Khidmat urus demonstrasi untung besar
JAKARTA: Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.
Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.
Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rp1.5 juta hingga Rp2 juta. (RM1 bersamaan dengan Rp2877.5951)
Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rp30,000 hingga Rp40,000 dan sebungkus nasi campur.
Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.
"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur kita ajak, buat latihan supaya bila demo, mereka faham isi demo itu.
"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.
Beliau berkata, biasanya, bahan taklimat untuk demonstrasi diperoleh daripada pihak yang membuat pesanan.
Ini samalah dengan peserta demo di Thailand juga, bukan? Antara mereka juga ada yang dibayar untuk membuat demikian.
BalasPadamnak wat demo pun nak dibayar juga ke? nmpaknya mereka bukan demo ni bukan bukan benar2 ikhlas pun.
BalasPadamperkhidmatan sewa peserta demonstrasi? maksudnya peserta yang melakukan demonstrasi hanyalah golongan dibayar dan bukannya benar-benar ikhlas dalam tindakan mereka.
BalasPadamsekarang ni macam-macam cara untuk buat duit, sampaikan ada pihak yang menawarkan perkhidmatan sewa peserta demonstrasi. ini boleh menimbulkan pelbagai kesan.
BalasPadamOMG...is this for real?? why not using that money doing something good such as something that gives benefits to all... had ever cross to their mind? fuhh!!!
BalasPadamThis only for temporarily, i mean they would not get the money all the time, better if they creat more job opportunities and give the jobless people any job.
BalasPadammungkin yang tunjuk perasaan bakar bendera malaysia tu pun kena bayar. terlalu kurangkah pekerjaan di Indonesia? atau mungkin negara Indonesia ini sering berlaku demo tunjuk perasaan.
BalasPadamceh, demo utk duit rupanya...!!
BalasPadamMungkin jugalah john, kena bayar.. tu lah pasal sampai sanggup pegang najis tu. hahhaha
BalasPadamApapun, saya harap agak2 lah kalau mo buat demo ya.
Nak masuk tempat orang pun kena beradab sopan.. Inikan lagi masuk surau/masjid. Mestilah ikut peraturan bah.
BalasPadamoopss sori salah post pula. hihihi
BalasPadam