Khamis, September 09, 2010

"KEGHAIRAHAN UNTUK MENULIS DAN MELAPORKAN PERLU BERDASARKAN ETIKA PROFESIONAL SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT AWAM, YANG DIPANDU OLEH PERASAAN YANG KUAT MENGENAI PRINSIP DEMOKRASI," - WILFRED BUMBURING

Bumburing Mahu Media Sabah Kekal Profesionalisme Tinggi Sebar Maklumat

KOTA KINABALU, 9 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing meminta petugas media di Sabah mengekalkan profesionalisme mereka dalam menyebarkan maklumat dan fakta kepada orang ramai.

Beliau berkata media massa sepatutnya tidak terperangkap dalam pemahaman mereka sendiri berhubung landskap politik.

"Keghairahan untuk menulis dan melaporkan perlu berdasarkan etika profesional sebagai pemberi maklumat awam, yang dipandu oleh perasaan yang kuat mengenai prinsip demokrasi," katanya pada hari Khamis.

Bumburing berkata beliau gembira bahawa kakitangan media tempatan di Sabah telah menunjukkan tahap profesionalime yang tulen semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dan dengan ini memastikan rakyat Malaysia di Sabah terus mendapat maklumat dalam bentuk laporan yang beretika.

"Keadaan ini amat baik bagi Sabah kerana sepanjang apa yang berkaitan dengan kewartawanan, tambahan pula, masyarakat kita pada umumnya berpendidikan," beliau berkata sambil menambah Sabah mungkin contoh paling baik dalam amalan kebebasan media di negara ini.

Beliau berkata pengaruh media telah berkembang dalam era sains dan teknologi dengan penggunaan meluas Internet.

"Parti-parti politik kini amat bergantung dengan penyebaran maklumat untuk menyebarluaskan agenda dan perjuangan mereka dan di dalam kubu ini di mana kakitangan media massa dapati bahawa profesion mereka berada pada tahap terbaik," katanya.

Oleh itu, Bumburing, yang juga Anggota Parlimen Tuaran, berkata kedudukan kakitangan media telah meningkat sebaris dengan seorang selebriti, dihormati dan disayangi oleh orang ramai dan "mungkin kadangkala dibenci dan dimarahi juga".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan