Perdana Menteri Mahu SKMM Ambil Tindakan Tegas Salah Laku Dalam Laman Web
PEKAN, 4 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati memuatkan sebarang artikel atau kenyataan sensitif dan menghina agama di laman web atau laman sosial.
Perdana Menteri berkata semua pihak di negara ini perlu sedar bahawa sebarang pengisian di laman web yang keterlaluan akan menyentuh perasaan pihak yang terlibat.
"Mereka (yang terbabit) patut sedar bahawa laman web ini bukanlah satu kebebasan mutlak yang membolehkan kita melakukan apa saja termasuk menghina agama lain atau peribadi orang lain.
"Kita mesti menggunakan alternatif media ini dengan rasa penuh tanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecenderungan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kebelakangan ini yang menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina agama di laman web atau laman sosial seperti Facebook.
Terbaru, Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) pada Jumaat membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial, Facebook yang dikesan menghina Islam dan Allah dengan kata-kata kesat.
Perdana Menteri berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang negara ini dan tidak membuat sebarang kenyataan yang dilihat akan mengguris pihak lain, terutama sekali apabila menyentuh soal agama.
"Apa saja yang kita muatkan dalam laman web dan Facebook dan sebagainya akan menyentuh perasaan pihak lain. Kita ada undang-undang kita, pihak berkuasa seperti MCMC perlu ambil tindakan sewajarnya.
"Mereka yang menyalahi undang-undang dan memuat apa-apa pengisian yang boleh bersifat keterlaluan sama ada dari segi menyentuh sensitivi agama lain patut diambil tindakan," kata Perdana Menteri.
Najib berkata rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang melindungi kesucian agama Islam.
"MCMC kena bertindak, saya berharap mereka bertindak tegas dalam perkara ini. (Perkara) ini sesuatu yang tidak boleh kita benarkan (terus berlaku)," kata Najib.
kalau kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang menimbulkan isu sensitif ini, masalah ini tidak akan timbul. sesiapa sahaja yang didapati bersalah, wajib dikenakan tindakan undang2 tanpa mengira bangsa, agama dan politik.
BalasPadamtindakan perlu dikenakan ke atas mereka yang menyentuh isu-isu sensetif rakyat di negara ini. ini bagi mengekalkan keharmonian di dalam negara kita.
BalasPadamMedia alternatif perlu bertanggungjawab dalam memaparkan maklumat di Internet. Pastikan apa yang dipaparkan itu adalah benar dan berfakta.
BalasPadam"KITA MESTI MENGGUNAKAN ALTERNATIF MEDIA INI DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB," - NAJIB
BalasPadamSetuju dengan PM. Ramai telah menyalahgunakan media terutamanya laman sosial Facebook untuk membuka topik yang menyentuh isu-isu sensetif. Diharapkan kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa yang gemar menimbulkan isu sensitif.
It annoys me when i read status in fb that touches religion or race matter. Government should real do something about this.
BalasPadamJanganlah membuat kenyataan sendiri di Media. Yang penting sekali jangan memnyatakan isu-isu yang sensitif kepada semua, seperti perkauman dan agama. Jauhkanlah perkara ini dan berikanlah kenyataak yang tepat dan fakta.
BalasPadammedia tak seharusnya digunakan untuk menimbulkan isu2 sensitif seperti agama, bangsa dan merendahkan orang lain. media harus digunakan untuk perkara2 baik. kerajaan harus memantau media masa kini kerana byk isu2 seperti ini ditimbulkan.
BalasPadammedia alternatif perlu digunakan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tepat. pihak yang menggunakan laman web atau laman sosial untuk menyentuh isu-isu sensetif perlu dikenakan tindakan.
BalasPadamjgn salah gunakan media untuk kepentingan diri dan memecahbelahkan perpaduan. gunakan media untuk kebaikan kita bersama
BalasPadamKalau anda semua sedar, ada individu yang bernama luca lucas yang secara terang-terangan menghina rakyat Sabah. Adakah individu ini akan di ambil tindakan???
BalasPadam