Lebih Banyak Geran Komuniti Akan Dikeluarkan Kepada Kaum Bumiputera Sabah
TAWAU, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan mengeluarkan lebih banyak Geran Komuniti (GK) tanah kepada kaum bumiputera di negeri itu bagi menjaga kepentingan mereka selain memastikan tanah milik peribumi terus berdaya saing.
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata melalui sistem itu, jabatan berkenaan mengenal pasti tanah kerajaan negeri berskala besar untuk dicadangkan pemberian GK.
"Kita akan mengeluarkan GK kedua minggu depan kerana ia sudah diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.
Beliau berkata GK kedua itu melibatkan tanah seluas 10,000 hektar di Tongod yang akan diberi kepada 1,700 penduduk.
GK pertama dikeluarkan pada Jun lepas untuk 680 penduduk di 10 buah kampung di Nabawan.
Osman berkata sejak April lepas, kerajaan negeri telah membubarkan status hutan simpan ke atas kawasan seluas 28,000 hektar bagi tujuan pengeluaran GK.
Katanya antara kawasan yang terlibat ialah Hutan Simpan Sook dan Mandalom di Keningau yang meliputi tanah seluas 24,000 hektar merangkumi 28 buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 7,927 orang.
- Oleh kerana sistem GK adalah tanah dalam bentuk kelompok serta berskala besar maka ia akan memudahkan kerajaan untuk membangunkan tanah itu termasuk pembinaan infrastruktur asas seperi jalan raya yang berimpak besar kepada penduduk setempat, katanya.
- Osman berkata sistem GK juga mengelakkan kaum peribumi daripada menjual tanah mereka sewenang-wenangnya terutama apabila sukar untuk mengusahakannya kerana kekurangan infrastruktur.
- Mengulas lanjut, beliau berkata melalui sistem GK juga permohonan kaum peribumi untuk mendapat tanah lebih cepat diuruskan.
"Setiap tahun jabatan ini menerima kira-kira 30,000 permohonan namun kami hanya mampu memproses kira-kira 12,000 permohonan setahun mengakibatkan berlaku tunggakan setiap tahun.
"Sehingga Disember lepas jumlah permohonan yang ada ialah 285,000 sama ada yang belum diproses ataupun sedang diproses. Ini mengakibatkan ramai merungut. Sistem GK diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini," katanya sambil menambah, proses pengeluaran GK hanya mengambil masa kira-kira lima bulan.
---
Second Communal Title next year
Issuance of the second Communal Title - a unique experiment in solving the land problem in the State and the first by any state in Malaysia -will be issued next year covering 10,000 hectares of native land in Tongod, Kinabatangan. It will benefit 1,700 people.
Land and Survey Department Director Datuk Osman Jamal said: "This is the best system (Communal Title) we have ever introduced in Sabah.
In fact, it is the first of such system in Malaysia where we feel we can protect the rights of the natives, which is our priority."
sistem GK ini baik untuk penduduk. sistem ini bukan saja memudahkan kerajaan untuk membina infrastruktur malah penduduk juga tidak sesuka hati menjual tanah mereka.
BalasPadamsaya harap sistem ini adalah satu penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang. setakat ini belum ada rungutan atau pihak yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan ini, jadi ini menunjukkan sisitem ini telahpun diterima masyarakat. tahniah
BalasPadampastikan sistem ini benar2 memberi fokus kepada matlamat/objektif yang telah digariskan. sebagaimana baiknya sistem ini kita lihat ketika diperingkat cadangan, begitu jugalah yang kita mahukan diperingkat pelaksanaan.
BalasPadamsistem ini adalah satu sistem yang bgs.
BalasPadamharap dengan adanya sistem tersebut dapat lagi memudahkan pembahagian GR kepada mereka yang berdaftar.
BalasPadamGK ini memang sistem yang baik, dengan adanya sistem ini dapat mempercepatkan proses pemilikkan tanah dan juga dapat mengelakan daripada penjualan tanah.
BalasPadamThe Bumis will be benefited from it.
BalasPadamDiharapkan cara ini boleh membantu rakyat dalam isu pemilikan tanah.
BalasPadamI think with this system, the people can rest assured that their rights to their lands are well protected.
BalasPadamSistem GK perlu diperkenalkan kepada semua masyarakat akan kepentingannya.
BalasPadamKawasan tanah yang diluluskan oleh kerajaan untuk penduduk kampung dan bertujuan untuk dimajukan dalam meningkatkan sesioekonomi penduduk memang sudah lama dinanti-nantikan.
BalasPadamSistem pengurusan dalam pemilikan tanah juga harap dapat dipercepatkan oleh pihak tertentu. Mungkin ramai yang masih menunggu jawapannya.
BalasPadamCadangan yang baik. Ini dapat membantu Bumi untuk mengekalkan tanah mereka dengan aman.
BalasPadammemperkenalkan sistem GK merupakan langkah yang baik. ini memudahkan kerajaan membangunkan kemudahan infrastruktur di tanah tersebut dan sekaligus memberikan keselesaan dan peluang ekonomi kepada penduduk.
BalasPadamYang menjadi persoalan, bagaimana si pengerak itu mengerakkan apa yang telah dipelankan..
BalasPadamCommunal land title will safeguard the villagers' land from being exploited. Good job.
BalasPadamMacam bgs pula idea ni :) good, good.
BalasPadamMore forest reserves will be provided in Sabah. How good is that.
BalasPadamSatu sistem yang bagus tetapi diupdatekan sepanjang masa untuk menyenangkan sistem permohonanan ataupun urusan kerja lain.
BalasPadamIt's fair and square for Bumis.
BalasPadamImprovement and updates can improve and make things easier. That way any application and processing can be done smoothly and no more complain. :)
BalasPadam