maka program bersama dengan parti komponen yang dilaksanakan oleh BN dapat dipergiatkan.
"Program seperti ini penting dalam usaha memupuk dan menyuburkan rasa kebersamaan dan kekitaan di kalangan ahli-ahli parti terutamanya di peringkat akar umbi," kata Timbalan Presiden UMNO itu ketika berucap mewakili UMNO pada sesi penggulungan di akhir Konvensyen BN 2010 di sini.
Selain itu, katanya, selaras dengan pendekatan mesra rakyat dan responsif kepada harapan rakyat, pelbagai program sentuhan hati rakyat berbentuk kebajikan, pendidikan, kesihatan, kesukanan, kebudayaan dan ekonomi perlu dilaksanakan secara lebih berkesan dengan penglibatan parti komponen secara kolektif.
Katanya BN juga perlu mempelopori usaha mewujudkan rangkaian strategik dengan kumpulan-kumpulan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, agama, belia, sukan, kebajikan dan lain-lain lagi yang berkongsi cita-cita perjuangan yang sama dengan BN.
"Ini adalah selaras dengan pindaan perlembagaan BN yang membuka keahlian secara terus kepada individu dan pertubuhan bukan kerajaan," kata Muhyiddin.
Katanya pindaan perlembagaan itu telah membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk menerima BN sebagai wadah politik yang benar-benar bercirikan semangat dan roh 1Malaysia.
Menyentuh langkah kelima, Muhyiddin juga berkata sudah sampai masanya bagi BN mengambil langkah berani untuk mara lebih jauh ke hadapan dalam menangani isu-isu sensitif berkaitan hubungan kaum dan agama yang sering kali di sebut sebagai 'taboo' atau pantang larang dalam politik masyarakat majmuk.
Katanya prestasi dalam pilihan raya juga amat bergantung kepada faktor bagaimana rakyat menilai BN sebagai parti yang mempunyai keabsahan politik atau parti yang sentiasa dinilai oleh rakyat sebagai layak untuk memerintah.
"Di sinilah letaknya cabaran sebenar kita iaitu untuk mengekalkan keabsahan politik untuk menjadi sebuah parti yang sentiasa dinilai secara positif oleh rakyat dalam suasana di mana rakyat juga mengalami perubahan dari segi pemikiran, sikap, gaya hidup dan pandangan politik," katanya.
Muhyiddin juga berkata bahawa UMNO akan sentiasa berlaku adil kepada kaum lain dan akan sentiasa bermusyawarah dengan parti komponen BN untuk mencapai kesepakatan dalam perkara yang menyentuh kepentingan semua kaum.
-- BERNAMA
The government must walk the talk.
BalasPadamHell yeah, hopefully all of them are putting their ears on.
BalasPadamNasihat ni harus diberi perhatian demi kepentingan parti dan masa depan negara :)
BalasPadamYa Anna. Walk the talk.. Jangan cakap ja tapi tak buat. huhuhu
BalasPadamJika setiap nasihat yang diberikan diikuti, saya yakin malaysia adalah negara paling sempurna di dunia. hehehe
BalasPadamWalaupun kita sedar takda yang sempurna di dunia ini, namun saya yakin asalkan ada kesungguhan transformasi pasti berlaku.
BalasPadamSo perbaikilah sebarang kelemahan yang ada dan berusahalah membuat transformasi ke arah yang lebih baik. All the best!!
BalasPadamyalah betul...jentera-jentera BN harus bersama-sama melihat kelemahan diri kerana si kepala batu yang sentiasa merasakan diri betul..dibenci rakyat.
BalasPadamikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk...janganlah jadi seperti lalang....
BalasPadamsaya pernah lihat orang yang berpangkat besar yang dihormati kerana kebijaksanaannya, kebernasan ideanya, tidak pilih kasih, sentiasa berpandangan jauh, sentiasa ingin memajukan diri dan seorang beriman....tetapi TIDAK PERNAH SOMBONG DAN BERMEGAH-MEGAH DENGAN JAWATANNYA...dan bagi dia, ia semua adalah rezeki dari ALLAH SWT..
BalasPadamsaja nak tanya...kalau si pemimpin tak boleh akui kelemahan diri, bagaimana dia nak bantu rakyat? rakyat yang merasa segala kesusahan...bukannya dia..so bagi saya, mana-mana si pakcik/makcik yang memegang jawatan tinggi dalam politik ni...janganlah angkuh. anda tidak boleh memperbaiki kelemahan diri bermaksud anda tidak dapat merasa apa yang rakyat rasa kerana anda sudah berada di zon selesa
BalasPadamtak kemana pangkat dan harta kalau ajal tiba...
BalasPadamHarap mereka boleh membuang gejala buruk ini.
BalasPadamSesungguhnya kejayaan BN adalah dari rakyat khususnya di Sabah.
BalasPadamPM Najib sendiri perlu memastikan semua anggota2 BN membuang penyakit2 itu.. mana2 anggota yang mengalami penyakit kritikal dan tidak boleh disembuhkan lagi wajar dibuang dari parti supaya tidak membawa kesan buruk kepada keseluruhan anggota BN.
BalasPadamBN kena memperbaiki kelemahan yang ada. perkara2 negative perlu dibuang dan digantikan dgn perkara positif bagi memangkin jentera BN yabg kukuh.
BalasPadamnasihat atau saranan PM itu perlu diikuti oleh semua pemimpin demi kebaikan semua pihak.
BalasPadamsetiap pemimpin perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik kepada rakyat, barulah rakyat memberikan sokongan kepada mereka.
BalasPadamMemang benar kata PM, buang semua penyakit seperti angkuh, menipu, lupa diri itu semua.. Jangan sampai rakyat benci BN..
BalasPadamJangan biar rakyat menetang kerajaan pada satu masa nanti. Ini akan menjatuhkan BN hanya kerana seorang pemimpin yang bersifat demikian. Maka buanglah tabiat tersebut. Berikan yang terbaik untuk rakyat.
BalasPadamUntuk kebaikkan rakyat semua pemimpin harus melakukan yang terbaik kepada rakyat. Dan untuk kebaikan parti BN juga, jangan terlalu bangga dengan apa yang ada. Itu semua rakyat yang memberikan kemenangan dan rakyat juga yang akan menjatuhkan BN.
BalasPadambuang semua 'penyakit' tersebut termasuk rasuah..
BalasPadammana2 wakil rakyat BN yang tergolong dalam semua penyakit tersebut maka harus disingkir sebelum menjadi kudis dalam parti yang seterusnya membawa kepada kejatuhan parti..
BalasPadampraktikkan apa yang dikatakan...
BalasPadam"..Muhyiddin juga berkata bahawa UMNO akan sentiasa berlaku adil kepada kaum lain..."
BalasPadampastikan 'adil' yang dikatakan adalah betepatan dengan definisi ADIL..adakah ianya dapat dilakukan?
Baguslah tue PM sedar tentang kelemahan BN.
BalasPadamYang penting PM akan segera membuat tindakan untuk membuang empat gejala penyakit tersebut.
BalasPadamSelain 4 gejala penyakit yang disebut oleh PM, saya rasa ada lebih banyak lagi seperti rasuah, perkauman dan banyak lagi.
BalasPadamDiharapkan PM mengkaji kelemahan BN dengan lebih teliti. Jangan ambil ringan sifat negatif BN yang lain kerana ia mampu memberi kesan terhadap PRU13 nanti.
BalasPadamsegala perkara buruk dan maslaah perlu dikikis dari BN.
BalasPadamAhli BN yang hanya tamakkan wang ringgit harus disingkirkan.
BalasPadam4 ailments should be eliminated.
BalasPadam当然少不了,职任需要妥当。
BalasPadamSatu nasihat yang berkualiti, dan kita juga inginkan kualiti dalam diri pemimpin masing2. Jadi mereka harus berusaha untuk meyahut apa yang diwar2 kan oleh PM kita. Jika itu tercapai maka banyak hal2 positif akan berlaku secara tidak langsung.
BalasPadam