Rabu, September 01, 2010

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH KELUAR LDP, SERTAI GERAKAN ?

Timbalan Ketua Menteri Sabah keluar LDP, protes kepimpinan parti

KOTA KINABALU, 1 Sept — Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini rentetan krisis antara parti itu dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman minggu lalu.

Beliau menyerahkan surat letak jawatan kepada Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong hari ini.

<b>V K Liew</b>: No new permits.Liew, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah memberitahu, Pang mengambil keputusan itu ekoran pendirian LDP terhadap Musa yang juga Pengerusi BN negeri awal minggu lalu.

Pang juga Naib Presiden LDP.

Menegaskan tentangannya terhadap pendirian LDP, Pang berkata: “Satu langkah yang tinggal bagi saya ialah keluar parti dengan baik.”

Kata Pang, beliau sedar bahawa keputusannya keluar dari LDP akan memberi kesan ke atas kedudukannya dalam kerajaan.

Pang menawarkan untuk melepaskan kesemua jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Karamunting ini menambah beliau masih berhasrat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat BN.

“Saya minta Ketua Menteri memberi saya panduan yang sewajarnya,” kata beliau.

Pada Ahad lalu, Musa berkata Umno Sabah sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Menteri yang mewakili parti komponen BN yang lain di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berharap parti komponen BN yang lain turut berbuat demikian kepada Ketua Menteri daripada Umno.

Musa, 59, dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 pada 27 Mac 2003, menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang merupakan presiden LDP ketika itu di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri.

Sehari selepas Musa mempengerusikan mesyuarat BN negeri Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin yang mempertikaikan kepimpinannya.

Dalam kenyataannya Selasa lepas, Chin berkata LDP tidak dapat bekerjasama dengan Musa, namun akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno, selain memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta gagasan 1 Malaysianya.

~~~~~

Pang mahu sertai Gerakan, kata Najib

PUTRAJAYA, 1 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin yang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) bercadang untuk menyertai parti Gerakan.

Beliau berkata Pang, yang juga Naib Presiden LDP, bertindak keluar daripada LDP bukan untuk menentang Barisan Nasional tetapi beliau masih menjadi “keluarga BN”.

“Saya sedang bincang perkara ini dengan Presiden LDP (Datuk Liew Vui Keong) dan juga dengan (Ketua Menteri) Datuk Seri Musa Aman,” katanya kepada pemberita selepas menerima kad Hari Kemerdekaan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pang hari ini mengumumkan keputusannya keluar daripada LDP dan menawarkan untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu menentang kepimpinan Musa.

Katanya tindakan itu dibuat setelah LDP mengumumkan ia tidak boleh bekerjasama dengan Musa, yang merupakan Pengerusi BN Sabah. — Bernama

~~~~~

23 ulasan:

  1. Datuk Pang keluar LDP disebabkan tidak setuju dengan tindakan LDP yang enggan bekerjasama dengan KM. Sebenarnya, semua parti komponen perlulah bersatu hati, jika tidak, bagaimana hendak mewujudkan pentadbiran yang baik?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. perletakan jawatan oleh Datuk Peter Pang En Yin dari Parti Liberal Demokratik (LDP) adalah kerana ia tidak bersetuju dgn tindakan LDP yang enggan bekerjasama dgn Musa Aman dan beliau dikatakan ingin menyertai Gerakan. ini menunjukkan bahawa Musa Aman masih lagi mendapat sokongan penuh daripada pemimpin2 BN lain.

    BalasPadam
  4. Mungkin Datuk Peter Pang En Yin ada sebab tersendiri kenapa beliau melakukan semua ini. Tapi apa yang kita tahu, Datuk Peter Pang tetap akan berkhidmat dengan kerajaan dan BN. Oleh itu, harap Datuk Peter Pang akan memikirkan semua ini terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad diberikan dab beliau akan tetap menjadi keluarga BN.

    BalasPadam
  5. Yang penting Datuk Pang masih sokong lagi KM dan sudi bekerjasama dengan BN.

    BalasPadam
  6. Datuk Pang masih lagi menyokong kepimpinan Datuk Musa. apa pun yang berlaku, setiap pemimpin haruslah bekerjasama demi kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  7. ini membuktikan bahawa tidak semua ahli2 LDP mempunyai pendirian yang sama dengan timbalan presiden LDP. keputusan yang dibuat oleh Chin bukan atas persetujuan parti LDP. Chin patut sedar bahawa tindakan beliau boleh menjejaskan reputasi BN di Sabah dan beliau sepatutnya berkerjasama menyelesaikan masalah2 yang di hadapi oleh rakyat Sabah.

    BalasPadam
  8. saya harap konflik ini tidak berterusan dengan lebih lama kerana masih banyak masalah2 rakyat yang perlu diselesaikan. dalam kegairahan semua parti di Malaysia menghadapi PRU13, konflik seperti ini tidak patut berlaku, lebih2 lagi sebagai sebuah parti yang membentuk kerajaan.

    BalasPadam
  9. Datuk Peter Pang haruslah memikirkan dua kali tetang keluar parti ini. Kerana ini boleh dibuat perbincangan untuk menyelesaikan permasalahan antara LDP dan Datuk Musa ini. Jadi, harap Datuk Peter Pang akan cuba untuk membantu sebagai wakil LDP.

    BalasPadam
  10. nampaknya tidak semua ahli2 LDP setuju dgn pendirian LDP untuk tidak mau bekerjasama lagi dgn Musa Aman. LDP seharusnya bekerjasama semula dgn KM Sabah dalam membentuk jentera BN yang kukuh di Sabah.

    BalasPadam
  11. Jika ini adalah jalan yang terbaik, saya menyokong penuh tindakan yang dibuat oleh Datuk Peter. Tetapi masih ramai yang berharap agar LDP dapat kembali seperti dulu.

    BalasPadam
  12. Huhhh it will only making things more complicated .... No hope for the LDP and i bet VK Liew will make his turn afterward.

    BalasPadam
  13. He'd made up his mind.So let him go.

    BalasPadam
  14. Peter Pang sudah membuat kenyataan yang amat jelas.Jadi jangan buat sebarang spekulasi lagi.

    BalasPadam
  15. It's kinda hard for him to make this decision. However, I truly believe he is seeking justice.

    BalasPadam
  16. Selesaikan masalah dalaman LDP dahulu.

    BalasPadam
  17. D Peter menyokong KM tetapi parti tidak dapat bekerjasama dengan KM.
    Apa boleh beliau lakukan cuma keluar parti jalan terbaik.

    BalasPadam
  18. No worries, Peter Pang is still in the Cabinet.

    BalasPadam
  19. Yang penting kita tahu pendirian Pang utk terus bekerjasama dan memberi sokongan pada Musa Aman :)

    BalasPadam
  20. Yup Suri. Pang masih dalam kabinet bah, so tak perlulah kita risau sangat. hehehe

    BalasPadam
  21. Semoga LDP akna menyedari kesilapan yang mereka lakukan. Lebih baik bekerjasama daripada asyik memikirkan populariti diri.

    BalasPadam
  22. Meluahkan ketidakpuasan hati ti memang perlu, tapi luahkan secara matang dan jangan sampai ia mengundang kontroversi sehingga memberi tempias kepada nama baik parti.
    So agak-agak lah ya.

    BalasPadam
  23. Semoga komponen BN akan kembali bersatiu dan menjalankan t/jawab mereka terhadap rakyat. Next GE bakal menjelang bila2 saja, so buatlah apa yang patut k.

    BalasPadam