'Tidak akan tutup sekolah kurang murid'
2,240 SKM beroperasi seperti biasa walaupun hanya ada enam pelajar
KAPIT: Kementerian Pelajaran tidak berhasrat menutup sekolah kurang murid (SKM) walaupun ada antara sekolah terbabit hanya mempunyai enam murid.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebelum ini pihaknya cuba melaksanakan sekolah berpusat untuk menempatkan murid dari beberapa SKM berhampiran, namun langkah itu mendapat tentangan ibu bapa.
Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan memutuskan semua 2,240 SKM di seluruh negara dikekalkan, bagi memastikan pelajar terus mendapat pendidikan di sekolah berdekatan rumah.
Katanya, daripada jumlah itu, 63 peratus membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK), 21.4 peratus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 13.5 peratus Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), manakala bakinya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABT) dan sekolah Orang Asli.
“Kebanyakan SKM itu ada di Sabah dan Sarawak, tetapi di Semenanjung pun banyak juga seperti di Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulai Sibu dan Pulau Pemanggil di Mersing, apabila ada antara sekolah di empat pulau terbabit hanya mempunyai enam murid, sedangkan sebuah sekolah itu mempunyai 12 guru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Punan Bah, Belaga di sini, semalam.
Katanya, keputusan untuk mengekalkan SKM dibuat kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan sempurna kepada semua rakyat, walaupun jauh di kawasan pedalaman.
Sementara itu, mengenai usaha untuk menarik minat kaum Penan menghantar anak mereka ke sekolah, Mohd Puad menggesa syarikat korporat agar turut serta menjayakan program kesedaran di kalangan masyarakat minoriti itu mengenai kepentingan pendidikan.
Beliau berkata, ketika ini kehadiran anak masyarakat Penan di sekolah masih rendah.
Sementara itu, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kegagalan beberapa kontraktor menyiapkan projek mereka mengikut jadual dan mereka yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.
"Saya kesal, umpamanya, kontraktor yang diberi tender membina asrama baru bernilai RM25 juta untuk SMK Belaga nampaknya tidak dapat menyiapkannya akhir tahun ini sebagaimana yang dijadual," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap mereka seperti menamatkan kontrak dan menyenaraihitam kontraktor terbabit.
pendidikan adalah amat penting , jngn hnya kerana kekurangan murid sesebuah perlu ditutup. bilangan bukan menjadi masalah.
BalasPadamtindakan ini baik bagi memastikan pelajar dapat pergi ke sekolah yang dekat atau tidak terlalu jauh dari kediaman mereka.
BalasPadamya.. tak perlulah nak tutup SKM, ia perlu diteruskan, bilangan murid bukanlah alasan.
BalasPadamsiasat dahulu mana2 kontraktor yang gagal mematuhi piawaian dan gagal menyiapkan tender dalam waktu yang ditetapkan, kalau benar2 mereka bersalah, lebih baik terus senaraihitam.
BalasPadamtindakan kementerian pelajaran untuk tidak menutup SKM sememangnya amat wajar, sebab itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka kepada rakyat.
BalasPadampengajaran yang disampaikan itu penting. Murid sikit tidak apa, boleh lagi diteruskan untuk diajar. Memang tidak perlu menutup sekolah sekiranya bilang murid sedikit.
BalasPadamRakyat Sabah harus mengambil peluang bagi anak2 mereka untuk belajar. Kadang kadang saya memang tidak faham mengapa sesetengah keluarga tidak ingin membenarkan anak mereka belajar hanya kerana dengan alasan, miskin. Padahal, byk iniasiatif telah diberikan.
BalasPadamBagus tindakan kerajaan. SKM memang tidak patut ditutup walaupun mempunyai bilangan murid yang kecil.
BalasPadamkeputusan kerajaan mengekalkan SKM dibuat kerana ini telah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat, walaupun berada id kawasan pendalaman atau pun pulau.
BalasPadamJikalau kerajaan telah mengambil keputusan untuk menutup SKM, masalah besar tentu akan timbul. Rakyat akan menentang kerajaan berabis-abisan. Apa-apa pun, saya rasa lega kerana kerajaan telah membuat keputusan yang betul.
BalasPadamSekolah yang hanya ada pelajar enam orang? Tiada cara lain untuk memperbaiki masalah ini?
BalasPadamIs it cost efficient to do so, maintaining a school is neither cheap nor easy.
BalasPadamKeprihatinan dan matlamat kerajaan untuk memastikan pelajar terus mendapat pendidikan yang sepatutnya amatlah dihargai.
BalasPadamKelemahan dalam memilih kontraktor yang tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk menyiapkan projek-projek tertentu pada masa yang ditetapkan akan menjejaskan prestasi sekolah terutamanya di kawasan pedalaman.
BalasPadamMasih ada cara lagi yang boleh dicadangkan bagi memastikan sekolah tersebut mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Mungkin samada kerajaan ataupun pihak tertentu terpaksa menyediakan pengangkutan khas untuk pelajar ke sekolah berdekatan. Mungkin cara ini juga dapat mengurangkan kos kerajaan dalam menyediakan sekolah dan kemudahan lain.
BalasPadamBoleh diandaikan keputusan bagi 6 orang pelajar tersebut adalah cemerlang. Bagi saya tidak ada alasan lagi bagi mereka untuk mendapat keputusan cemerlang kerana cikgu melebihi murid. Guru 12 orang dan pelajar hanya 6 orang....
BalasPadamKalau membuka sekolah dengan hanya 6 orang pelajar dan 12 orang guru memang tidak berbaloi. Bagaimanapun sekiranya kerajaan bercadang untuk terus membuka SKM tersebut ia sangatlah diharapkan kerana sekiranya pelajar tersebut terpaksa menghadiri sesi persekolahan di sekolah yang lebih jauh ia mungkin diluar kemampuan pelajar tersebut terutamanya di kawasan pedalaman.
BalasPadamI don't think by closing down the school, will help to increase the number of students. In fact, education is very crucial in Sabah. So my advise is, don't shut it down.
BalasPadamini langkah yang baik. murid-murid akan terus dapat pergi ke sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka.
BalasPadamDi sini masalah yang selalu timbul di sekolah2 cina macam ada satu dikampung saya... murid sikit ja yang lain semua p sikul melayu...itu sekolah pun bukan jauh, dekat2 saja..... naaa macam mana ini...
BalasPadamMemang patut ia tidak dirobohkan. Kesian orang2 kg yang ingin bersekolah.
BalasPadamSaya sokong tindakan kerajaan ni. Pendidikan sgt penting & jgn tutup sekolah hanya sebab sikit murid.
BalasPadamTapi saya rasa lagi baik kalau niat murni kerajaan ni disertai dengan langkah2 utk menarik kanak2 lain utk bersekolah - secara tak langsung jumlah akan bertambah, maka bertambah jugalah masyarakat berpengetahuan :)
BalasPadamApapun mana2 kontraktor yg diamanahkan utk buat kerja, siapkanlah tepat pada waktu supaya semua plan dapat berjalan lancar.
BalasPadamNo to wrap it down but a yes to keep it moving on.
BalasPadamPeliharalah kanak2 di negeri ini, jangan kerana bilangan kecil maka ia ditutup.
BalasPadam