Khamis, September 02, 2010

TINDAKAN PANG KELUAR LDP SATU TINDAKAN BERANI ?

Isu LDP: Komponen BN tidak boleh angkuh, kata pemimpin Umno

KOTA KINABALU, 2 Sept — Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin menganggap tindakan Datuk Peter Pang En Yin melepaskan keanggotaannya dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam sebagai langkah berani, dan pada masa yang sama menggesa komponen BN tidak bersikap angkuh.

Setiausaha Umno Sabah ini berkata, keberanian Pang patut dipuji kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri semata-mata mahu terus bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah dan memastikan keharmonian komponen parti berbilang kaum terus terjaga.

“Walaupun beliau kini tidak ada parti, yang pasti tindakannya itu baik dan saya puji kerana beliau berani bertindak,” kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah ini dan menambah, tindakan nekad itu prerogatif Pang sebagai individu.

Pang mengumumkan keluar LDP semalam rentetan krisis antara parti itu dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman minggu lalu.

Pang, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah, turut menawarkan untuk meletak semua jawatan dalam kerajaan tetapi tidak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Karamunting.

Beliau juga Naib Presiden LDP.

Menegaskan tentangannya terhadap pendirian LDP, Pang berkata: “Satu-satunya jalan yang boleh saya ambil ialah meninggalkan parti dengan cara terhormat.”

Yahya menambah, mungkin Pang berasakan tidak ada lagi gunanya untuk terus berkhidmat dengan parti yang tidak dapat bekerjasama dengan kepimpinan Musa.

Perkembangan ini turut menunjukkan dalam LDP juga tiada persefahaman di kalangan anggota dan pemimpinnya, kata beliau.

Yahya berkata, ahli dalam BN lain tidak boleh bersikap angkuh hanya kerana ada permintaannya tidak dilayan.

Jelas beliau, tindakan angkuh mereka hanya merugikan banyak pihak terutama parti itu sendiri.

Pang dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah menggantikan Datuk Raymond Tan, bekas timbalan presiden Parti Progresif Sabah (Sapp) Mei tahun lalu, setelah ia keluar BN September 2008.

Raymond menyertai Gerakan selepas sembilan bulan tiada parti.

Ditanya mengenai tindakan BN Sabah dengan perkembangan terbaru itu, kata Yahya, keputusan terletak di tangan Ketua Menteri.

“Ya, kita pasti akan adakan mesyuarat nanti. Tunggulah keputusan Ketua Menteri nanti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Webley Dusin berkata, Pang mengambil jalan yang betul keluar LDP kerana perjuangan parti itu sekarang tidak lagi sesuai dengan matlamat BN.

“Pada pendapat saya, beliau mungkin menyertai Gerakan kerana kedudukannya sekarang tidak berparti dan terpulang kepada Datuk Musa sama ada menerima peletakan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri dan menteri sukan dan belia.

“Namun jika beliau tidak kekal sebagai menteri belia dan sukan mungkin berlaku sedikit perubahan dalam Kabinet negeri.

“Pembantunya, Datuk Jahid Jahim mungkin menggantikannya dan Datuk Dr Yee Moh Chai dari parti PBS naik jadi timbalan ketua menteri,” kata Exco Pemuda BN pusat ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Yee adalah Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah dan Timbalan Presiden PBS.

Webley menambah, dengan perkembangan terbaru itu, ia akan memperkukuhkan ramalan sesetengah penganalisis politik bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan dalam tahun ini juga.

Ramai mengatakan, jika PRU tidak diadakan Musa akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri untuk menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Kekosongan kelak mungkin diisi oleh Pairin.

Yang pasti kata beliau, perkembangan politik di Sabah sekarang akan semakin hangat dan semakin banyak ramalan dikeluarkan dengan ramai pemimpin akan melobi mahu mendapatkan jawatan yang bakal kosong itu.

Mengenai pendapat PBS tentang tindakan Pang, beliau memberitahu, pihaknya sudah banyak pengalaman berada dalam dan luar dalam komponen BN dan daripada pengalaman masa lalu, membuktikan bahawa tiada masalah yang dapat diselesaikan di luar parti pemerintah.

“Disebabkan inilah PBS menyertai semula BN. Sukar menyelesaikan masalah dari luar parti pemerintah dan ini sudah tentu menyukarkan pemimpin berkhidmat memberi pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Jelas Webley, jikapun LDP keluar dari BN satu hari nanti, anggota komponen BN termasuk PBS tidak akan kehilangan apa-apa, cuma kesannya akan dirasai calon di kawasan majoriti pengundi Cina.

34 ulasan:

  1. Tindakkan yang dilakuka oleh Datuk Peter Pang ini harus dipuji kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri semata-mata mahu terus bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah. Betapa besar pengorbanan Datuk Peter Pang sehingga sanggup meletakkan jawatan beliau sekarang kerana LDP dan datuk Musa yang tidak sehaluan. Datuk Peter Pang akan tetap untuk berkhidmat kepada BN walaupun sudah keluar parti.

    BalasPadam
  2. persefahaman adalah penting untuk bergerak bersama-sama dalam satu kumpulan lebih2 lagi parti politik. kehilangan persefahaman dan kepercayaan akan membawa musibah kepada parti politik itu sendiri.

    BalasPadam
  3. sikap rendah diri, hormat, dan tidak angkuh adalah harus diterapkan dalam diri seseorang sebagai pemimpin. sikap angkuh serta mementingkan diri sendiri memberikan imej negatif kepada pemimpin tersebut yang seterusnya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadapnya.

    BalasPadam
  4. LDP harus bersikap matang dan hentikan sikap kebudak-budakan. isu patung Mazu telah pun selesai di mahkamah dan tiada rasionalnya isu tersebut dijadikan sebagai alasan LDP untuk menolak sebarang kerjasama dengan KM sabah selaku pengerusi BN negeri. LDP seharusnya mengetepikan isu2 individu dan bekerjasama dengan parti komponen BN lain bagi mencari penyelesaian isu2 yang lebih penting seperti isu PATI dan kemiskinan.

    BalasPadam
  5. diharapkan mana2 parti komponen BN tidak mencontohi apa yang telah dilakukan oleh LDP tetapi sebaliknya berusaha bersama-sama membantu memakmurkan negeri kita dengan ikatan kerjasama dan persefahaman yang lebih erat demi kepentingan rakyat dan negeri.

    BalasPadam
  6. berhubung dengan perkembangan politik di sabah, jelas akan berlaku perubahan dalam kabinet negeri berikutan perletakan jawatan serta isu LDP. namun, kemungkinan untuk mengadakan PRU pada tahun ini adalah terpulang kepada pucuk pimpinan kerajaan.

    BalasPadam
  7. diharapkan agar perubahan yang mungkin akan berlaku dalam kerajaan BN negeri akan mengukuhkan lagi kerjasama serta persefahaman antara parti2 komponen BN. BN negeri harus mengukuhkan kedudukannya dengan menyelesaikan isu2 dalaman parti serta isu2 rakyat sebelum tiba PRU nanti.

    BalasPadam
  8. hhmm, inilah yang susah ni kalau tak ngam cerita. huhuhu.

    BalasPadam
  9. Semoga LDP akan lebih matang dan berfikiran positif. Jangan perbesarkan isu yang sudah diputuskan oleh mahkamah.

    BalasPadam
  10. Bukankah lagi harmoni sekiranya semua pihak saling bertoleransi, hormat menghormati dan setiasa cari jalan penyelesaian bersama-sama.. Ini tak, sibuk dengan keinginan sendiri!!

    BalasPadam
  11. Harap masalah ni dapat ditanggani segera. Setiap komponen BN sepatutnya bersatu dan berjuang bersama-sama bagi memastikan setiap agenda yang mahu dilaksanakan dapat dilakukan sebaikknya.

    BalasPadam
  12. PRU13 bakal menjelang.. So buatlah apa yang patut. Buktikan kepada rakyat bahawasanya BN layak untuk terus disokong!

    BalasPadam
  13. LDP patut mengubah pendirian mereka jika mahu terus berjuang bersama2 dengan komponen parti yang lain. keutamaan perlu diberikan kepada masalah2 yang sedang dihadapi oleh rakyat bukannya yang telah diselesaikan atau yang diluar kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  14. tindakan yang dibuat oleh Pang menunjukkan tidak semua ahli dalam LDP mempunyai pendirian yang sama dengan Chin. Chin patut berkerjasama mengukuhkan kedudukan BN di Sabah lebih2 lagi dalam kegairahan semua parti bersaing bagi menghadapi PRU13.

    BalasPadam
  15. setiap parti dalam komponen BN perlu bekerjasama dengan erat. fokuskan kepada kepentingan rakyat agar setiap masalah rakyat dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  16. Inilah pemimpin yang sanggup berkorban kerana menyokong sepenuhnya kepada kerajaan sehingga sanggup keluar parti kerena parti tidak begitu sefahaman dengan Pengerusi BN dan selaku Ketua Menteri Sabah. Harap perselisihan ini akan dapat deselesaikan dengan baik.

    BalasPadam
  17. tindakan Datuk Pang, menunjukkan bahwa tidak semua ahli LDP setuju dgn pendirian Datuk Chin. tindakan beliau adalah tepat kerana sebagai ahli BN, seharusnya menyokong kepimpinan BN.

    BalasPadam
  18. kerjasama dan persefahaman yang baik penting agar kepentingan rakyat dapat diutamakan. sebarang perselisihan pendapat perlu diselesaikan dengan baik.

    BalasPadam
  19. Kerjasama dan kesatuan adalah diperlukan untuk memastikan kerajaan mentadbir dengan lancar dan berjaya.

    BalasPadam
  20. semua ahli2 BN seharusnya bersatu, LDP harus berbaik semula dgn kepimpinan BN sabah.

    BalasPadam
  21. TINDAKAN PANG KELUAR LDP SATU TINDAKAN BERANI ?

    No doubt it was brave of Pang to resign from his position in LDP. Rather than to be with a party which does not give their full cooperation, its better to join another BN component.

    BalasPadam
  22. I find it rather naive for LDP to acted that way. If they are not willing to support Musa, I suppose they should just leave BN but of course, i do hope the conflict between LDP and Musa will be solve. Stop making this matter as if its big. Grow up! There are bigger issues to solve.

    BalasPadam
  23. Something more come under the sun. We could only wait and see.

    BalasPadam
  24. tindakan yang dibuat datuk Peter Pang memang tepat, sebagai ahli BN, seharusnya memberi sokongan penuh terhadap perjuangan BN. kepentingan peribadi perlu diketepikan.

    BalasPadam
  25. Ini bukan soal berani atau tidak, tapi perjuangan sejati.

    BalasPadam
  26. He is done with all the dramas, to be true. He wants to take fresh breath.

    BalasPadam
  27. Apa pun terjadi, dia masih lagi menjadi menteri di Sabah.

    BalasPadam
  28. pemimpin2 atasan perlu memastikan konflik ini berakhir bagi memberi laluan kepada isu2 yang sangat memerlukan perhatian seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat BN yang lepas.

    BalasPadam
  29. Don't worry. I truly believe that all the problems will be addressed well.

    BalasPadam
  30. It won't be a loss to BN, as Peter Pang will join Gerakan who will no doubt give full cooperation with the state government.

    BalasPadam
  31. Tindakan yang berani tetapi tidak harus digalakan.
    Bayangkan ahli parti komponen BN melompat dari sini ke sana, akhirnya BN akan tumbang.

    BalasPadam
  32. Bagi pihak yang tidak senang dengan LDP, tindakan Pang melegakan perasaan mereka.

    BalasPadam
  33. Pang emerlukan satu platfom yang sesuai bagi beliau terus berkhidmat untuk rakyat. LDP sudah tidak sesuai bagi beliau kerana tidak dapat bekerjasama dengan KM.

    BalasPadam
  34. Ini ternyata bahawa kepimpinan Datuk Musa hebat, sehinggakan Pang sanggup meninggalkan parti sendiri demi untuk terus bersama Datuk Musa...

    BalasPadam